Tuesday, June 20, 2017
Saudara mara Tok Wit
Ini lah kenangan berkumpul dan bertemu dengan saudara mara belah Tok Wit. Kami ni semua saudara dekat. Saja simpan gambar ni supaya anak-anak kenal dengan mereka. Kalau stlye mak, dia bawa anak-anaknya ziarah untuk bersemuka dengan mak cik belah nenek dan datuk. Tapi sekarang ni amalan ziarah semakin luntur, jadi untuk memastikan muka-muka saudara mara ku kekal dalam ingatan anak-anak, saya memorikan dalam blog ni. Harap mereka ingat. Kami berkumpul ni pun sebab ada majlis perkahwinan anak Kak Nojah di Selangor.
Program Pecutan UPSR anjuran UTeM di dewan FTMK
Syukur Alhamdulillah, dapat sertai program ni. Kakak Mai join untuk kursus sehari ini. Kursus ni menjemput Cikgu Cemerlang Sains dan Bahada Inggeris untuk memberi tunjuk ajar teknik menjawab dan tip-tip berjaya cemerlang dalam subjek sains dan BI sebagai persediaan dalam UPSR. Bayaran sebanyak RM100.
Alhamdulillah kakak dapat keputusan yang membanggakan UPSR 4A2B- B Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Program DZN tahun 2016
Salam semua, dah lama membiarkan blog ni sunyi sepi. Tak ada idea nak jot down apa. Actually bukan tak de bahan nak dicoretkan. Cuma kemalasan untuk menulis melanda diri. Ini gambar aktiviti semasa program bersama Dr zakir naik di UTeM pada tahun lepas 2016. Program ni first time buat di UTeM. Memang event ni meletopkan nama UTeM hingga meningkatkan hit like fb UTeM. Syabas untuk Dato NC dan semua warga UTeM. Walaupun ada terselit kisah sedih prior the event. Hasilnya ada seorang mualaf melafazkan syahadah ketika itu....
Tuesday, April 11, 2017
Skin Medical Words
Friday, March 17, 2017
Jangkitan Influenza A
Influenza atau dikenali sebagai flu merupakan penyakit jangkitan hidung, tekak dan paru-paru yang disebabkan oleh virus Influenza. Seringkali kita terkeliru antara jangkitan flu dengan demam selsema biasa. Jangkitan Influenza menyebabkan tubuh badan mengalami simptom ringan, sederhana dan teruk sehingga komplikasi yang boleh mengakibatkan kematian.
Berbanding dengan negara yang beriklim sejuk, jangkitan ini berlaku mengikut musim sejuk, manakala di Malaysia dan negara beriklim tropika, jangkitan ini berlaku tidak bermusim. Musim puncak jangkitan Influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun.
Terdapat 3 jenis virus Influenza yang telah dikenal pasti iaitu Influenza A, B dan C. Influenza A menjangkiti haiwan dan manusia. Jangkitannya boleh merebak dan menyebabkan epidemik dan pandemik. Influenza B pula menjangkiti manusia, kurang berlaku, kurang bahaya dan tidak pandemik. Influenza C boleh menjangkiti manusia, ringan, jarang berlaku dan bukan epidemik.
Kajian sains mendapati Influenza A mudah mengalami mutasi (perubahan genetik). Oleh itu jangkitan Influenza A yang didapati pada haiwan dan manusia boleh berubah genetiknya untuk menjadi lebih bahaya dan pandemik. Situasi pandemik Influenza A pernah berlaku pada abad ke-20 iaitu pada tahun 1918, 1957, 1968 dan terkini pada 2009. Jangkitan pandemik Influenza A/H1N1 telah berlaku pada 1918 dan 2009 dimana ia lebih dikenali oleh masyarakat umum sebagai jangkitan Spanish Flu(1918) dan Swine Flu(2009). Pandemik Influenza A/H1N1 atau Swine Flu(2009) telah menjadi wabak di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Pada 11 Jun 2009, WHO telah mengisytiharkan jangkitan Influenza A/H1N1 sebagai pandemik Fasa 6 apabila terdapat penularan wabak ini antara manusia dengan manusia secara signifikan dan melibatkan lebih dari dua benua. Didapati Influenza A/H1N1 ini mempunyai strain berbeza dengan jangkitan Influenza A/H1N1 yang mula dikenalpasti menjangkiti babi pada tahun 1918 dan menjadi pandemik. Oleh itu jangkitan terbaru itu dikatakan berkemungkinan berlaku pencampuran genetik antara kuman daripada burung, babi dan manusia. Malaysia melaporkan kes pertama Influenza A/H1N1 pada 15 Mei 2009.
