Thursday, May 6, 2010

Tanggungjawab Ibu untuk menyusu bayinya

Salam kenangan semua,

Hari demi hari berlalu meninggalkan coretan kisah yang sukar dilupakan. Tanggal 21 Januari 2010 selamatlah dengan izin Allah Muhammad Aqil Hakim dilahirkan. Pelbagai kepayahan dan keperitan ketika melahirkan lenyap serta merta pabila terdengarnya tangisan anak kecil. "Ya Allah indahnya kehidupan ini, segala yang dihajati telah Engkau tunaikan cash untuk kami sekeluarga". Memang kelahiran ini dirancang dan diharapkan kerana nak make Big Family..hihihi dah cukup 4 orang semuanya. Best ada anak ramai. Riuh dan gamat rumah dibuatnya.

Hari ni Aqil dah berusia 4 bulan. Tanpa disedari Aqil dah explore macam-macam tindak balas fizikal dan emosi. Aqil umi janji dan berusaha untuk terus menyusukan Aqil sampai umur 2 tahun. Itu satu tanggungjawab Umi untuk Aqil. Sayang sekali 3 orang anakku yang lepas tak dapat merasi susu ibu walaupun kurang 6 bulan. Bukan tak tahu khasiat SI tapi jahil secara praktikal untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Mempraktikkan penyusuan susu ibu perlukan pengetahuan dan kesabaran. Untuk Aqil, semasa mengandung lagi Ummi dah berazam dan mencari pelbagai ilmu berkenaan SI dan peralatan yang boleh membantu penyususan susu ibu berjaya. Untuk ibu-ibu di luar sana percayalah hanya ibu yang menyusukan bayinya akan merasai bertapa nikmatnya perasaan yang lahir dari penyusuan susu ibu.

No comments: