Thursday, January 24, 2008

Cikgu Vs Ibu Bapa



Salam sejahtera.

Semoga pagi ini memberi seribu keberkatan kepada semua sahabat diluar sana. Seperti biasa ummi teruskan catatan inspirasi ini dengan luahan perasaan seorang cikgu dalam memberi didikan kepada anak-anak murid zaman malaysia membangun ni. Setelah mendengar keluhan itu, terfikir difikiran ummi " Apa sudah jadi denga realiti dunia sekarang?". Kita terlalu banyak menonton program realiti samapi tak sedar hakikat dan realiti yang sebenar kita lalui dalam mendidik generasi anak-anak zaman sekarang. Ummi bercakap sebagai seorang ibu yang melihat kemunduran akhlak anak-anak sekarang yang ummi rasakan hampir 90% berpunca dari institusi keluarga. Ini bukan kajian sebenar ini hanya peratusan dari pemerhatian ummi saja.

Apa yang membuatkan ummi terpanggil untuk coretan ini ialah bagaimana luahan guru itu yang menceritakan perangai anak muridnya. Mereka lansung tidak menghormati guru, biadap dan banyak sangat terpesong kepada unsur hiburan dan seks.

Sentuh hal hiburan dan seksual, topik ini memang sangat berkaitan dan memberi impak besar dalam perubahan akhlak pelajar sekarang. Bayangkan pelajar sekolah menengah datang ke sekolah dengan rambut berwarna-warni dan bawa cd lucah ke sekolah. Hai mana pergi ibu bapa yang lansung tak ambil tahu hal anak-anak. Tugas guru mendidik pelajar bukan bemula dari akarnya. Didikan dari akar umbi bermula dari rumah dan bila dah tumbuh pucuk barulah tanggungjawab guru ditambah dengan memberi lebih baja dan membuang daun-daun mati yang tak berguna.

Ibu bapa perlu sensitif dengan perkembangan sosial anak-anak. Ibu bapa perlu kembali kepada ajaran Islam dalam mendidik anak-anak. Didikan Islam paling sempurna kerana ia meliputi cara hidup paling baik di dunia. Kita perlu ubah minda anak-anak kepada membudayakan cara hidup Islam bukan budaya melayu atau jawa atau barat. Dari perkara kecil seperti cara bercakap tidak menengking dan bersopan kepada perkara yang paling besariaitu sembahyang. Saya yakin semua ibu-bapa mempraktiskan perkara itu tapi sejauh mana keberkesanannya pada anak-anak kita perlu lihat kepada diri ibu bapa itu sendiri. Kalau diri ibu bapa itu tidak terkesan apatah lagi kepada anak-anak. Terakhir sekali dalam mendidik anak-anak ibu bapa jangan lakukan sendirian tanpa meminta pertolongan. Pertolongan siapa, pertolongan Allah. Bagaimana nak minta, adalah melalui doa. Istimewanya orang Islam kerana ada senjata "doa". Pastikan kita berdoa siang dan malam setiap lepas solat untuk anak-anak yang soleh dan solehah. Fikir positif pasti dan pasti serta yakin Allah akan memberi apa yang diminta. Wasalam

No comments: