Friday, December 10, 2010

Azam ke Umrah dan duit dari langit....

Catatan dibuat pada 9/12/2010

Ditetapkan hari ini, suami dan anak-anak (3 orang iaitu Hakimi, Mai dan Luqman) akan sampai ke rumah dari kampung suami di Machap Durian Tunggal. Mereka bermalam di sana sebab suami saya dah berjanji dengan Babanya untuk tolong tebang pokok rambutan.

Semalam saya call dia, untuk maklumkan tentang duit dari langit tu. Pagi tadi saya call lagi untuk maklumkan tentang hajat saya ke umrah Julai 2011. Saya dah bincang dengan maklang saya untuk pergi Julai dan bukan waktu cuti sekolah.

Petang tadi antara 5.30-6.30petang, hati saya berdebar-debar menunggu mereka sampai. Saya sempat masakkan sambal goreng ikan bilis campur telur rebus serta ayam goreng masak kicap. Hati saya berkali-kali berdoa moga Allah lembutkan hati suami untuk benarkan saya mengerjakan umrah. Bukan itu saja, saya juga berkali-kali berdoa moga emak mertua saya juga membenarkan kami berdua ke Mekah. Saya sangat faham sifat beliau. selalunya bila melibatkan hal penjagaan anak-anak, mak mertua saya susah nak izinkan, maklumlah anak-anak saya masih kecil. Saya tahu tentang itu, namun hati ni dah tak keruan untuk pergi sana....

Suami saya dah sampai. Nampak ceria dan riak mukanya penuh persoalan. Mungkin tentang kesahihan duit dari langit tu dan umrah. Tiba-tiba terdengar suaranya dari ruang dapur sambil-sambil sibuk mengurus atur semula barang yang baru dibawa balik dari kampung.

" Baba dan emak tak setuju kita pergi, sebab anak-anak kecil lagi. Tunggulah dah besar sikit nanti katanya."

Aduh...pedihnya hatiku. Terkedu sebentar mendengar kenyataan itu. Saya cuba tidak membantah dan menerpis dengan soalan-soalan yang boleh menegangkan kami. Saya tabahkan hati dan berharap pada Tuhan. Saya tahu saya perlu berdoa tanpa henti. Saya yakin Tuhan akan kabulkan.

Hati masih terus berkata-kata dan bermonolg sendirian. Suami selamba meneruskan kerja-kerja dia. Tiba-tiba.

" Mana pamflet Andalusia, abang nak tengok?". Suara itu membuatkan saya terdiam membisu. Saya tak balas sebaliknya hati saya termerajuk.
" Mi, baba buat muka macam ni kat Umi." Maisarah mencebikkan mukanya ke arah saya meniru perlakuan suami. Lama....saya terdiam dan tiba-tiba bersinar semula.

" Alhamdulillah Ya Allah kau dengar doaku. Ampunkan aku " saya bermonolog dalam hati.

Kesudahannya kami duduk dan berbincang bersama. Kami berdua setuju dengan tarikh tersebut. Hal anak-anak pula, kami sepakat untuk mengajak mak mertua, baba dan adik Ipar (Idah) tinggal sementara di rumah kami sepanjang kami di Mekah nanti. Begitula...senang saja penyelesaian kalau kita bermuafakat.

" Ada ke duit nak pergi ni?" terpantul soalan dari suami.
" Ada bang jangan risau. Duit dari langit tu la. Insyallah." saya tersenyum lebar.

p/s: ketika kita suka, ada orang berduka. Semoga orang-orang ini tabah dan Allah mempermudahkan mereka menghadapi saat itu.
Buat sahabat Dr Alhana dan suami- tabahkan hati dan semoga pembedahan berjalan lancar dan selamat.
Buat sahabat Dr Nurul Ain, semoga tabah hati dengan pemergian bonda tercinta.
Buat sahabat Dr Noraini, semoga tabah hati menjaga bonda yang sedang sakit.
Buat semua, Allah lebih mengetahui setiap perancangannya.

Wasalam.

Wednesday, December 8, 2010

Tunai janji buat Maisarah...

Catatan pada 2/12/2010.

Semalam 1/12/2010, kami sekeluarga pergi Giant Melaka. Itu janji saya dan suami yang mesti ditunaikan untuk Maisarah. Tujuannya untuk membeli baju renang yang baru sebab baju lama dah lusoh dan singkat bangat....Nak beli satu barang tapi habis lebih kurang RM214.00...fuih satu malam saja. Ikhlas untuk anak-anak. Lagi pun dah lama sangat tak bershopping.

Sebelum balik, saya singgah di kedai buku-buku Islam. Suami minta saya beli cd Maher Zain sementara dia pi bayar bil belian di Giant. Mahal sungguh RM27.90. Beli jugalah sebab anak-anak dah bawa lari dulu. Belum bayar lagi tu. Sekali lagi saya rambang mata melihat banyak tajuk buku yang best-best. Rasa cam nak beli semua tapi sabar... duit tak de. Beli juga buku yang paling murah seperti yang dicadangkan oleh Ustaz Zahazan iaitu buku saiz poket bertajuk "Zikir pagi petang dan selepas solat" harga RM4.00 dan "Doa Zikir Harian" harga RM6.00. Seperti yang tercatat pada mukasurat luar buku tersebut, hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredaan Allah. Terima kasih Ya Allah kerana hidayahmu.....

Istiqamah dengan perkara yang 'simple'

Catatan dibuat pada 2/12/2010.

Hari ini saya membiasakan rutin yang telah saya disiplinkan beberapa bulan yang lalu iaitu mencatatkan setiap perkara yang perlu dibuat dalam buku nota kecil. Setiap hari saya akan ada 10-15 perkara yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah sejak saya mempraktiskan cara tersebut, banyak hal yang dapat dilaksanakn dengan teratur dan yang penting saya tidak lupa nak lakukan apa-apa pesanan atau amanah yang diamanahkan. Dalam semua senarai tersebut, 4 perkara teratas yang perlu saya buat ialah baca mathurat, selawat 100x, solat dhuha dan berdoa tiga rangkai ( dapat ke umrah 2011, mudah bayar hutang dan ilham tempat kerja yang sesuai dengan diri dan keluarga). Semua idea ini saya perolehi dari pembacaan buku tavelog dakwah tulisan Prof Kamil Ibrahim. Ilmu itulah saya ingin praktiskan. Semoga saya beristiqamah dan berjaya. Insyallah.

Thursday, December 2, 2010

Sesungguhnya Allah Maha Perancang Yang Hebat

Catatan ditulis tangan pada 29 November 2010.

Saya mengingatkan diri bahawa hari ini ada pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Saya menjadikan catatan setiap perkara yang akan dibuat dalam satu buku catatan harian bersaiz kecil sebagai panduan. Saya menyarankan Hakim (anak sulung) supaya buat seperti yang saya lakukan. lalu dia mengambil satu buku catatan kecil yang saya beli di supermaket Keluargaku semalam (28 November 2010). Hakim mencatatkan beberapa perkara di dalam buku catatan tersebut. Salah satu catatan yang ditulis adalah

............"Doakan umi dan baba untuk pergi Mekah"

Ya Allah bergetar tali jantung saya ketika membaca tulisan itu. Syahdu....memang nak pergi sangat-sangat. ....Tunggu rezeki melimpah!!!!!

Tepat jarum jam di dinding 12.00pm, saya membawa semua anak-anak (4 orang aje) pergi ke Universiti Multimedia. Tujuannya adalah untuk memulangkan semula buku yang saya pinjam kepada staff Klinik Penawar. Dulu saya pernah bekerja di sini. Itu dulu la...Kemudian aku nak jumpa Puan Hanisah. Siapakah beliau ni?.

Sampai saja disana, saya tak berkesempatan untuk pergi ke Klinik Penawar jadi saya pesan pada Puan Hainsah saja. Boleh ye kak tolong sampaikan amanah ni.

Cerita pasal Puan Hanisah. Emm.. sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui dan Perancang yang Hebat. Sebenarnya suatu hari saya terbaca majalah I islam. Majalah informasi kontemporari masa kini, dalam ruang tersebut ada memaparkan sebuah laman web iaitu emaskini.com. Saya pun macam berminat and search. Dari laman web itu saya terjumpa laman web jutawanemas.com. Pemilik site ni adalh bekas pekerja di MMU. Jadinya siapa saja yang saya jumpa staff MMu, saya akan tanya pasal beliau. Macam menarik je dengar pasal emas ni. Memang betul pun. Saya memang anti-emas dolu-dolu. Pernah amsuk zhulian pun sebab tertarik dan menarik pasal hal-hal tak perlu emas tulen. Itu dulu, lama-lama terfikir pula sebaliknya, betapa ramai orang-orang diluar sana telah kehilangan emas mereka sebab dah tukar produk kesihatan. Jadi macam mana tu esok lusa kalau terdesak kewangan? fikir sendiri la. Tanah dan emas aset kita tapi lama-lama dan secara psikologi dah jadi milik orang. Bila nak sedar tak tahula....

Ok berbalik pada Kak hanisah ni. Saya memang bercadang nak beli sekeping dinar. tapi tak tahu nak beli pada siapa. Kalau boleh nak senang berurusan prefer women to women. jadi saya call agen master PG Normaziah. Ditakdirkan dia tak dapt nak serve saya yang stay kat Melaka dan dia kat Seremban katanya la. lagi pun kocik benar nilai dia nak travel dengan belian sayakan...Tapi Allah tu Maha Mengetahui, dia ilhamkan saya untuk berborak pasal En Syukur jual emas dah jadi juatawan dengan seorang Kak Hanisah yang saya jumpa secara kebetulan di Klinik Saujana. Cerita-cerita punya pasal saya pun set masa untuk beli pada dia jela.

Dalam lubok hati saya tertanya-tanya tentang keajaiban ini. Saya dapat merasai yang pasti ada daya tarikan yang menjadi amalan Kak Hanisah ni dalam berbisnes. Sebab utama saya memang berhajat, kedua pada ketika itu saya bertanya bukan tahu yang dia menjual, dia berjumpa saya bukan dalam keadaan untuk menjual sesuatu dan semua itu berlaku atas kehendak Tuhan. Saya pun bercadang untuk merisik rahsia Kak Hanisah.

......"Kak, nak tanya sesuatu la. kak ada amalkan apa-apa petua ke untuk murah rezeki?" terpantul soalan dari mulut saya.

.......kak hanisah separa terperanjat tapi muka dia kool je. " Ha'ah. Ada, akak sekeluarga tiap-tiap malam baca sama-sama surah Waqiah dan Mulk. Lain akak ada amalkan selawat tiap-tiap hari. Selawat ada banyak untuk elak rumah dimasuk pencuri, kebakaran dan lain-lain. nanti kalau kita jumpa lagi akak bagi satu copy untuk awak". jelas nya panjang lebar.

Terasa gembira sangat hati saya ni. Mana taknya apa yang saya teka tu betul. Saya pun tengah berjinak-jinak mengamalkan petua-petua tersebut yang hampir sama seperti yang saya baca dalam blog Linncomel. Dalam blog tu Kak Lin tu paparkan petua murah rejeki iaitu:
  1. Selawat 100x setiap hari
  2. Baca Waqiah setiap malam sebelum tidur
  3. Puasa setiap hari isnin dan Khamis
Insyallah saya juga sedang berusaha dan beristiqamah dalam mengamalkan amalan tersebut. Semoga berjaya ummi....(anak saya jeritkan!...)