Thursday, July 24, 2008

Sudah Ajal MU IBU....(part 1)

Alarm telefon kedengaran, menujukkan waktu tepat 6.30pagi. Jari jemari merayap di bawah bantal mencari telefon untuk menutup bunyi alarm supaya tidak megejutkan semua isi rumah yang masih beradu terutama anak-anak kecil yang masih terlena dibuai mimpi. Maisarah bingkas menyelak selimut yang membaluti dirinya dan duduk sambil menadah tangan ke atas mengucapkan kalimah alhamdulillah dan doa bangun tidur lalu dikaupkan ke mukanya.
"Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menidur dan membangkitkan aku dengan izinnya." detik hati kecil maisarah.
"Krek..." bunyi daun pintu bilik dibuka perlahan-lahan.
"Kenapa bilik emak masih gelap. Tak bangun solat Subuh ke atau sudah selesai." bicara hatinya yang kelihatan serba salah untuk mengejutkan emaknya. Kebiasaan hari, emak akan bangkit dahulu berbanding dengan mereka suami isteri.
"Ah..mungkin emak sudah selesai sembahyang dan tidur semula agaknya." tegas hati Sarah sekali lagi.
Bunyi ayam berkokok riuh berdendangan di luar sana menerjah dingin pagi yang masih terasa kedinginan dan kedinginan. Kalau boleh terasa hendak disambung berselibung di bawah gebar sementara menanti hangat mentari menjenguk di kaki langit. Tetapi sudah menjadi rutin Maisarah dan suaminya Zaiful, akan bergegas bersama-sama bersiap untuk persediaan ke tempat kerja dan persepiapan anak-anak untuk ke sekolah.
"Bang Long, kalau Bang Long bangun pagi tak menangis itu tandanya abang sihat dan sayang ummi. Kakak pun macam tu. Kakak sayang ummi tak?. Kalau sayang jom kita mandi. Baba dah nak pergi kerja tu. Bangun la nanti boleh salam Baba."pujuk Maisarah untuk anak-anaknya yang comel-comel. Hakimi 5 tahun dan Saffa' 4 tahun. Kedua-duanya akan dihantar ke tadika PPKK Bijak Bistari. Manakala Luqman 2 tahun dibiarkan tidur.
Jam sudah pukul 8.00 pagi pintu bilik emak masih tertutup. Pelik dan lain dari kebiasaanya.
" Kenapa nenek tak bangun lagi ya. Abang dah nak pergi sekolah ni. Apa kata abang dan kakak pergi tengok nenek dalam bilik. Kejutkan nenek dan salam. Bagitau nenek abang dan kakak nak pergi sekolah." jelas Maisarah kepada ana-anaknya.
Sudah menjadi kelaziman setiap pagi sebelum anak-anaknya ke sekolah, Maisarah akan menyuruh mereka bersalaman dengan neneknya. Nilai murni dan adab bersama orang yang dewasa perlu dipupuk dari peringkat kecil lagi. maisarah sangat mengimpkan anak-anaknya membesar dalam keluarga yang penuh ukhwah Isalm dan disiplin yang kuat.
"Abang, abang bagitau pada ummi, nenek demam. Nenek tak boleh bangun, mabuk dan pening kepala." kedengaran suara emak menjelaskan kepada Hakim kenapa dia masih tidak bangun lagi hari ini. Penjelasan itu merungkaikan muslihat yang tercipta, tersembunyi dan samar dari pagi tadi hingga ke saat itu. Rupa-rupanya emak tidak sihat hari ini. Terkeju hati Maisarah bila mendengar keluhan emak itu.
" Emak Mai nak hantar anak ke sekolah. Luqman masih tidur. Emak tak payah bangun dulu. Nanti Mai balik, Mai beri ubat. Pergi dulu ya." pinta Maisarah yang agak tergesa-gesa untuk menghantar anak-anaknya dan fikirannya sudah mula berselirat memikirkan kesihatan emaknya.
" Bagaimana dengan Luqman. Siapa nak jaga. Emak tak sihat. Hantar nurseri PPKK nanti emak marah. Hah.. minta tolong Mak Lang lah untuk jaga hari ini. Insyallah dia mahu." bisik hati kecil Maisarah yang masih meruntun tidak habis-habis mengenangkan emaknya yang tiba-tiba mengadu demam. Pelik pun ada. Semalam nampak sihat. Sempat lagi pergi mengaji walaupun jam di dinding sudah pun pukul 11.30 malam. Tak pernah emak berkelakuan seperti itu.

No comments: