Friday, April 8, 2011

Ummi maafkan abang ya. Janji...

Suatu petang ketika di tempat bekerja. Satu panggilan telefon tertera di skrin...0628xxxxx... Sekilas dilihat, aku dah tahu panggilan dari anak saya. Biasalah kalau waktu-waktu macam ni 3ptg ke atas yang selalu menelifon aku adalah mereka. Jika tak Maisarah, Hakimi atau sebaliknya. Biasalah si abang mengadu perangai si adik dan sebaliknya. Kadang-kadang pelik dengan mereka, yelah budak-budak lagikan..bukan tak sefahaman tapi mugkin itu satu proses komunikasi yang mereka belajar dari persekitaran. Kalau persekitaran baik contoh banyak toleransi maka hasilnya anak-anak mudah dan faham dengan kehendak dua-dua pihak tapi kalau persekitaran penuh dengan arahan dan kehendak satu pihak, jadinya yang lebih tua akan merasakan arahannya perlu didengari dan dipatuhi. Manakala yang kecil akan cuba memberontak untuk bertindak balas. Kadang-kadang si abang akan telefon saya begini " Hello ummi, abang dah suruh kakak makan nasi, kakak tak nak masuk rumah. Dia balik mengaji terus main kat luar. Dia tak nak dengar cakap abang" keluh Si Abang. " Hello ummi, kakak tak nak masuk sebab nanti abang tak beri kakak keluar. Kakak nak main kat luar" rengek Si Kakak. Si abang akan stress dan boleh menangis bila arahannya tak didengari oleh adiknya. Kadang-kadang dia inginkan yang terbaik dan sempurna untuk ditunjukkan kepada ibu bapa. Wargh....anakkku pening kapla.....aku. Jadi aku perlu beri pendekatan yang lemah gemalai benar untuk menstabilkan emosi Si Abang. " Abang, tak apa abang dah cakap sekali, dua kali tapi kakak tak mahu dengar, sudah. Cuma abang perlu janji jangan cubit dia. Hanya ibu bapa saja boleh beri hukuman. Abang hanya tegur saja. Ingat tu perlu lemah lembut dengan kakak. Tak perlu kasar-kasar ye. Balik nanti ummi akan uruskan hal itu dengan dia". Hah...kadang-kadang boleh sampai bergaduh diaorang ni. Tapi taklah ganas-ganas, cuma dicuit sikit aje Si kakak tu dah menangis. Tapi macammana pun saya tetap ingatkan Si Abang tak perlu berkasar dengan adik. Manakala Si kakak pula... " Kak, kakak kan adik, hormatlah abang tu. Cuba dengar kata dia. Dia bukan suruh buat benda yang susah atau menyakitkan. Kakak adik, berdosa kalau tak hormat abang. Dia abang kakak. Kakak susah kat sekolah, selalunya dia yang tolong sebab umi dan babah kerja tak ada bersama kakak. Cuba dengar...boleh tak?". Si kakak memang makan pujuk. Tak panyah nak marah-marah sangat dengan dia. Guna psikologi sikit, lentur hati dia. Hehehe tulah anak-anak saya Alhamdulillah guna pendekatan psikologi diaorang boleh terima pulak. Syukur... Ok sambung balik, di atas...waktu yang sama juga. Panggilan tertea dari anak. Suara si abang kedengaran. " Ummi, maafkan abang ye. Janji ummi aafkan abang" Berdebar jantung saya. Takut dan suspen juga. Bukan apa takut dia buat perkara yang bukan-bukan. "Ummi, abang sebenarnya tertinggal botol air dan bekas bekal kat sekolah. Ummi jangan marah abang. Abang nak ambil tapi makcik kata tak payah". Lebar benar penjelasannya. Haa...lega dengar. Ingatkan apa tadi. Suspen betul. Itu je (cakap dalam hati) tak cakap pada dia sebab saya respek hormat dia kepada saya dengan adab seperti itu. Pada saya itu bukan perkara yang boleh saya senda guraukan. Walaupun remeh hanya tertinggal bekas bekal tapi yang saya lihat adalah sikap dan adab dia sebagai seorang anak iaitu sedia memaklumkan apa saja perkara kepada saya samada perkara baik atau perkara kesilapan yang dia sedang atau telah lakukan. Semoga Si abang dan adik-adiknya dilindungi Allah dan jadi anak-anak soleh dan solehah wasalam ummi lagi...

No comments: