Wednesday, September 12, 2012

Tetamu yang dinanti- Dr Elis

Tiba-tiba deringan telefon ku berbunyi. Rupanya ditalian adalah panggilan dari seorang sahabat lama yang dah lama tak jumpa. Siapa tu, em dia la Dr Elis. Panggilan ditamatkan dengan persetujuan untuk bertemu di restoran bersebelahan dengan Klinik Zara pada pukul 1-2 petang ni.

Tepat jam1 petang, staff datang ke bilikku mengatakan sahabat yang ditunggu itu ada di depan. Ketika pintu di buka, kami bertemu sambil tangan erat bersalaman. MasyAllah dah lama kita tak bersua muka. Nyata Elis kelihatan cantik dan semakin slim. Jaga badan agaknya..

Kami melangkah ke restoran sebelah. Aku memberi laluan kepada Elis untuk memilih meja mana untuk kami duduk bersembang sambil makan. Tak lama kemudian pelayan kedai datang untuk mengambil order. Kebetulan menu yang disediakan adalah nasi ayam jadi kami pun order menu yang sama bersama air jus oren untuk aku dan milo tanpa gula dan susu untuk Elis.

Kami mulakan perbualan tentang perkembangan diri masing-masing. Kemudian topik berubah tentang sahabat lama yang kami kenal. Kisah tentang sahabat ini menjadikan aku tersedar dan kembali pada situasi suatu waktu dahulu ketika aku mempunyai bisnes klinik sendiri. Kami pernah berkongsi bisnes ini dan melalui saat genting di mana aku kehabisan modal. Ketika itu aku pasrah sangat dan terdetik dalamhati untuk mengundur diri. Namun aku cuba bertahan sehinggalah hampir setahun lebih klinik itu beroperasi, tiba-tiba emak kesayanganku kembali ke Ramatullah disaat kewanganku sangat getir. Aku terduduk menitiskan air mata sambil menginsafi kesilapan  terhadap emakku. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segalanya. Inilah perancanganNya untuk aku lalui kehidupan ini. Akhirnya aku akur, kewangan sangat mendesak hingga klinik terpaksa ditutup dan aku menarik diri dari perkongsiaan bisnes itu.

Lama juga aku mengembara dari satu klinik ke satu klinik lain menjadi seorang doktor bergelar "freelancer" doktor. Haha ada juga mata-mata yang memandang sinis dan ada juga rakan yang memberi semangat. Antaranya dialah Dr Elis...seorang yang teliti, disiplin kuat dan berdikari. Banyak sebenarnya yang dapat aku berlajar sepanjang bergelar freelance doktor. Antaranya adalah pergantungan. kalau dulu aku tidak nampak yang aku hidup sebenarnya bergantung pada siapa. Bila sebut bab gaji aku tahu hujung bulan aku dapat. Tapi saat ketiadaan, baru aku nampak dengan mata hati bahawa gaji atau rezeki sebenarnya datang dari atas iaitu Allah. Jika kita rajin Allah akan beri. Jika kita tidak minta dengan doa kita seperti tidak yakin dan percaya pada Allah. Kehidupan ketika itu mengajar aku bahawa kehidupan dunia ini mesti bersandarkan kepada Allah. Mintalah kepadaNya dan bertawakkal. Nyata Allah Maha Pengasih dan penyayang Dia pandang padaku dan Dia beri sinaran terang dalam hidupku. Tuhanku sepertimana aku ppernah berjanjji kepadaMu saat aku berada di alam roh, itulah juga janjiku sekarang. Maknanya aku seperti di kelahiran baru, orang baru, jiwa baru dan hati baru.

Sekian....


No comments: