Wednesday, September 26, 2012

Terjumpa Dr Zainur Rashid di Peduli Ummah






gambar dari pakcik google.Thank you



Assalmualaikum.

Catatan 3.42 petang 26/9/2012
Lokasi: Klinik ZARA

Aku bergegas untuk memasuki ruang post untuk mencatatkan apa yang ada dalam kepala berkaitan dengan pertemuan ini. Bukanlah pertemuan secara fizikal tetapi ia berlaku secara tak sengaja dan ia hanya melalui alam maya saje.Beberapa hari yang lalu aku sibuk mencari sesuatu berkaitan dengan tip-tip keibubapaan. Idea ini juga datang setelah mendengar rakaman bual bicara Wardinah Safiyyah bersama anak-anaknya dalam youtube. Daripada hasil bual bicara itu, beliau mengaskan ibu-ibu perlu belajar untuk mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berjaya dari semua aspek termasuk sahsiah. Ilmu keibubapaan perlu dipelajari dan ianya memberi banyak faedah jika kita pandai mengaplikasikan dalam konteks pendidikan dan tarbiyah kepada anak-anak.

Jadi dipendekkan cerita aku meluangkan masa mencari hal-hal berkaitan keibubapaan seperti hari ini juga. Aku ditemukan dengan laman web ISMA Melaka dan dari situ aku ke ISMA pusat dan lantas tergerak untuk menekan font yang tertulis "Lambaian terakhir seorang pejuang..." Tidak aku tahu kenapa aku memilh untuk menekan kolum itu. Hanya satu yang aku perasan terdetik dalam hati iaitu aku seperti kenal dengan gambar yang dipaparkan berdekatan dengan kolum itu iaitu kotak kecil dimuatkan dengan gambar Dr Zainurrashid. Setelah aku baca berkenaan topik "lambaian terakhir seorang pejuang", aku terasa seperti mahu mengenali tuan penulis ini dengan lebih dekat. Rupa-rupanya beliau adalah antara orang kuat ISMA Seremban, i-medik, terlibat dengan aman palestin dan seorang Pakar OnG Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Wou....sangat teruja melihat biodata seorang yang doktor muslim profesional.

Idea penulisan yang diketengahkan oleh beliau antaranya berkaitan dengan palestin, perubatan, pendidikan anak-anak (apa yang aku cari) dan ummah. Inilah contoh seorang doktor daei yang aku cari. Beliau bukan sahaja berjuang melalui jawatannya sebagai seorang doktor tapi ia lebih dari itu, iaitu dengan mengambil prinsip ambil peduli yang menjadi motto hidup beliau. Ya Allah aku sangat meminati orang-orang yang berjuang atas dasar keikhlasan. Semoga perjuangan beliau menjadi ikutan dari orang-orang seperti aku, aku, aku!!!!!...............Ya Allah tersentuh sangat dengan artikel-artikel dari beliau. Betapa hidup kita ini perlu ada sifat "ambil peduli" atau lebih manis bunyinya "caring"

p/s: kalau prof muhaya dengan prinsip "memberi" , Prof dr zainurrashid pula prinsip "ambil peduli"

Thank you.....both of them are medical doctor. They are such a good example for people like me. Thank Allah for guidance me to meet both of them. Semoga Allah memberi keberkatan ilmu dan masaa untuk ku.


Monday, September 24, 2012

Multiple Intelligent

catatan 25/9/2012...11.45 pagi klinik zara








Hari ini dan semalam aku rasa bosan dan tak tahu nak buat apa. Memang hakikatnya aku tak berapa sihat sebab dilanda demam, batuk dan selsema. Tapi aku tak rasa itu penyebabnya namun aku juga tak tahu apa sebabnya. Jadi aku banyak membuang masa dengan membrowse kat internet. Apa yang aku cari pun tak menentu sebab kejap cari hal berkaitan keibuabapaan sekejap lagi tukar cari tentang penyakit dan sekejap lagi boring je dok termangu sebab tak jelas apa yang nak dibaca dengan mendalam dan faham. Tapi  akhirnya ada satu benda yang aku dapat grab dalam pencarian itu adalah mengenai tip keibubapaan. Masa cari tip-tip ni terjumpa tentang multiple intelligent. Multiple intelligent ini di asaskan oleh Howard. Dalam kitaran MI adalah dibahagikan kepada 8 unit yang lain berkaitan dengan kecerdikan iaitu liguistik, matematik, intrapersonal,interpersonal, visual, natural, musical, dan kinestik. Aku pun search lagi berkenaan MI ni dan akhirnya terjumpa satu test untuk MI, then aku jawab mewakili Maisarah dan akhirnya jawapan test itu adalah seperti yang aku fikirkan sebelum ini iaitu liguistik, musikal dan visual. Kat sini aku pastekan aktiviti yang sepatut dijalankan untuk setiap kategori kecerdikan yang telah dikenalpasti. Setiap individu ada kecerdikan yang tertentu. So kalau kita tahu dari awal kita boleh asah bakat atau minat kita dari mula. Nanti secara tak lansung minda sedar kita aktif dengan perkara yang kita minat itu dan kita sebati untuk menggunakan cara itu dalam khidupan untuk menjejaki tangga kejayaan. Ni dia kat bawah ni.

http://www.scholastic.com/teachers/article/clip-save-checklist-learning-activities-connect-multiple-intelligences

Wednesday, September 12, 2012

Tetamu yang dinanti- Dr Elis

Tiba-tiba deringan telefon ku berbunyi. Rupanya ditalian adalah panggilan dari seorang sahabat lama yang dah lama tak jumpa. Siapa tu, em dia la Dr Elis. Panggilan ditamatkan dengan persetujuan untuk bertemu di restoran bersebelahan dengan Klinik Zara pada pukul 1-2 petang ni.

