Thursday, January 17, 2008

Emosi Si Manja


Emosi biasa dikaitkan dengan perubahan perasaan yang dimiliki oleh setiap mahluk di muka bumi ini. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek iaitu “emovere” yang bermaksud ” untuk keluar”. Emosi adalah satu terma yang diguna pakai bagi mewakili satu perubahan serentak yang berlaku dalam tubuh kita iaitu perubahan fisiologi dan psikologi. Perubahan ini akan mengeluarkan pelbagai reaksi emosi seperti sedih, marah dan lain-lain. Semua manusia akan merasa kepuasan apabila dapat mengeluarkan emosi yang dialaminya.

Begitu juga seorang bayi atau kanak-kanak. ramai yang percaya bahawa bayi/kanak-kanak hanya mempunyai satu emosi sahaja. Sebenarnya mengikut kajian, bayi dilahirkan dengan beberapa emosi asas seperti minat, sedih, gembira, marah, terkejut, malu, benci dan takut dalam tempoh lapan bulan pertama kelahiran. Perubahan emosi tersebut adalah seperti berikut:

1. minat-sejak lahir
2. kesedihan-sejak lahir
3. benci- sejak lahir
4. gembira- 1-2 bulan
5. marah- 2-3 bulan
6. terkejut- 3-4 bulan
7. malu- 4-5 bulan
8. takut- 6-8 bulan

Apabila mereka mencecah umur 2 tahun, kanak-kanak akan lebih bersosial dan berdikari. Walaubagaimanapun, perubahan ini bergantung dan berubah mengikut keadaan persekitaran dan suasana sesebuah keluarga.

No comments: