Wednesday, November 21, 2007

Agak lama tak menulis. Maklum la sibuk kebelakangan ni. Tapi yang syoknye nak citer kat sini ummi dah beli camera baru. Ha.. ha.. tak mahal pun hegenye. Tau tak kenapa ummi beli. Alahai ape lagi nak tayang gambar-gambar kat sini le. Lagi satu sebab hari tu pada 10 Oktober anak-anak ummi ada konvokesyen day kat school diaorang. So nak tak nak beli la satu. Jadi bole la kita orang anak beranak berposing sakan. Lagi satu yang istimewanya anak ummi yang sulung tu dapat tempat pertama. tapi baru umur 4 tahun jagung je. Anyway good performance rite....Ummi memang harap anak-anak ummi cemerlang dalam pelajaran dan semua aspek. Betul tak ibu-ibu kat luar nun. Ok meh tengok gamabar kami.




hai gambar si comel ni. Ni my baby yang ketiga. Muhammad luqman hakim...panggil Luqman je. Dia ni baru je pandai jalan. Bertatih-tatih lagi la. Laju sikit jalan dah terhoyonh hayang lalu jatuh. Sian kan. Macam tu lah kita masa kocik dulu. He he he





Ni abang long Arif Hakimi baru 4 tahun. Hah orang ye sangat rajin. tak perlu suruh buat homework, dia boleh buat sendiri. Sejuk hati ummi tengok prestasi anak ummi ni. Harap-harap adik-adik dia mengikut la yek. Ummi teringat ada sorang kenalan ummi ni dia bercerita ngan ummi hal anak-anak dia semuanye success belaka. Bila tanya petua dia cuma kata doa ibu. Hah betapa berkat dan mulianya doa seorang ibu ni. So ummi amalkan lah apa yang dia ajar. Hah nak syer sikit ilmu kenalan ummi ni:

1. Masa anak nak tidur-tidur ayam tu belai la kepala dia dan bacakan tiga kul. Hembuskan sebanyak 3 kali.
2. Setiap kali bancuh susu, baca tiga kul dan hembuskan dalam air.
3. Bagi anak makan kismis 7 biji setiap hari sebab kismis neurofilik untuk sel otak

Itu saje mudahkan kalau yakin dan tawakkal insyallah anak tu menjadi.

Thursday, November 8, 2007

Siapa Suami Kepada Anda

Salam ukhuwah...

Suami, siapa dia alahai lelaki la. Bapa kepada anak-anak dan suami kepada sang isteri. Tak lebih dari tu ke? Itula soalannye? Kenapa ada soalan. Masih sangsi dengan label suami. Ada erti atau tak bermakna atau kosong je.

Itulah kita, memang kita bergelar insan, sentiasa mengambil mudah setiap perkara yang susah.Termasuk yang mudah dan remeh. Bila suami hilang nilai sebagai suami, isteri akan mula meninggi diri. Ramai ke antara kita yang sangat menghormati suaminye? Hai termasuk la ummi. Tapi tindakan yang tak sedar.Kenapa tak sedar? Sebab ianya remeh. Itulah jawapannya. Remeh..tanggungjawab isteri kepada suami semakin dilupakan. Begitu juga sebaliknya. Tak nak ulas tanggunjawab pihak suami. sebab ummi nak fokuskan kepada isteri. mana tahu dah baca-baca blog ummi ni kita sama-sama tesedar kembali pada apa yang kita terlupa.

Nak tahu tak dalam rutin menjadi isteri kepada sang suami kita sering terlupa pada tanggunjawab kita kepada mereka. Betul tak? So as reminder to all workingwife or housewife i will ellaboate summary of "Wanita Solehah". This is dedicate to me personally and all women out there.

Ciri-ciri wanita/isteri solehah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Allah dah tentukan setiap jodoh insan di muka bumi ni. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitulah sebaliknya.Jadi nak patuh dan taat pun pada suami yang soleh. Macam mana yang tak soleh pulak. Jadi kat sini kita jangan lurus bendul sangat.Ingat kepatuhan kepada suami disuruh oleh agama. Tapi kalau sang suami suruh kita derhaka pada ajaran dan tuntutan islam sang isteri dibenarkan membantah.Rasulullah SAW bersabda: " Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah SWT"

2. Mengurus rumahtangga
Topik ni hangat kalau diperbahaskan. Sebabnya boleh main tarik tali. Suami tolak isteri tarik. Isteri tolak suami tarik. Tapi sekarang dua-dua tolak. Tiadalah kemenangan dalam rumahtangga. Dalam Islam isteri dipilih untuk tanggungjawab ni. Kenapa? Sebab tangan lembut yang menghayun buaian ni dan membersih beras ini banyak hikmahnya. Tak boleh ke suami buat? Boleh tapi sebagai 'assistant'. Hah dengar tu sang suami sebagai pembantu. Jangan asyik sorong bantal je...ahak. Rasulullah SAW bersabda: " Tiap-tiap wanita atau isteri adalah pengurus terhadap rumah suaminya, dan ia akan ditanya (oleh Allah dihari kemudian) dari perkara urusannya itu". Hah meremang bulu roma ummi baca hadis nabi ni. Takut juga hal-hal yang terlepas pandangkan. Astagfirrullah. Ampunkanlah dosaku Ya Allah.