Tepat jam1 petang, staff datang ke bilikku mengatakan sahabat yang ditunggu itu ada di depan. Ketika pintu di buka, kami bertemu sambil tangan erat bersalaman. MasyAllah dah lama kita tak bersua muka. Nyata Elis kelihatan cantik dan semakin slim. Jaga badan agaknya..

Kami melangkah ke restoran sebelah. Aku memberi laluan kepada Elis untuk memilih meja mana untuk kami duduk bersembang sambil makan. Tak lama kemudian pelayan kedai datang untuk mengambil order. Kebetulan menu yang disediakan adalah nasi ayam jadi kami pun order menu yang sama bersama air jus oren untuk aku dan milo tanpa gula dan susu untuk Elis.

Kami mulakan perbualan tentang perkembangan diri masing-masing. Kemudian topik berubah tentang sahabat lama yang kami kenal. Kisah tentang sahabat ini menjadikan aku tersedar dan kembali pada situasi suatu waktu dahulu ketika aku mempunyai bisnes klinik sendiri. Kami pernah berkongsi bisnes ini dan melalui saat genting di mana aku kehabisan modal. Ketika itu aku pasrah sangat dan terdetik dalamhati untuk mengundur diri. Namun aku cuba bertahan sehinggalah hampir setahun lebih klinik itu beroperasi, tiba-tiba emak kesayanganku kembali ke Ramatullah disaat kewanganku sangat getir. Aku terduduk menitiskan air mata sambil menginsafi kesilapan  terhadap emakku. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segalanya. Inilah perancanganNya untuk aku lalui kehidupan ini. Akhirnya aku akur, kewangan sangat mendesak hingga klinik terpaksa ditutup dan aku menarik diri dari perkongsiaan bisnes itu.

Lama juga aku mengembara dari satu klinik ke satu klinik lain menjadi seorang doktor bergelar "freelancer" doktor. Haha ada juga mata-mata yang memandang sinis dan ada juga rakan yang memberi semangat. Antaranya dialah Dr Elis...seorang yang teliti, disiplin kuat dan berdikari. Banyak sebenarnya yang dapat aku berlajar sepanjang bergelar freelance doktor. Antaranya adalah pergantungan. kalau dulu aku tidak nampak yang aku hidup sebenarnya bergantung pada siapa. Bila sebut bab gaji aku tahu hujung bulan aku dapat. Tapi saat ketiadaan, baru aku nampak dengan mata hati bahawa gaji atau rezeki sebenarnya datang dari atas iaitu Allah. Jika kita rajin Allah akan beri. Jika kita tidak minta dengan doa kita seperti tidak yakin dan percaya pada Allah. Kehidupan ketika itu mengajar aku bahawa kehidupan dunia ini mesti bersandarkan kepada Allah. Mintalah kepadaNya dan bertawakkal. Nyata Allah Maha Pengasih dan penyayang Dia pandang padaku dan Dia beri sinaran terang dalam hidupku. Tuhanku sepertimana aku ppernah berjanjji kepadaMu saat aku berada di alam roh, itulah juga janjiku sekarang. Maknanya aku seperti di kelahiran baru, orang baru, jiwa baru dan hati baru.

Sekian....


Tuesday, September 11, 2012

Bertemu sahabat lama (Aidilfitri 2012)






sahabat, teman dan kawan

Buat Ain dan Biah
juga untuk sahabat lain yang belum bertemu semula namun kita pernah berkawan rapat sewaktu masa dahulu namun kini masing-masing dengan kehidupan sendiri.

Subhanallah ternyata rindu sangat hati ini untuk bertemu dengan sahabat ini. Teringat suatu ketika dulu Biah orang yang pertama aku bertemu. Ketika itu aku pertama kali melangkah  masuk sekolah sharodz. Banyak kenangan terukir bersama. Aku senang berkongsi cerita dengan Biah. Kehidupan Biah lebih kurang aku cuma Biah lebih kuat kesabarannya dalam menempuh dugaan hidup sebab hatinya sangat redha dan pasrah dengan Ilahi. Semoga Allah merahmatiNya. Itulah Biah dan akhirnya kami sama-sama berjaya menyudahkan kehidupan sebagai pelajar perubatan.  dan kini sama-sama bergelar doktor tapi di persada yang berlainan. Namun satu perjuangan yang sama kami pegang adalah menunaikan ibadah sebagai seorang doktor muslim profesional. Begitu juga dengan Ain. Ain sahabat yang berhati rendah dan suka mendulukan kawan. Baiknya hati sahabat ini. Terima kasih menjadi teman sekuliah dan serumah. Terpancar sinar bahagia dalam kehidupan Ain sekarang.


semoga kita terus bersahabat hingga ke jannah