Friday, September 5, 2008

Mencari Matlamat yang Masih Blurr...


Kenapa hati ini masih tercari-cari satu ketetapan matlamat hidup yang masih terumbang ambing dan belum pasti. Kenapa???. Aku memang ingin berjaya. Puas sudah aku membaca setiap topik motivasi coretan pelbagai insan yang telah pun bergelar jutawan. Apa yang aku inginkan sebenarnya?. Ya aku inginkan kejayaan. Tapi kejayaan yang bagaimana rupa dan wajahnya. Itu yang aku masih tidak tahu. Tolong sesiapa diluar sana bantu aku untuk mencari matlamat dalam hidup ini. Matlamat. Kenapa matlamat bukan kejayaan. Yelah sebab aku masih belum jumpa matlamat dalam hidup. Tulah sebab belum jumpa lagi kejayaan. Apa???? sudah seusia 32 tahun kau masih belum ada matlamat lagi!.

Duhai insan yang inginkan kejayaan, ketahuilah tiada matlamat tiadalah kejayaan. Binalah satu matlamat dalam hidup anda pasti akan mengejarnya sehingga berjaya. Hanya untuk orang yang sanggup mengejar sahaja.

1 comment:

Car Meng said...

Salam, untuk mencari matlamat tidak sesukar mana yang anda sangkakan. Ia juga memerlukan teknik yang betul. Memang benar, tiada matlamat maka tiadalah perancangan dan tiadalah apa-apa pencapaian. Matlamat menjadikan kita lebih fokus didalam hidup kita. Saudari boleh lah mencari panduan matlamat dengan menge search keyword panduan matlamat, InsyaAllah saudari akan menemui jawapannya! Terima kasih.
-NMD