Tuesday, June 20, 2017

Iftar Bersama Pusat Kesihatan UTeM 2016




Iftar!!!...ops iftar?. Apa maksud iftar. Maksudnya ialah berbuka puasa atau makan petang apabila masuk waktu maghrib dalam bulan Ramadhan. Orang melayu panggil berbuka puasa. Orang Sabah dan Sarawak panggil sungkai@sungkei. Maksud ketiga-tiganya adalah sama. Tapi sejak kebelakangan ni ramai yang suka menggunakan perkataan ini dalam perbualan harian mereka. Termasuk iklan di radio dan tv malah di papan iklan dan banting untuk promosi bufet Ramadhan di restoran atau hotel juga menggunakan perkataan 'iftar'. Iftar adalah perkataan bahasa Arab. Tidak salah untuk mengetengahkan penggunaan perkataan ini. Cuma kebanyakan orang merasa sangat teruja dan spesial apabila dapat menyebut perkataan ini. Macam dia lebih ke hadapan kononya la...Apa-apa pun ia hanya istilah untuk memperbanyakan penggunaan pelbagai bahasa. Yang penting jangan lupa bahasa Melayu yang tercinta.


Gambar di atas adalah gambar majlis berbuka puasa bersama beberapa ahli keluarga staf di PKU. kami mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Celup-celup Melaka, bersebelahan Jaya Jusco Bandar Melaka.

No comments: