Sunday, April 17, 2011

Ingin seperti orang lain tapi???

Assalamualaikum, Inilah realitinya sebuah kehidupan. Kita sering merasakan apa yang dilakukan atau dicapai oleh orang lain adalah suatu yang sukar dicapai oleh kita. Sebenarnya ramai orang masih tercari-cari apa yang diinginkan dalam keluarganya atau kerjanya. Melihat orang lain berjaya dalam berblog atu bisnes online, mereka tercetus ilham untuk melalukan perkara yang sama. Melihat orang berjaya melahirkan hobi sebagai suatu kerjaya yang menguntungkan, maka kita juga cuba-cuba mencari ilham seperti itu. Namun begitu adakah kita tercabar untuk mencubai apa yang orang lain sudah berjaya melakukannya?. jawapannya ada pada diri kita. Mungkin ada yang sudah mencuba, namun tergendala eparuh jalan kerana tak ada masa, tak minat, tak kreatif dan malas. Ada juga yang masih terus-terusan berangan sudah berjaya seperti orang lain tapi malangnya secara realiti dia masih ditempat yang sama. Apakah masalahnya disini. Ada banyak faktor yang mempengaruhi seseorang untuk meniru seseorang untuk berjaya. Antaranya ialah:

1. Mempersalahkan masa. Bagi seorang pelajar mungkin pada mereka masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Bagi seorang yang sudah bekerjaya pula, mereka merasakan begitu banyak komitmen lain terutamanya bersama keluarga. Tapi dilihat tentang masa. Sebenarnya kita sering bergantung pada masa. Apa-apa dilakukan kita akan menanti masa bukan sebaliknya. Kita tidak mengisi masa kita namun sebaliknya kita tunggu masa untuk mengisi ruang bagi membolehkan kita melakukan sesuatu.

2. Banyak sangat keinginan. Ini masalah banyak sangat impian sampai satu pun tak tercapai. Rata-rata orang yang berjaya kebanyak mereka memang 100% fokus. Fokus satu kaedah untuk mendalami dan menajamkan sesuatu keinginan. Kalau banyak sangat keingatan tetapi mendatar tak ada kesungguhan maka tak menjadi. Begitu juga kejayaan seorang pembunuh bersiri. Mereka ada target yang khusus dan kriteria orang yang diburu untuk dibunuh. Barulah agenda mereka tercapai. Tapi janganlah tiru mereka. Maksudnya disini setiap perlakuan akan berjaya dengan tindakan yang fokus samada perkara buruk atau baik. Fokus bukannya hanya diperingkat keinginan malah diteruskan pada tindakan.

3. Takut untuk mencuba. Setiap apa yang ingin dilakukan mesti ada ,paksaan dalaman yang kuat. Kadang kita hanya berfikir sahaja tapi tiada paksaan untuk lakukan.

4. Perancangan. Langkah-langkah untuk perlaksanaan perlu nampak samada dalam kotak fikiran atau di atas kertas. Tapi menurut Dr Irfan setiap matlamat atau perancaangan mesti ditulis. bermakna mesti diilustrasi di atas kertas, buku atau apa-apalah.

5. Patuh atau taat. Inilah satu tabiat yang sering menyebabkan kita gagal untuk mara ke sasaran. Kita tidak patuh pada keingian awal kita. Bila dah terjelepok sedikit kita undur.

6. Istiqamah. Mesti walaupun sedikit tapi berterusan. Istiqamah kita mesti berjiwa. Maksudnya istiqamah yang hidup bersama keinginan awal kita.

7. Berdoa. Ini senjata. Beruntung seorang Muslim kerana ada senjata ini. banyak sangat petua berdoa yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis

8. Nilai tambahan. Apa nilai-nilai itu. Nilai yang baik contoh rajin, tiada dengki, saling membantu dan lain-lain.

9. Ilmu. Pertama ilmu pada target keinginan kita. Kedua ilmu-ilmu sampingan yang membawa kearah kejayaan keinginan kita itu.


Semoga kita semua berjaya.

No comments: