Friday, April 27, 2018

KERINGAT PENAT

Bila matahari marah
Terasa hangat hingga terbit titik2 peluh
Bila menjulang baranya hilang kering keringat itu
Tiada lansung berbekas corak aliran titisan di tubuh
Yang hanya terasa lekat lekit dan kelat haus kelelahan.

Bertemu Yang Maha Berkuasa

Kita lupa bahawa apabila tiba saat Allah akan menjemput kita kembali bertemu dengan-Nya Allah panggil kita dengan panggilan yang sangat manja. Allah kata... يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ Wahai jiwa yang aman tenteram ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً Marilah balik kata Allah. Baliklah kamu bertemu dengan-Nya dalam keadaan engkau redha balik lagi diredhai Siapa yang redha kita balik? Siapa yang meredhai kita? Allah yang menanti

Wanita dirindui syurga

1 diantara 7 ciri wanita yg dirindui syurga
Isteri yg penyayang & penuh klembutan
Hari ni rakan seUTeM kehilangan wanita itu
Sedetik yang tidak mungkin dihentikan
Moga dirahmati Allah amin

Tuesday, April 24, 2018

Sahabat

Yang memberi kesan kuat atau tidak pada sebuah persahabatan adalah hati yg baik dan ikhlas. Jika kesusahan kesedihan kepayahan kerumitan kebahagiaan kegembiraan diratapi dan dirai boleh dirasai ia seperti satu hati. 


Rahmat Hujan

Riuh hujan meriahkan bumi dengan rahmat. Mengocak irama di lautan, melembutkan dada bumi dan menyuci debu dedaunan.
"Sayyiban Naafi'an"

Wednesday, April 11, 2018

Burung Vs Aku di Pintu Gerbang


Riuh burung sahut kokok ayam
Rai tamu pagi
Liat kelat ragut lena insan
Sepi bisu mbutakn hati


Monday, January 29, 2018

Mungkinkah Hari Ini Yang Terakhir?

Assalamualaikum,

Dalam menelusuri hari-hari yang berlalu, hati sentiasa memohon doa restu Ilahi tentang hal yang sering bermain dalam fikiran iaitu sebuah 'pertemuan' dan 'doa'. Mungkinkah hari ini menggenapkan 3 bulan sebuah pertemuan?. Jika ia adalah benar. Ya Allah aku hambaMu yang lemah lagi penuh dengan keluh kesah memohon perlindungan dari rasa gundah, kecewa dan sedih. Biarlah ia berakhir dengan baik tanpa ada sedikit perasaan kesal dan kecewa. Sebaliknya penuh dengan rasa syukur dan tawaduk dengan ketetapan dari Mu. Jauhi aku dari rasa tidak bersyukur. Mudahkan urusan perasaanku. Aku juga memohon jika takdir menetapkan yang sedemikian, biarlah namanya menjadi sebutan untuk aku terus mendoakan kebaikan. Semoga dengan doa ini ia menjadi pengikat silaturrahim yang memberi kebaikan dan kebahagian untuknya di dunia dan akhirat. Jauhi hatiku dari rasa irihati dan dengki melihat kejayaan dan kebahagiannya. Sebaliknya jadikan hatiku berlapang dada dan penuh dengan harapan yang baik untuk kehidupannya di dunia dan akhirat.

Bukakanlah untuk aku melihat hikmah pada setiap pertemuan dan persahabatan ini Ya Allah Yang Maha Mengetahui.

Monday, January 1, 2018

Mentadbir hati pada setiap kejadian

Pada setiap kejadian kadang kita selalu nak bertanya kenapa kau terjadi?. Kadang bila dah terjadi dan tidak seperti yg diinginkn, kita tanya lagi "kalau lah"...begini dan begitu. Itulah perangai kita, manusia penuh dengan keluh kesah. 

Kita dianugerahkan dengan kehadiran macam2 perasaan. Satu kebaikan jika kita menzahirkan perasaan suka, sayang, gembira kepada seseorang. Ia umpama hadiah kepada orang itu. 

Namun, janganlah kita kecewa jika balasan yg diterima tidak seperti yg kita inginkan. Mungkin masa, tempat dan orang itu bukan dalam jawapan silang kata kehidupan kita.

Walaubagaimana pun, hargailah setiap apa yg dtg. Ia sebenarnya penuh dgn kebaikan jika kita pandai menilai....