Tuesday, February 7, 2012

Apabila diri dipandang rendah

Catatan 7/2/2012 dan lokasi di Klinik Al-Azhim Bukit Baru.

" Ya Allah, jadikan aku sabar dan bersyukur dengan segala kerenah manusia. Janganlah kerana sedikit kesilapan manusia aku jadi seorang yang sombong dan kecewa. Ya Allah sekiranya dengan memberi maaf itu akan menenangkan hatiku. Kau lembutkanlah hati ini agar aku mudah untuk menghulurkan maaf kepadanya. Berilah hidayahMu kepada kami.

" Ya Tuhanku, jadikan hati ini sentiasa berbaik sangka terhadap orang yang berurusan denganku"

"Ya Tuhanku jauhkanlah diriku daripada perasaaan rendah diri dan kecewa dengan diri sendiri."

"Ya Tuhanku, jadikan hatiku sentiasa bersyukur dengan rahmat dan hidayah_Mu"

" Ya Tuhanku, jadikan hatiku kekal bersih tanpa rasa kecewa, gundah dan marah."

"Sesungguhnya hanya Engkau sahaja tempat untuk aku memohon agar sentiasa memperolehi hati yang khusyuk, baik dan suci. Amin...."