Thursday, January 17, 2008

buku skrap bergambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Alhamdulillah semoga semua gembira dan tak lupa “Selamat Hari Aidil Adha” kepada anda semua.

Apa perkara yang menarik hendak dikongsi bersama. Ok saya nak cerita sedikit mengenai aktiviti bersama si kecil anda. Apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama mereka? Ok aktiviti tersebut adalah membuat buku skrap bergambar.

Kategori umur:

Ia boleh dilakukan dari peringkat umur 4 hingga sekolah rendah. Walaubagaimanapun di sini saya lebih tumpukan kepada kanak-kanak pra-sekolah.

Cara-cara:

1. Untuk memudahkan anda, di sini saya memilih topik buku skrap iaitu “Bola”. Topik biar mudah dan tidak panjang. Cukup sekadar untuk memberi pemahaman kepada si kecil dan mudah untuk mereka membacanya.

2. Gunakan buku-buku yang tidak digunakan seperti buku nota atau diari yang tidak digunakan tetapi kosong. langkah ini dapat mengajar mereka sikap tidak membazir.

3. Gunakan kreativiti anda samada untuk melukis atau menggunting huruf dari majalah dan tampal diatas muka depan buku tersebut untuk dijadikan sebagai tajuk.

4. Jika anda pilih melukis, anda lukis perkataan bola di tempat lain dan minta anak anda salin tulisan yang anda tulis tersebut di muka depan buku itu. Tambahkan kreativiti anda seperti melukis dibahagian yang kosong dengan gambar bintang, bulan dan lain-lain. Anak anda pasti gembira meniru apa yang anda buat.

5. Tajuk “BOLA” itu boleh diwarnakan mengikut kreativiti anak anda. Jangan paksa mereka untuk mewarna dengan cantik tetapi anda hanya perlu meransang dan memuji sahaja tindakan mereka. Tindakan ini akan menghiburkan mereka dan membuatkan mereka ingin menguasai sepenuhnya aktiviti ini.

6. Sekiranya anda memilih untuk menggunting huruf dari majalah, sebagai peringkat permulaan, anda boleh membantu mereka dengan sama-sama mencari huruf-huruf B, O, L dan A dari majalah dan kemudian mengguntingkanya. Sekiranya mereka telah mahir menggunting anda boleh membenarkan mereka lakukan sendiri. Setelah itu anda bantu mereka untuk melekatkan huruf-huruf tersebut mengikut kreativiti anda sebagai permulaan. Untuk aktiviti akan datang biarkan mereka sendiri menyusun dan melekatkan huruf-huruf mengikut cara mereka.

7. Sekarang untuk mencari gambar-gambar berkaitan bola, anda bantu mereka mencari pelbagai gambar “BOLA” dalam majalah atau akhbar-akhbar lama.

8. Bantu mereka menggunting dan melekatkan gambar-gambar tersebut dalam buku skrap itu. Pilih satu gambar untuk satu mukasurat. Pilih gambar-gambar yang berlainan jenis, berwarna-warni dan saiz yang besar mengikut kesesuaian buku skrap.

9. Sebagai langkah permulaan, lakukan aktiviti ini semudah yang mungkin tetapi menarik. Untuk sesi-sesi yang seterusnya barulah anda tambahkan nilai-nilai kreativiti dalam membuat buku skrap yang lebih menarik.

Selamat mencuba. Pastikan anak anda terhibur dan anda mesti bersabar dengan kerenah

1 comment:

lin said...
This comment has been removed by a blog administrator.