Thursday, January 31, 2008

Wajarkah Anak-anak Dikasari

Salam ukhwah,
Terima kasih kepada semua pengunjung dan akan kenalan siber. Tak tau kenapa hari ni tergerak nak membicarakan hal pukul anak. Logikkah atau patutkah anak sebesar 4 tahun dipukul, dilempang, ditampar, didenda sedemikan rupa. Walaupun si ibu mungkin tak bermaksud nak mendera tapi hanya nak mengajar anak-anaknya , adakah masih patut dilakukan anak sedemiakian rupa?. Ummi rasa mungkin si ibu atau si bapa pernah mengalami situasi seperti berikut, jadi dia melepaskan geram sebagai pengajaran untuk anak-anaknya dan melihat bagaimana perasaan anak tersebut bila diperlakukan sedemikian. Kes ni tak berapa teruk berbanding penderaan yang membawa kepada kecederaan fizikal anak-anak. Sebabnya mungkin si ibu atau si bapa hanya mempunyai pengalaman masa kecil yang biasa cuma latarbelakang keluaganya yang suka menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anak atau mendidik anak cara kasar. Kasar di sini bermaksud seperti menjerit, mengherdik atau mengertak anak-anak menggunakan percakapan yang kasar seperti "sial, bodoh, bahlol, bebal, "aku terajang kau nanti" dan sekali-sekala tangan dan kaki naik ke muka. Betul tak?. Kalau ibu dan bapa mempunyai pengalaman penjagaan keluarganya yang lepas cara yang lembut dan penuh kesabaran dan kesopanan, ianya pasti berbeza, walaupun anaknya begitu nakal sekali dia tak gunakan kekasaran sebaliknya mungkin hanya menyergah anak-anak dengan rotan atau paling maksima hanya mencubit perlahan di peha atau pun menggunakan time-out.


Persoalannya di sini patutkah atau wajarkah anak-anak tak kira latarbelakang ibu bapa mereka diperlaku secara kasar sebagai mengajar mereka supaya mengikut kata atau peratuan yang telah kita tetapkan??????.............................fikir-fikirkanlah

1 comment:

Ummu Ati said...

Memang tak baik kita mendidik anak seawal usia dengan mengkasari mereka. Jangan menghukum dengan hawa nafsu dan sifat amarah kita. Kelak, anak tidak terdidik.Mungkin dia tidak akan melakukan kesilapan didepan kita hanya kerana takut kepada kita. Sebaliknya besar kemungkinan dibelakang kita dia akan mengulangi. Jadilah dia hamba yang tidak terdidik .
Pendik kata mendidik anak ini ada cara dan ikut ketogori.Anak-anak yang kecil kita manjakan dia dengan tunjuk sikap yang nampak dilihat oleh mata kepala, yang sudah besar cukup di dalam hati sahaja, yang dewasa ajak berbincang atau bermesra dengan mereka.