Manakala jangkitan Influenza A bermusim boleh menjangkiti manusia pada bila-bila masa tanpa kita disedari. Jangkitan ini berlaku disebabkan oleh virus Influenza A/H3N2 dan Influenza B. Keadaan ini memberikan tindakbalas imuniti semulajadi terhadap jangkitan tersebut. Oleh itu jangkitan tersebut menyebabkan simptom yang lebih ringan berbanding simptom akibat jangkitan Influenza yang berlaku semasa pandemik. Namun begitu, pada 10 Ogos 2010, WHO telah mengumumkan Influenza A/H1N1 post-pandemic period. Keadaan ini merujuk kepada situasi dimana, semua negara telah dijangkiti oleh Inflluenza A/H1N1, ramai yang telah mempunyai imuniti terhadap jangkitan tersebut, tiada jangkitan wabak yang berlaku di kutub utara dan kutub selatan dan kes jangkitan influenza bermusim yang banyak dilaporkana adalah jangkitan dari virus Influenza A/H3N2 dan Influenza B. Namun begitu genetik virus Influenza A pandemik ini masih berkitaran di atmosfera dan boleh menyerang manusia bila-bila masa.
Simptom jangkitan Influenza hampir sama dengan demam selsema seperti demam, batuk dan selsema. Namun begitu Influenza A menyebabkan demam yang tinggi, batuk berkahak dan boleh menyebabkan komplikasi kepada paru-paru seperti keradangan. Jangkitan ini lebih serius berlaku kepada kumpulan berisiko seperti orang tua berumur 60 tahun ke atas, berpenyakit kencing manis, jantung, penyakit paru-paru seperti asma serta kanak-kanak berusia di bawah lima tahun. Walau bagaimana pun, jangkitan ini hanya boleh dikenalpasti jenis virusnya melalui ujian pengesahan seperti kaedah PCR, kultur virus atau ujian serologi. Ketiga-tiga ujian ini memerlukan kos yang sangat tinggi. Maka itu ia hanya di lakukan bagi kes-kes kluster wabak selsema, pesakit yang menghidap gejala yang teruk serta pengesanan virus yang rintang antivirus.
Kebanyakan masyarakat umum tidak mengambil berat apabila mereka mengalami simptom selsema atau batuk. Tindakan ini boleh meningkatkan penyebaran virus ke dalam persekitaran. Jangkitan virus Influenza merebak melalui titisan cecair yang tersebar dari batuk dan bersin. Malah virus ini juga boleh tersebar bermula sehari sebelum simptom merebak hingga hari ke-7 selepas dijangkiti. Sebagai salah satu langkah pencegahan yang disarankan adalah amalan membasuh tangan, etika semasa batuk, penggunaan penutup mulut dan pengambilan vaksin.

Resepi telur masak kicap lip lap
Resepi telur masak kicap lip lap
1. Masukkan minyak
2. Goreng telur bulat dahulu ( 3-5 biji )
3. Asingkan telur
4. Gunakan minyak masak telur tadi. Jika banyak kurangkan ( anggaran besar penutup botol air )
5. Tumiskan rencah bawang merah + putih hingga garing
6. Masukkan air 1 cawan + kicap manis + garam 1/2 sudu makan
7. Kacau + masukkan telur yg telah digoreng tadi
8. Selesai
Resepi ni ditulis oleh mai
Subscribe to:
Posts (Atom)