Sunday, April 29, 2012

DIY baiki komputer

Assalamualaikum,

Lama tidak meluangkan masa untuk menulis blog ni. Tak sangka ada juga pengunjung. Sebenarnya kewujudan blog ini bukanlah untuk melihat ramai atau tidak pengunjung yang datang. Tapi ia lebih bersifat peribadi, di mana saya ingin meluahkan apa atau berkongsi cerita dan pengalaman meniti setiap saat kehidupan dalam blog ni. Umpamanya seperti menulis diari la, cuma ia secara online. Saya ada juga simpan catatan ini dalam diari secara bertulis.

Ok straight to the point. Yang benarnya saya ni nak cerita pasal diy membaiki komputer. Pada asalnya hari tu komputer kat rumah tu rosak kena lighting. Rosak dan tak diperbaiki. lamalah jugak ia terlantar di situ tanpa diusik. Kemudian saya hantar pada adik kepada abang ipar kat JB. Diaorang tak bole repair juga coz kerosakan teruk katanya. Isk,isk...tapi rezeki tu ada, abang ipar yang baik hati ni tukar pc lama dia yang lama tak digodek sebagai ganti. PC tu pun dok lah kat rumah kami mengantikan PC lama kami. namun begitu saya dan anak-anak still tak gunakan dan sampai satu waktu tu saya teringin nak onkan PC, malangnya  PC tu keluarkan bunyi saja dan signal "NO SIGNAL" so sama jela...ada problem.

Teringin lah saya nak hantar PC ke kedai komputer utk diperbaiki. Bukan apa kesian anak-anak nak guna. Laptop tah la macam tak user friendly untuk diaorang gunakan....Jadinya saya pun hantar la...macam-macam ditukarnya, mula-mula tu digantikan bateri, lepas tu memori lepas tu mikroprocessor dah diganti semua barulah boleh on semula. Malangnya lepas 1 bulan guna, PC tak boleh on semula. Masalahnya macam serupa dengan hari tu ia still keluarkan "NO SIGNAL".

Jadi bermulalah episod diy komputer. Teringat kata-kata adik yang repair komputer hari tu. Dia kata " Kak, koputer pun kena service selalu supaya tak berhabuk. PC kak ni banyak habuk sangat" . Jadi saya mulakan operasi diy. Saya search dulu dalam internet. Fuih  banyak betul benda boleh cari samada nak atau tidak je buat repairing sendiri. Ok ni ada sedikit panduan diy komputer saya turunkan.

1. Kenal pasti apa masalah PC atau laptop anda. Macam saya masalah dah dikenal pasti iaitu "overheating"
2. Buka bahagian belakan PC dan pastikan suis ditutup supaya tiada aliran elektrik mengalir.
3. Tanggalkan kipas dan gunakan brush kecil untuk membersihkannya.
4. Kemudian gunakan vakum untuk sedut semua debu-debu kekotoran tersebut. Pastikan heat sink juga dibersih dan divakum.
5. Tampal atau letakkan sedikit thermal paste ( lebih kurang sebesar biji beras di atas soket prosessor tu macam saya guna soket 755. nak cari thermal paste ni juga masalah, tak semua kedai ada. Cuba cari di kedai elektronik atau komputer.
6. Thermal paste ni ada banyak jenama contoh yang ada dipasaran adalah Zalman, cooler master,dan ever cool). Kalau tak jumpa juga...bolehlah try guna ubat gigi.
7. Selepas tu onkan semula dan pasti ia berfungsi.
8. Check cpu punya suhu di BIOS setup. Tekan F2. Kat situ nanti PC health tekanlah nanti keluar suhu cpu dan kelajuan kipas.
9. Habis....

Ok selamatlah saya membaiki sendiri PC. Dah pun boleh digunakan...