Wednesday, September 26, 2012

Terjumpa Dr Zainur Rashid di Peduli Ummah






gambar dari pakcik google.Thank you



Assalmualaikum.

Catatan 3.42 petang 26/9/2012
Lokasi: Klinik ZARA

Aku bergegas untuk memasuki ruang post untuk mencatatkan apa yang ada dalam kepala berkaitan dengan pertemuan ini. Bukanlah pertemuan secara fizikal tetapi ia berlaku secara tak sengaja dan ia hanya melalui alam maya saje.Beberapa hari yang lalu aku sibuk mencari sesuatu berkaitan dengan tip-tip keibubapaan. Idea ini juga datang setelah mendengar rakaman bual bicara Wardinah Safiyyah bersama anak-anaknya dalam youtube. Daripada hasil bual bicara itu, beliau mengaskan ibu-ibu perlu belajar untuk mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berjaya dari semua aspek termasuk sahsiah. Ilmu keibubapaan perlu dipelajari dan ianya memberi banyak faedah jika kita pandai mengaplikasikan dalam konteks pendidikan dan tarbiyah kepada anak-anak.

Jadi dipendekkan cerita aku meluangkan masa mencari hal-hal berkaitan keibubapaan seperti hari ini juga. Aku ditemukan dengan laman web ISMA Melaka dan dari situ aku ke ISMA pusat dan lantas tergerak untuk menekan font yang tertulis "Lambaian terakhir seorang pejuang..." Tidak aku tahu kenapa aku memilh untuk menekan kolum itu. Hanya satu yang aku perasan terdetik dalam hati iaitu aku seperti kenal dengan gambar yang dipaparkan berdekatan dengan kolum itu iaitu kotak kecil dimuatkan dengan gambar Dr Zainurrashid. Setelah aku baca berkenaan topik "lambaian terakhir seorang pejuang", aku terasa seperti mahu mengenali tuan penulis ini dengan lebih dekat. Rupa-rupanya beliau adalah antara orang kuat ISMA Seremban, i-medik, terlibat dengan aman palestin dan seorang Pakar OnG Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Wou....sangat teruja melihat biodata seorang yang doktor muslim profesional.

Idea penulisan yang diketengahkan oleh beliau antaranya berkaitan dengan palestin, perubatan, pendidikan anak-anak (apa yang aku cari) dan ummah. Inilah contoh seorang doktor daei yang aku cari. Beliau bukan sahaja berjuang melalui jawatannya sebagai seorang doktor tapi ia lebih dari itu, iaitu dengan mengambil prinsip ambil peduli yang menjadi motto hidup beliau. Ya Allah aku sangat meminati orang-orang yang berjuang atas dasar keikhlasan. Semoga perjuangan beliau menjadi ikutan dari orang-orang seperti aku, aku, aku!!!!!...............Ya Allah tersentuh sangat dengan artikel-artikel dari beliau. Betapa hidup kita ini perlu ada sifat "ambil peduli" atau lebih manis bunyinya "caring"

p/s: kalau prof muhaya dengan prinsip "memberi" , Prof dr zainurrashid pula prinsip "ambil peduli"

Thank you.....both of them are medical doctor. They are such a good example for people like me. Thank Allah for guidance me to meet both of them. Semoga Allah memberi keberkatan ilmu dan masaa untuk ku.


No comments: