Monday, June 6, 2016

Map










malaysiamap.facts.co


Peta dunia dan peta malaysia. Idea adalah untuk meransang pemikiran untuk merantau mencari ilmu di seluruh dunia. 

Homeschooling

Kebelakangan ini saya menjadi keliru dengan sistem pembelajaran anak-anak . Apabila melihat kejayaan kakak ipar saya yang dapat mendidik anak-anak mereka untuk mempunyai 'focus interest' masing-masing, hati saya merasakan saya perlu membantu anak-anak dalam pendidikan yang lebih flexible dan mengikut citarasa mereka serta tiada unsur paksaan. Jadi saya banyak meninjau ke blog-blog yang ada mengamalkan sistem pembelajaran di rumah atau 'homeschooling'. Salah satu contoh adalah blog hafidzyoungscientist.blogspot.com dan mamahomeschool.blogspot.com. Kedua-dua blog ini banyak menunjukkan cara pendekatan mereka dalam melaksanakan homeschooling. Terdapat 3 jenis cara melaksanakan sistem homeschooling ini:

1. Structured- sistem pembelajaran yang berkonsepkan sistem yang digunapakai di sekolah kerajaan.

2. Unshooling- sistem pembelajaran bebas dan natural

3. Electic learning- gabungan kedua-duanya.

Bagi keluarga hafidz, mereka cenderung kepada sistem electic, begitu juga saya. Apabila membaca target asas yang mereka gariskan, saya juga mempunyai keinginan yang sama, saya ingin melihat anak-anak tahu, sedar dan sentiasa memenuhi masa mereka dengan aktiviti berkualiti terutama membaca pelbagai genre buku secara spontan tanpa disuruh, ianya lahir dari sikap ingin tahu dan mendapatkan sebanyak ilmu mengikut kesukaan diri mereka.

Oleh itu apa yang ada dalam perancangan saya, anak-anak saya masih bersekolah mengikut sistem sekolah seperti biasa, jadi saya akan membantu dan mendidik pelajaran teras iaitu;

1) Agama
2) Hafazan al-quran
3) Sains
4) Math
5) Bahasa- Melayu, Arab dan English
6) Geografi
7) Sejarah

Saya menambah beberapa subjek yang lebih praktikal untuk kehidupan seterusnya iaitu;

1) Kemahiran sara diri
2) Astronomi
3) Berkebun
4) Perubatan/Petua

Saturday, April 9, 2016

Kek Pisang Kukus

Hi,, assalamualaikum..
Petang ni Ummi nak buat kek pisang kukus. Jom cari resepi yang boleh ditiru. Okay Ummi dah jumpa di sini...joys of ummi. Minta izin ye tuan rumah saya add your link here...thank you i copy and paste je ni..


Bahan-bahan:


1 ½ cawan tepung
1 cawan minyak Mazola/minyak masak
1 cawan pisang yang dilenyek-lenyek
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sk bikarbonat soda
1 sk baking powder

Cara-cara:

    1)   Ayakkan tepung, bikarbonat soda dan baking powder. Ketepikan.
    2)   Pukul telur dan gula di dalam mixer sehingga kembang.  
    3)   Masukkan pisang dan minyak. Pukul lagi sehingga adunan sebati.
    4)   Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
    5)   Masukkan adunan ke dalam Loyang dan kukus kek selama 45 minit api sederhana.