Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Tuesday, April 7, 2020

Pelbagai Istilah Semasa Pandemik COVID-19 dan PKP 2020


Okey, hari ini 8/4/2020….

Aku plan lepas keluar dari toilet, aku nak terus menulis. Cadangnya nak tulis guna medium di blog sebab aku ada blog. Tapi fikir semula ..leceh lah nak kena buka pulak blog tu kan. So akhirnya aku tulis je kat words then later I can transfer or copy and paste what i have written to blog.

Okey let start…ermm topic apa nak bincang. Banyak sebenarnya datang dalam kepala aku. Aritu nak try story yang sedih-sedih apa yang berlaku sepanjang covid-19, tentang pembelajaran anak-anak semasa PKP dan hari ni tiba-tiba muncul satu lagi idea iaitu tentang istilah yang muncul sepanjang pandemic covid-19 dan pkp. Yes aku rasa yang ini lebih sesuai:

Istilah-istilah:
Novel Coronavirus (2019-nCoV)
Covid-19
Social distancing
Cough Etique
Hand Hygine 7 steps
Isolation
Quarantine
PKP
PKPD
Hand sanitizer
Endemik
Pandemik
Epidemik
KKM
MKN
Incubation Period
Close Contact
Rantaian Jankitan
Kes sporadik
Kes positif
Covid-19 Survivor
PPE
Face mask
Stay at home
Kita jaga kita
Jangkitan menerusi titisan air(airborne)
Menara City One
Proton X70
Health Tag
Makcik Kiah

dan banyak lagi.....



Sunday, March 29, 2020

Selamat Datang 2020

Assalamualaikum,

Salam 2020. Agak terlewat mengucapkan salam kepada sesiapa saje yang terlalu dan terbaca blog saya ini. Hari ini dah masuk bulan Mac bersamaan 5 Sya'ban 1441. Hari ini juga merupakan hari ke-13 PKP. PKP? huhhh apa tu PKP..Tahun 2020 inilah baru pertama kali mendengar dan faham maksud PKP. PKP adalah Perintah Kawalan Pergerakan. Cukup dahulu tahu apa itu PKP. Nanti saya sambung coretan saya berkaitan PKP

#penulisanyangterlewat

Tuesday, June 20, 2017

Kawasan Rehat dan Rawat

Ini lah aksi anak-anak- Khalishah, Aqil dan Luqman. Lokasinya di R&R Machap. kami berhenti 
sebentar untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. R&R yang ada sepanjang laluan balik ke Melaka dari Johor Baharu melalui lebuhraya utara selatan jajaran selatan ialah R&R Machap di km 74.7 dan R&R Pagoh di km135.5. 


Apa itu R&R...(copy paste dari http://www.plus.com.my)





Kawasan Rehat dan Rawat atau lebih dikenali sebagai R&R dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna lebuh raya. Terletak di setiap 80-100 kilometer, kemudahan ini dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh raya yang selesa dan lebih selamat. R&R sentiasa dinaik taraf dengan tumpuan khusus diberikan terhadap kebersihan keseluruhan terutama kebersihan tandas dan gerai makan.


Kebanyakan R&R kami menawarkan kemudahan lebih daripada sekadar tempat berhenti untuk orang ramai. Di antara kemudahan yang disediakan di R&R adalah taman permainan kanak-kanak, stesen minyak, surau bagi umat Islam, mesin ATM, wakaf (pondok rehat), telefon awam dan restoran berhawa dingin.


Terdapat 24 R&R di rangkaian lebuh raya PLUS.

Majlis Kenduri Kahwin Adik Aida di JB

Kami rancang nak pakai warna sedondon. Pilihan kali ini warna purple. Kenapa purple? semua ahli keluarga ada warna purple. Apa yang kita tahu tentang warna purple. Purple atau violet adalah warna yang diperlihatkan atau dipancar untuk dilihat atau kita panggil "visible light". Visible light adalah salah satu tenaga yang ada dalam spektrum tenaga elektromagnatik.

Di dalam spektrum visible light, purple mempunyai panjang gelombang yang paling pendek. Oleh itu ia mempunyai tenaga paling kuat. Oleh sebab itulah purple banyak digunakan untuk terapi bagi kes rawatan mental bagi sesetengah kes yang memerlukan rawatan menggunakan gelombang elektromagnetik dari visible light.

Friday, March 8, 2013

Hakikat Kematian bagi Si anak kecil



Suatu senja, aku menyediakan makan malam untuk anakku Luqman. Anak-anak yang lain tiada di rumah. Itu menjadi rutin aku kini setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Hanya aku, Luqman dan dua lagi si kecil yang mengisi ruang rumah di waktu seperti ini. Sementara itu Arif dan Mai menghadiri kelas agama yang diajar oleh Ustaz Taufik di Semabok.

