Wednesday, January 23, 2008

Penghujung nyawa



Salam ukhwah...

Mati.....ingatlah setiap manusia akan melaluinya. Cuma masa saja yang akan menentukan bila dan bagaimana kita melalui saat itu. Jauh disudut hati ummi, rasa takut yang amat sangat bila mengenangkan bagaimana saat kita akan menghadapi situasi itu. Ya, bukan ummi saja yang takut, malah semua orang. Sedarlah insan kematian adalah satu kemestian bagi setiap insan yang hidup. Baru-bau ini, tanggal 20 Disember telah memberi satu kesedaran dan keinsafan bagi ummi. Sehingga saat ini ummi masih lagi terbayangkan saat itu.

Jam di dinding tepat pukul 3 petang. Petang sabtu itu agak membosankan sebab anak-anak ummi tiada di rumah. Semuanya keluar bersama neneknya ke rumah saudara. Jadi nak tak nak ummi pun ambil kesempatan berehat dirumah makcik saudara di sebelah rumah. Penat pun ada juga rasanya sebab ummi masih berkerja lagi waktu tu, cuma balik berehat saja. Kebetulan ada rumah saudara ummi buat kenduri kahwin, jadi ummi pun kuat hati untuk pegi ke rumahnya. Kalau ikutkan hati malas rasanya. Tapi perrgi juga la.

Tengahhari sabtu itu panas sangat, lepas ummi balik dari kenduri, ummi pun berehat sekejap sambil baca surat khabar di rumah mak lang ummi. "Alamak, ummi punya handphone kehabisan bateri". Mulanya ummi malas nak onkan dan 'recharge' semula . Tapi hati ini mendesak sangat lalu ummi pun bangun semula dan capai charger telefon dan 'recharge'. Tak sampai 5 minit. "Tet, tet, tet....." handphone ummi berbunyi. " Hello, ini kak Ju, ummi kat mana ni" kedengaan suara dari telefon ummi. Belum sempat dijawab semula suara tu pun memberitahu ummi " Datang cepat kat hospital, Kak Ju tengok Kak Yah lain macam je macam dah nazak". Bertedup kencang jantung ummi dan hairan yang amat sangat kenapa Kak Ju yang baru balik dari Kl dah tau Kak Yah yang dah lama berada kat hospital tu sedang nazak. Terfikir hati ummi "kenapa anak-anak dia tak hubungi ummi?". "Ah... tak perlu dihiraukan soalan-soalan tu" lantas ummi terus pecut kereta ke hospital Melaka Unit Paliative Care. Tah kenapa hari ni ummi letih sangat dan mengantuk sekali. Tapi ummi teruskan juga walaupun mengantuk. Perjalanan ke hospital hanya 7 minit. Tak jauh.

Sampai saja dimuka pintu PCU ummi terus bergegas ke bilik Kak Yah. Kak Yah adalah kakak ipar ummi yang dah sebulan terlantar di unit ini. Arwah telah mengidap kanser ovari selama 3 tahun. Arwah selalu menghubungi ummi kalau ada masalah dan bantuan yang diperlukan. Arwah seorang yang sangat tabah dan baik. Lama dia mengharungi penderitaan ini.

Sebaik saja ummi melihat saja tubuh yang terkujur tu terus ummi peluk kepalanya dan sampaikan kalimah "Laillahaillah" banyak-banyak kali melalui telinganya. Ummi rasa kaki dan tangannya dah sejuk dan pucat sekali. Tapi ketika itu matanya masih terbuka dan ummi nampak nafasnya masih ada walaupun pendek. Ummi terus ke kaunter bertanyakan hal kakak ipar kepada jururawat. Jawapannya serupa beliau sedang nazak. Ummi akur dan ummi fikir tidak perlu diusahakan apa-apa, ummi redha dia pergi sebab ummi tahu keadaan dia. ummi tahu penderitaan yang dihadapinya disebabkan kanser yang telah merebak ke organ lain. Begitulah dasyatnya kanser yang telah menjadi duri dalam daging.

Ummi kembali semula ke kamar Kak Yah, saat ini ummi lihat perubahan yang amat ketara. Ummi lihat arwah seperti telah pergi menghembuskan nafas yang terakhir. Ummi sempat melihat tarikan nafas yang terakhir yang sangat lembut tanpa dengusan lansung. Demi Allah inilah kali pertama ummi melihat dan kendalikan jasad yang bernyawa menghembuskan nafas buat kali terakhir. Demi Allah betapa hati ummi tersentuh sekali melihat bertapa begitulah kekuasaan Allah meniupkan nyawa dan menarik semula nyawa yang ditiupkan itu. Pelbagai perasaan terhambur difikiran ummi. Takut, gentar,insaf dan redha. Lantas itu ummi terus kaup mukanya dan memberitahu suaminya dan 3 anak-anak lelakinya. " Shuib, emak dah tak da" sebak suara ummi memeluk anak saudara ummi yang baru berumur 17 tahun. Menangis tak keruan anak lelaki itu sepeti tidak menerima emaknya telah pergi buat selama-lamanya. Tersentuh hati ummi. Begitulah bila orang yang tersayang pergi meninggalkan kita, lebih-lebih lagi ibu, emak atau ummi.

Sahabat, sehingga saat ini ummi masih terkenangkan saat-saat ketika dia menghembuskan nafasnya buat kali terakhir. Sungguh semua ini kuasa Allah, sangat lembut tarikan nafas itu. Syukur bagi arwah yang telah menerima bahagiannya. Saat kita belum tahu lagi macam mana. Itulah yang amat terkesan sekali dalam hati ummi. Ummi sungguh insaf melihat situasi itu.

Semoga Allah memberkati rohnya dan menempatkan dia diantara orang-orang yang soleh dan solehah. Insyallah.

No comments: