Saturday, May 29, 2010

jangan buat saya marah


is awak ni kenapa ambil gambar saya ni saya tengah pakai bedak ni awak kenapa buat saya geram ni awak nak kena rotan ke ha kalau tak nak jangan buat saya geram tahu tak tau kalau tahu dengar lah lagu ini nak nak diam baby baby baby mo what .

saya berenang

hai awak ni . ha awak tengah buat apa tu? saya tengah berenang lah awak tak tahu ke
oh kenapa takcakap awal -awal saya dah cakap tadi tau oh sorry buat awak marah
sebab saya tak dengar awak cakapkan sorry lah banyak kan sorry.

Apa sudah jadi...

Salam semua, emm ni la Luqman Hakim, 4 tahun umurnya. Apa dah jadi dengan abang cik ni. Ooo pakai apa pulak tu, nak kata seluar, tak macam seluar. Nak kata kain, ye macam kain tapi kenapa nampak macam bergulung-gulung kain tu. Apa dah terjadi ni....???? Ops! ooo rupanya dia dah melepaskan kat tempat kerja umi..dan umi pulak lupa nak bawa bekalan sebab biasanya ok saja dah tahu nak em,em kat toilet. Tapi kenapa hari bertuah tu tak tahu plak ye...eeeee geramnya umi tau.

Saturday, May 22, 2010

Macam mana nak halau TIKUs masuk rumah.





Salam semua, ni topik saja je nak didiskusikan sebab dah pening kepala dengan haiwan tak peliharaan ni. Mana taknya, saya dah puas berikhtiar camne nak halau dia dari menyelusup masuk dalam rumah. Semua lubang-lubang dah ditutup. Semua sisa-sisa makanan dah dibuang supaya takde tarikan utk dia menjengah cari sia makanan. Tapi cek ti ni tetap datang masuk. Tak dapat makanan, buku anak-anak pun dia sebat jugak. Geram!!!!! tolong saya beri idea....
Ni le hadiah yang Aqil terima. TQ pada my good fren Makcik Oni, Mami dan Nek cau for your kindness for giving these present to Aqil!...
memang tradisi kami sefamili akan beli kek kecil untuk ulang bulan "Selamat ulang bulan 2x, selamat ulang bulan Aqil, selamat ulang bulan" lagu rasmi kami sefamili. haa..

Muhammad Aqil Hakim dizinkan Allah untuk melihat alam dunia pada 22 Jan 2010. Baru nak upload gambar...


Jangan la menagis sayang...nak susu le tu...



Thursday, May 6, 2010

Tanggungjawab Ibu untuk menyusu bayinya

Salam kenangan semua,

Hari demi hari berlalu meninggalkan coretan kisah yang sukar dilupakan. Tanggal 21 Januari 2010 selamatlah dengan izin Allah Muhammad Aqil Hakim dilahirkan. Pelbagai kepayahan dan keperitan ketika melahirkan lenyap serta merta pabila terdengarnya tangisan anak kecil. "Ya Allah indahnya kehidupan ini, segala yang dihajati telah Engkau tunaikan cash untuk kami sekeluarga". Memang kelahiran ini dirancang dan diharapkan kerana nak make Big Family..hihihi dah cukup 4 orang semuanya. Best ada anak ramai. Riuh dan gamat rumah dibuatnya.

Hari ni Aqil dah berusia 4 bulan. Tanpa disedari Aqil dah explore macam-macam tindak balas fizikal dan emosi. Aqil umi janji dan berusaha untuk terus menyusukan Aqil sampai umur 2 tahun. Itu satu tanggungjawab Umi untuk Aqil. Sayang sekali 3 orang anakku yang lepas tak dapat merasi susu ibu walaupun kurang 6 bulan. Bukan tak tahu khasiat SI tapi jahil secara praktikal untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Mempraktikkan penyusuan susu ibu perlukan pengetahuan dan kesabaran. Untuk Aqil, semasa mengandung lagi Ummi dah berazam dan mencari pelbagai ilmu berkenaan SI dan peralatan yang boleh membantu penyususan susu ibu berjaya. Untuk ibu-ibu di luar sana percayalah hanya ibu yang menyusukan bayinya akan merasai bertapa nikmatnya perasaan yang lahir dari penyusuan susu ibu.