3. Berhias untuk suami
Tersenyum ya para isteri yang membaca. Mungkin terkena kat batang hidung sendiri kot.Tak pe lepas ni berubah la. Pakai cantik-cantk kat rumah. Jangan melawa masa nak keluar rumah je.Kalau yang suka pakai kain batik kat rumah tu, pakai la elok-elok dan lipat cantik-cantik. Jangan tak terurus je. Suami pandang sebelah mata pun tak mahu ahak...Hah tak lupa juga hiasan dan solekan isteri merupakan pagar bag suami untuk melakukan maksiat kat lua.Rasulullah SAW bersabda: Diberikan rasa cinta kepadaku atas sebahagian dunia kamu, iaitu minyak wangi dan wanita, serta dijadikan solat sebagai penyejuk jiwa".

4. Melayan suami
Ini bab memenuhi kemahuan seks bersama. Hubungan seks adalah penawar untuk menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

6. Memberi semangat dan kata-kata peransang kepada suami

7. Bersikap malu terhadap suami

8. Berdiam diri ketika suami berbicara.

9. Berdiri sebagai menghormati suami especially masa suami nak pergi kerja. Kalau yang pergi sama-sama tu, salam la tangan dan cium tangan dan pipi. Bersalaman antara suami dan isteri akan gugur dosa-dosa kecil yang dilakukan kita. Insyallah.

10.Jangan curang

11.Hormatilah keluarganye.

12.Bersyukur dengan nafkah zahir yang disediakan. kalau tak cukup sama-sama fikirkan jalan untuk majukan ekonomi keluarga.

13.Tidak puasa sunat kecuali dengan izin suami. Paling mudah tanyalah dulu " Bang, saya nak puasa sunat esok boleh ke?. Kalau boleh puasalah kalau tak bole jangan la melenting yek.

14.Last sekali minta izin bila nak keluar. Ini ummi jamin ramai isteri solehah kat luar sana dah terlupa. Termasuklah ummi. Kadang-kadang ingat dan kadang-kadang terlupa. hai jangan la lupa lain kali yek. lagipun sekarang ni zaman teknologi call la suami awak dulu. Tak pun sms dulu sebelum pergi.

Insyallah segala yang ummi kongsikan kata atas tu boleh dijadikan ingatan dan amalan.

wasalam. Jumpa lagi.

Wednesday, November 7, 2007

Kebuntuan Ummi

Salam bahagia semua...

Cuba kita bayangkan kehidupan rutin kita yang dilakukan setiap hari.Kalau ummi, apa yang ummi lakukan setiap hari, hampir 90% adalah aktivti yang sama.Biasalah ummi dah berumahtangga. Ada 1 suami tecinta dan 3 anak. jadi tugasan ummi kalau diringkaskan hari-hari lepas bangun terus sembahyang subuh, memasak dan pepair my kids untuk dihantar ke tadika. Lepas tu pergi kerja dan cukup masanya balik kerja dan pepair for dinner. Kalau dulu ummi bekerja dengan kerajaan but now dah resigned so kerja sendiri, buat bisnnes sikit. Kedai ummi tutup pukul 9.00malam. Jadi ummi kena rush semula ke kedai. Lepas tutup kedai, ummi pun balik. Masa tu badan dah rasa letih sangat. Nak bergurau dan sembang-sembang ngan anak pun kadang-kadang sempat. Kadang-kadang tak.As realitinya itulah harian seoang ummi yang bertungkus lumus untuk mencari rezeki meningkatkan ekonomi keluaga. Kadang-kadang ummi terfiki "ummi u need something difference from what u r doing now".From my deep heart says "U need knowledge". Knowledge about what?. Anything dear. The most is knowledge how to build ur self esteem. Truely, ummi banyak membuang masa sebelum ni. masih tercari-cari pintu kejayaan. kejayaan apa? Itu pun masih tak pasti apa yang berada dalam naluri ni.Nak kata ummi kecewa dengan kehidupan lalu tak pulak. yang pasti ummi masih berjuang. Cuma perjuangan/ usaha ummi masih huru hara. tak ada sasaan, matlamat, impian untuk menuju kejayaan dalam hidup...Doakan ummi ya

kenapa aku harus berubah

Maafkan ummi sekiranya catatan ini mengguris hati sesape. Untuk mencapai apa yang ummi inginkan dalam hidup ini, ummi harus berubah untuk mencuba sesuatu yang baru. Bukan niat di hati untuk mengejar keduniaan semata-mata. tapi ingin melihat sinar kejayaan yang masih belum terlihat bayangnye. Sampai bila? sampai bila ummi harus berada ditakuk lama. Hanya itulah rutin yang selalu ummi lakukan. Ummi tahu tanngungjawab ummi dalam memberi bakti kepada masyarakat, tapi kadang-kadang hati ummi terseksa sebab tiada kebebasan dalam melaksanakan tanggungjawab itu. lansung tak de. Malah terikat erat dengan peraturan yang sangat membebankan sehingga ia juga menyeksa hati dan perasaan orang yang menerima pertolongan dari ummi. Atas sebab itu, biarlah ummi bebas dari ikatan itu. Ummi dapat memberi inspirasi kepada semua orang tanpa batasan............