Friday, December 29, 2017

Ikhlas

Puisi petang tentang ikhlas...

Ikhlas bila dihadir tanpa diminta
Ikhlas bila dibuat tanpa disuruh
Ikhlas bila dirasai ia menyenangkan

Kenapa perlu ditanya ikhlas atau pun tidak. Setiap perasaan yang hadir kadang2 kita tak jangka. Semuanya berlaku sebenarnya ujian yang menduga. Nak menilai rasa ikhlas tu pun susah kerana perlukah ia hadir ditengah2 keadaan macam ni. Sesuaikah?. Hingga dirasakan ikhlas tu seperti mainan hati untuk merelakan kehadiran perasaan itu.

Thursday, December 28, 2017

Bila Seseorang Kecewa

Bingkisan catatan buat seorang sahabat ku Dr......

Rayu kepada mu...

Benamkan sampah wasangka
Timbuskan liang sendu
Tanamlah benih damai
Siramkan dengan titisan hajat
Tolehlah ke nur Ilahi
Tumbuhlah semula
Jangan layu ke bumi
Hingga lupa menatap ke langit

#Kami ingi melihat kau tumbuh semula
Jangan terus tunduk melihat bumi hingga lupa melihat langit....
Dont loosen your hold

Cara hilangkan stres


Apabila anda mengalami tekanan perasaan. keadaan ini akan terjadi;


Ada orang jerit kepada anda sebab dulu anda ok tapi sekarang stres pulak dah kenapa..." kembalikan seri yang dulu"

Apa jadi pada anda...

Nak senyum pun tidak mampu
Nak ketawa pun hilang upaya
Nak makan pun hilang selera
Nak kerja pun sakit jiwa

Ok senang je nak settlekan stres anda. kalau tak nak ....

Tak nak senyum sila muncung
Tak nak ketawa nganga
Tak nak makan sendawa
Tak nak kerja tuang

Akhirnya kunci stress anda pun hilang. Jadi jom la ke ladang menanam ubi untuk bekal kemarau.