Monday, September 24, 2012

Multiple Intelligent

catatan 25/9/2012...11.45 pagi klinik zara








Hari ini dan semalam aku rasa bosan dan tak tahu nak buat apa. Memang hakikatnya aku tak berapa sihat sebab dilanda demam, batuk dan selsema. Tapi aku tak rasa itu penyebabnya namun aku juga tak tahu apa sebabnya. Jadi aku banyak membuang masa dengan membrowse kat internet. Apa yang aku cari pun tak menentu sebab kejap cari hal berkaitan keibuabapaan sekejap lagi tukar cari tentang penyakit dan sekejap lagi boring je dok termangu sebab tak jelas apa yang nak dibaca dengan mendalam dan faham. Tapi  akhirnya ada satu benda yang aku dapat grab dalam pencarian itu adalah mengenai tip keibubapaan. Masa cari tip-tip ni terjumpa tentang multiple intelligent. Multiple intelligent ini di asaskan oleh Howard. Dalam kitaran MI adalah dibahagikan kepada 8 unit yang lain berkaitan dengan kecerdikan iaitu liguistik, matematik, intrapersonal,interpersonal, visual, natural, musical, dan kinestik. Aku pun search lagi berkenaan MI ni dan akhirnya terjumpa satu test untuk MI, then aku jawab mewakili Maisarah dan akhirnya jawapan test itu adalah seperti yang aku fikirkan sebelum ini iaitu liguistik, musikal dan visual. Kat sini aku pastekan aktiviti yang sepatut dijalankan untuk setiap kategori kecerdikan yang telah dikenalpasti. Setiap individu ada kecerdikan yang tertentu. So kalau kita tahu dari awal kita boleh asah bakat atau minat kita dari mula. Nanti secara tak lansung minda sedar kita aktif dengan perkara yang kita minat itu dan kita sebati untuk menggunakan cara itu dalam khidupan untuk menjejaki tangga kejayaan. Ni dia kat bawah ni.

http://www.scholastic.com/teachers/article/clip-save-checklist-learning-activities-connect-multiple-intelligences

No comments: