Thursday, January 17, 2008

Maafkan Si Anak….

salam sejahtera,

Seperti biasa, bila mula hari pertama setiap minggu ada saje perkara yang tidak kena. Kenapa jadi begitu?. Mungkinkah kita tidak bersedia atau memang sudah nasib malang tidak berbau. Pagi ni seperti hari-hari biasa, anak-anak akan dihantar ke tadika. Malangnya mood bercuti masih melekat dalam diri jadi masing-masing buat hal tak nak ke sekolah. Musim cuti sekolah memang mereka dihantar juga ke tadika. Tapi tak wajib. Sekadar menjaga dan aktiviti adalah bebas. Nak dikatakan takdir di pagi hari, tengah sibuk sangat menenteramkan anak-anak, “Bum…” Alamak kereta bergesel lagi dengan tembok rumah. Masuk ni dah kali ke-3 aku langgarkan kereta ni dengan benda mati. Duit lagi…dalam hati ni terasa juga geram dengan anak-anak aku. Bukan apa, terasa macam diaorang la punya hal ni. Walaumacam mana pun naluri si ibu tak berupaya nak marahkan mereka. Lagi pun diaorang bukan tahu apa pun. Ini kira nasib baik la tak de kemalangan jiwa. Kalau tak si ibu yang menyesal. Betul tak? Inilah dikatakan takdir. Tapi apa yang syoknya ialah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Datang je ke tempat kerja aku terima cek RM480. Alhamdulillah itu lah hikmah dan rezeki namanya. Lagi pengalaman best yang dapat dilihat tanpa diduga , anak-anak aku seperti faham pulak dengan peristiwa yang berlaku pagi tadi. Diaorang pun minta maaf kat aku berkali-kali. Mula-mula tu buat-buat la masam muka. Saje nak tengok apa reaksi mereka. Si abang tak berputus asa terus memujuk untuk minta maaf. Lantas naluri si ibu terus menyambut salam dari tangan kecil si anak tu. Sejuk rasa hati.Itulah rahsianya kalau kita saling maaf di antara satu sama lain dan kita jadikan contoh dalam keluarga kita, insyallah anak-anak akan belajar dari pengalaman yang dilihat dan praktis kepada kita. Kalau nak diikutkan umur si abang yang baru 4 tahun tu belum tahu apa-apa lagi erti kemaafan. Tapi mungkin dia melihat dari luaran sifat itu, maka dia pun cuba meniru akhlak yang baik tu.

Inilah cerita yang dapat dipaparkan.Semoga menjadi teladan untuk kita, setiap yang baik pasti diteladani oleh anak-anak kita dan itulah yang kita harapkan dari mereka. Yang paling penting kita dahulu yang perlu memberi contoh yang baik untuk mereka sebab telah menjadi sifat si anak kecil suka meniru. Oleh itu mereka akan meniru apa jua yang ibu bapa lakukan.

No comments: