Wednesday, April 16, 2008

Siapa terpijak tahi ayam ?

"Kok, kok, kok, kok...." bunyi suara ayam buatan. Pagi-pagi tepat sahaja pukul 7.30, ummi sudah mula buat bising dengan suara ayam buatan untuk mengejutkan mereka berdua. Bising. "Buka mata Abang Long, cepat bangun sayang. Hari ini kamu berdua kena pergi ke sekolah. Bangun Maisarah. Amboi... meliut lentukkan badan. Syok habislah tu tidur. Cepat....jerit ummi lagi.

" Ummi, abang nak air panas, sejuk ni" keluh Hakimi, anak yang sulong. " Kakak nak air sejuk ummi" pinta adiknya pula Maisarah. Macam-macam kerenah anak-anak. " Kakak dan abang jangan lupa gosok gigi, kalau tak gigi rosak dan berulat" nasihat ummi. " Mandi betul-betul dan sapu seluruh badan dengan sabun. Mandi bersih-bersih." Nasihat ummi tak berhenti-henti.

Jam tepat pukul 7.45 pagi. " Mai.. jangan termenung lagi cepat lap badan tu dan pakai baju sekolah." Ummi tengah sibuk menguruskan adik yang kecil Muhammad Luqman Hakim. Dia pun sama sibuk bangun pagi-pagi. "Ok semua dah siap, minum susu dulu dan roti." Jerit ummi dari bilik.

" Jom cepat, abang dan kakak salam nenek dulu." kata ummi. Sementara ummi panaskan enjin kereta, abang dan kakak sudah bersedia di luar menunggu masa untuk naik kereta. "Hati-hati jangan pijak kelopak air itu, nanti seluar basah" bebel ummi lagi kepada Hakimi. Tiba-tiba nenek mengeluh " Alamak siapa lah yang terpijak tahi ayam ni." Dalam hati ummi ini mesti abang Long atau kakak. "Emmm..." keluh ummi.

"Ummi selalu pesan abang dan kakak. Kalau jalan tengok bawah takut-takut terpijak benda kotor macam tahi ayam tu". Nasihat ummi. " Cuba tengok tapak kasut masing-masing, ada tak bekas tahi ayam" Jelas ummi. " Tak ada lah ummi kasut abang bersih, abang tak pijak pun". kata Hakimi dengan tegas. "Kakak pun bersih je, tak de bekas tahi ayam" kata Maisarah mempertahan dirinya pula. " Tapi ada bau busuk ummi." keluh Maisarah. Ummi tidak menghiraukan kata-kata tersebut sebab ummi pun tak bau apa-apa.

Tepat pukul 800 pagi, kami semua sampai di hadapan sekolah PPKK Bijak Bistari. "Semua tunjukkan kasut ummi nak check ada tahi ayam ke tidak". Sambil bersalaman dengan mereka berdua, ummi melihat tapak kasut. " Bersih semuanya. Nasib baik tidak terpijak tahi ayam tu. kalau tak terpaksa balik semula untuk tukarkan kasut."

Laju kereta dipandu ummi meninggalkan perkarangan sekolah PPKK Bijak Bistari. Hari ini perlu singgah rumah kawan ummi untuk ambil ubat. Sampai di hadapan rumahnya, ummi pun meneriak nama dia, tapi lansung tak de respon. Tiba ada suara kedengaran " cuba panggil di belakang rumah takut mereka tidak dengar suara awak" jerit tuan rumah sebelah. "Terima kasih" balas ummi. Lantas ummi pun ke belakang rumah Mazny dan meneriak namanya lagi. Tiba-tiba pintu pun dibuka. "Hah Sara, sekejapnya ambil ubat" pinta Mazny. Kurang 2 saat, dia keluar semula dan menyerahakn bungkusan yang dipinta. " Terma kasih dan minta diri dulu" jelas ummi. Seboleh tidak ummi hendak mengejar masa untuk ke pejabat pula. Maklumlah jam dah pukul 8.30pagi. "Sama-sama " jelas Mazny.

Sampa di kereta ummi terus mencampakkan bungkusan di tempat duduk belakang. " Alamak tahi ayam." Jadi pastilah anak-anak ummi yang sudah terdudukkan tahi ayam ini. Patutlah Maisarah mengadu bau busuk. " Kesiannya" keluh hati ummi.