Monday, November 22, 2010

Allah Maha Mendengar...

Salam ukhuwah...

Eidul Adha sudah pun berlalu. Tahun ini saya dan keluarga merayakan di kampung suami. Alhamdulillah dapat saya tunaikan solat sunat hari raya di sana. Seperti biasa, sambutannya lebih kurang sama macam Eidul Fitri. Emak mertua telah bersedia dengan hidangan yang menyelrakan iaitu masak lemah itik cili padi. Fuih... memang sedap sangat dan mengiurkan. Itu cerita Eidul Adha. Lepas 3 hari kami sekeluarga buat sedikit kenduri arwah, kesyukuran, aqikah utk Aqil anak saya dan berkhatan utk Arfan Farhan anak abang saya. Mulanya kami merancang untuk tangguh ke 27hb. mengikut kata kakak saya masa ni gaji dah keluar, jadi ada bajet lebih sedikit untuk kenduri. Namun tarikh tak berseuaian dengan hal-hal lain. Jadi saya bertawakal dan berdoa siang malam semoga majlis berjalan lancar dengan sedikit kelapangan dalam hal perbelanjaan majlis. Kebetulan saya kesempitan sedikit. Jadi tanpa henti saya mengadu pada Allah agar orang berhutang pada saya bayar semula duit hutang tersebut. Saya juga mengadu pd Yang Esa andai itu bukan rezeki saya janganlah hati saya berkeluh kesah pada rezeki tersebut. Juga datang rezeki untuk saya dari arah yang lain kerana Tuhan yang lebih Mengetahui. Hari itu adalah hari yang paling berkat untuk berdoa iaitu Jumaat sehari sebelum majlis. Pagi sebelum subuh saya digerakkan untuk bangun bertahajud. Semasa ditempat kerja saya usahakan untuk solat Dhuha dan berselawat sebanyak mungkin. Sebenarnya saya lakukan ini setelah membaca buku Prof Kamil Ibrahim iaitu Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Kebetulan saya sekeluarga membeli sedikit barang persedian untuk kenduri di Mydin MITC pada hari khamis, depan tu ada booth menjual buku-buku agama. Lama saya menelek buku2 kat situ lantas terpandang buku TDMHE. Sebenarnya niat saya dah lama nak beli Travelog Haji tapi dah habis. Tah macam mana saya nak juga beli sebuah buku untuk bacaan maka terus capai TDMHE. Best betul buku ni. Banyak ilmu yang dipraktikkan secara minima tapi istiqamah dan dibuktikan melalui hadis dan ayat quran. Contohnya solat Dhuha, mathurat, solat Tahajud dan doa.

Sambung balik hal saya pasal preparation untuk buat kenduri. Saya susah hati juga takut bajet tak cukup. Jadi tanpa disangka-sangka, sampai saja saya di perkarangan rumah tiba-tiba ada seorang hamba Allah ini datang dan memeluk saya sambil menangis. Beliau minta ampun dan maaf pada saya, sebab semasa arwah emak saya masih hidup, beliau ada berhutang sebanyak RMxxx, jadi ketika itu saya terkaku dan tergamam sebentar. Rasa macam tak percaya. bayangkan emak saya meninggal dah hampir 2 tahun lebih baru ni Tuhan yang maha Berkuasa dan Maha Mendengar setiap rintihan dan permintaan hambanya, dimakbulkan dari arah yang kita sendiri tidak sangka-menyangka lansung. Lansung tidak terfikir dalam hati ni...jadi untuk lebih berkat saya pulangkan semula RMxx kepada beliau tanda penghargaan dan simpati. Beliau berhutang pun bukan kerana saja2 nak hutang tapi dalam keadaan kesempitan ketika itu. Subhanallah....begitulah ceritanya. jadi dapatlah saya gunakan sebahagian duit untuk kenduri dan sebahagian disedekah ke pada ahli masjid yang datang buat Marhaban. Kenduri berjalan dengan lancar dan sangat meriah sekali. Yang penting sekali bajet makanan mengena dan tiada pembaziran. Alhamdulillah...

No comments: