Friday, September 26, 2008

Saat yang Mendebarkan..

Tanggal 25 Mac 2008, adalah tarikh bermakna buat anak kesayanganku, Mohd Arif Hakimi yang ketika itu berumur 4 tahun menjejaki saat mendebarkan.... iaitu berkhatan. Wah khusuk nampaknya doktor yang menjalankan prosedur tu. Sape doktor tu? Oh teman kenalan saya Dr Norman. Hakim tabah ketika prosedur dijalankan almaklumlah gunakan smart klamp, taklah sakit sangat. Kalau orang dulu-dulu Tok Mudin guna pisau. Bukan sebarang pisau pulak tu. Hai ngeri dibuatnya. Sekarang ni banyak inovasi baru salah satunya iailah SMART KLAMP. Penjagaan selepas prosedur pun taklah susah sangat. Luka berkhatan memang cantik cuma kena pandai jagalah. Mak-mak kat luar tu kena pandai tackel anak-anak, pujuk sikit sebab nak bubuh minyak gamat, gel gamat dan sebagainya. Hah jangan terperanjat pulak masa nilah anak kita demand macam-macam nak playgame, coklat, dan sebagainya. Kalau tak dituruti emm.. susah nak kasi pegang anunya. So cam mane nak dibersihkan nanti. Susahkan. Hei.. geram juga. Tapi kenalah sabar.

Thursday, September 25, 2008

Mutiara Bicara





Diam bukan bermakna sepi. Tunduk pantang sekali mengalah. Melangkah bukan untuk mengundur. Menggenggam jiwa semangat walau tak terasa. Ayuh pantang dikerat tulang kesungguhanku. Pastiku daki pelangi kejayaan walaupun hanya bersinggah selepas hujan panas.

Thursday, September 18, 2008

Nukilan Buat Bonda

Salam kasih dihamparkan
Sesuci dan sesejuk salju di kejauhan.
Rindu menyentap tangkai emosi yang tak keruan
Berombak bersama kenangan semusim yang ditinggalkan.

Pergi tiada berjanji
Sesaat tidak dapat dinanti
Janji Tuhan pasti tiada dimungkiri
Walaupun sukma merintih sepi

Tuhan
Kedaifan insani membakar emosiku
Ampunilah diri tak terbendung kacau di hati
Selimutilah aku dengan indahnya Rahman dan Rahimmu.
Mereda sendu menyebu di naluri

Tuhan
Dialah bapa dialah ibu buatku
Menyembunyi seribu kedutan kepayahan diraut wajah
Hamparkanlah ihsanmu buat ibuku
Ratuku tamumu di mahligai surga nan indah

Ya Allah
aku umpama si buta yang ingin melihatmu
mencari silauan an-Nur menjerkah di kalbu
Peganglah aku dengan talian takwa kepadamu
Tiuplah deruan angin keimanan dalam jiwaku

Ya Allah
Hayatnya ku simbahi dengan curahan dosa-dosa
Budi yang disemai belum dapat ku tuai untuknya
Kau makhluk Tuhan yang kusanjung, BONDA
Tuhan, terimalah sejadah taubat dariku kepadanya.

Al- fatihah buat Bondaku yang telah menemui kekasihnya, ALLAH pada 22 Jun 2008. Semoga kau menjadi tamu penghuni surga ALLAH.

Wednesday, September 10, 2008

Penawar hati

Perlu sentiasa termotivasi…

Samada nak percaya atau tidak inilah multivitamin dan multimineral serta phytonutrien yang Ummi perlu ambil tiap-tiap hari untuk mengekalkan semangat diri dan fikiran. Dah cuba beberapa kali ternyata ianya mujarab. Boleh la Ummi kongsi kat sini. Petuanya baca buku motivasi. Kalau anda baca jangan asyik nak hafal perkataan motivasi itu sahaja tapi anda mesti serapkan sekali nilai setiap perkataan tersebut. Sebagai contoh mengenai masa. Rasa Ummi banyak buku motivasi yang menyentuh tentang masa. Cuba anda bayangkan cerita-cerita orang yang berjaya dengan faktor masa.Dalam Islam masa memang penting sehingga dijadikan ayat dalam Al-Quran. Tetapi bila anda lihat semula kemenangan masa dijadikan amalan dan disiplin yang kuat oleh manusia atau golongan orang bukan Islam. Jadi disini Ummi nampak kesan yang mendalam yang boleh kita jadikan iktibar dari faktor masa yang mempengaruhi harian setiap manusia lebih-lebih lagi kita ni, orang-orang Islam. Sudah jelas, senang dan mudah Allah berikan panduan kita menguruskan masa dengan membahagikan 24 jam kepada 5 bahagian. Itupun kita nak kurangkan lagi kepada 4,3,2,1. Akhirnya 0 lansung tak de perubahan. Sama saje sepanjang 24 jam. Itu baru 24 jam belum masuk the next 24 hours. Kalau berterusan macam tu habis la kita. Tunggulah sampai bila-bila pun akan ditakuk yang sama. Kita mesti cemburu dengan kejayaan orang bukan Islam. Kenapa kita mesti leka dan tidak mahu merampas semula sejarah kegemilangan zaman kecemerlangan Islam dahulu. Rebut peluang dan masa yang ada. Insyallah …umat Islam cemerlang. Serapkan semangat juang Khalifah Ummar Al-Khatab.

Resepi Air Tangan Ummi

Resepi untuk berbuka.

“Ummi, nanti petang ni kita makan meehoon goring ye”. Pesan Agil kepada isterinya.
“ Kita buat spageti lah nak tak?”. Laung Ummi dari bilik.
“ Ummi tahu ke” sindir Agil pada isterinya semula.
“ Nanti Ummi tengok resepi. Bukan susah sangat.” Sinis senyuman terukir di bibir Ummi.

Pikir punya piker.Apa nak dimasak petang ini. Nak buat spaghetti.Takut jugak kalau tak jadi nanti. Apa kata kita fikir dulu resepi yang agak-agak anak-anak pun suka nak makan.

Cuba ini dulu:

Mee Yong Tau Foo

Kuah sup rencai:
Kisar udang dan daging sampai halus. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air.
Masukkan telur putih sambil mengacaunya supaya ia pecah.

Hidangan yang direbus:
Bebola ikan, daging, ketam, bendeh, kangkung. kobis bunga, udang, telur punyuh

Sambal cili:
Tumbuk cili hidup bersama udang kering dan ikan bilis yang telah digoreng sampai hancur. (Boleh dikisar juga).

Sambal kicap:
Potong dadu bawang merah dan tomato. Campurkan dengan kicap masin dan manis.

Selamat mencuba!

Friday, September 5, 2008

Mencari Matlamat yang Masih Blurr...


Kenapa hati ini masih tercari-cari satu ketetapan matlamat hidup yang masih terumbang ambing dan belum pasti. Kenapa???. Aku memang ingin berjaya. Puas sudah aku membaca setiap topik motivasi coretan pelbagai insan yang telah pun bergelar jutawan. Apa yang aku inginkan sebenarnya?. Ya aku inginkan kejayaan. Tapi kejayaan yang bagaimana rupa dan wajahnya. Itu yang aku masih tidak tahu. Tolong sesiapa diluar sana bantu aku untuk mencari matlamat dalam hidup ini. Matlamat. Kenapa matlamat bukan kejayaan. Yelah sebab aku masih belum jumpa matlamat dalam hidup. Tulah sebab belum jumpa lagi kejayaan. Apa???? sudah seusia 32 tahun kau masih belum ada matlamat lagi!.

Duhai insan yang inginkan kejayaan, ketahuilah tiada matlamat tiadalah kejayaan. Binalah satu matlamat dalam hidup anda pasti akan mengejarnya sehingga berjaya. Hanya untuk orang yang sanggup mengejar sahaja.