Tiba-tiba Luqman memulakan perbualan di antara kami.
    Katanya " Ummi nanti Anchik dah besar, Anchik nak jadi angkasawan, boleh tak?".
Aku tersenyum sambil membasuh pinggan mangkuk dan lantas membalas soalannya dengan balasan manja
    " Laa...nanti sapa nak jaga Ummi dan macam mana kalau Ummi rindukan Anchik?".
Suasana terdiam seketika. mungkin dia mencari idea apa yang nak dijawab pada Ummi ni. Kemudian terdengar dia bersuara kembali.
    "Ummi bukan ke bila Anchik dah besar, Ummi dah meninggal?".
    " Ah..apa tak dengar?" aku membalas.
    "Bukanke Ummi dan Babah dah meninggal bila Anchik dah besar nanti?". Luqman bersuara dengan lebih perlahan, tapi kuat dan jelas sebab aku tak dengar jawapan dia yang awal tadi.
    " Oh macam tu ye...". Aku terdiam seketika dan berfikir.

Kematian, kematian bagi si anak hanya berlaku bila usia sudah tua atau bila dah lama meniti usia contoh macam aku bila dah tua aku akan mati. Bila aku dah tua bermakna mereka sudah dewasa begitulah sebaliknya. Namun itukah hakikatnya. Kematian hanya di usia tua?. Definisi kematian itu hanya apa yang si kecil fikirkan dengan akal dan pengalaman yang masih baru. Akal yang baru memulakan proses belajar. Belajar dari pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada apabila sering melihat atukdan nenek mereka pergi satu demi satu. Tapi tahukah anakku bahawa kematian adalah lebih dari itu sayang...Kematian tidak seperti yang kita ketahui kerana ia rahsia Allah. Kematian adalah pengakhir kehidupan di dunia dan permulaan untuk ke alam akhirat.Lebih dari itu kematian tidak kira usia bahkan anak kecil yang baru lahir juga boleh mati bila ketetapan Allah ada di situ.

Wahai anak jika akal mu sudah mula memahami, belajarlah apa itu kematian. Kematian menurut al-quran adalah keluarnya roh dari jasad manakala hidup adalah pertemuan roh dengan jasad. Allah menyebutkan tentang mati dan hidup sebanyak 145 kali di dalam al-quran. Bacalah al-quran kerana di situ banyaknya ilmu Allah tersimpan beserta dengan peringatan-peringatanNya.

Sakitnya mati itu dikatakan seperti sakitnya kambing yang disiat hidup-hidup. Mati juga diibaratkan seperti berlakunya kiamat kecil pada diri seseorang. Sakitnya mati juga dirasakan seperti ditetak dengan 300 bilah pedang. Ya Allah...ummi takut bila memikirkan sakitnya untuk menghadapi saat itu. Itulah kematian dan kesakitannya yang sangat pasti. Berdoalah sentiasa mohon supaya kita ditetapkan dengan hidayah Allah, mati dalam keadaan khusnul khotimah dan mati syahid.

Wahai anak bila kamu sudah pandai mengaji, bacalah pula terjemahan al-quran kerana di situ dalam Surah Al A'raaf 172 Allah berfirman:

     Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”, (Al A’raaf 172)

Wahai anakku sayang, tahulah kamu bahawa peringkat awal kejadian manusia adalah di alam roh. Di sini roh belum memiliki jasad maka inilah kematian pertama. Dalam masa 40 hari selepas berlaku percampuran air mani lelaki dan perempuan yang kita panggil peringkat ini sebagai peringkat nutfah, terbentuk pula peringkat alaqah iaitu dari air mani tadi ia berubah menjadi segumpal darah dan seterusnya peringat mudghah iaitu dari segumpal darah menjadi seketul daging dan seterusnya sehingga 120 hari maka Allah akan memanggil malaikat untuk meniupkan roh dan menuliskan 4 kalimat iaitu rezeki, ajal maut, amalan yang bagaimana dan kecelakaan serta kebahagiannya. Seterusnya bermulalah sebuah kehidupan kita yang pertama yang dinamakan di alam dunia.

Apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu ketika ditiupkan roh semasa kejadian yang awal, maka tibalah pula masa Allah memerintahkan untuk memisahkan semula roh daripada jasad. Roh akan disimpan di alam barzakh dan jasad akan hancur dikuburkan di dalam tanah.Inilah saat kematian kali kedua. Apabila tiba hari kebangkitan semula iaitu hari kiamat, Allah akan menciptakan jasad yang baru, kemudian Allah meniupkan roh yang ada di alam barzakh, masuk dan bersatu dengan tubuh yang baru sebagaimana disebutkan dalam surat Yasin ayat 51:


51- Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. 52- Mereka berkata: “Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul (Nya). (Yasin 51-52)

Inilah kehidupan kedua yang abadi, baqa' dan utama iaitu alam akhirat. Segala persoalan semasa di alam dunia akan disoal jawabkan di sini. Disinilah kita akan dibalas segala kebaikan atau kejahatan yang kita buat samada pada Allah, ibu bapa, guru, kawan-kawan dan seluruh alam. Sebab itu Luqman mesti jadi anak yang soleh, hambaAllah yang bertakwa, anak murid yang baik dan khalifah yang memberi manfaat pada seluruh alam.




Thursday, November 8, 2007

Siapa Suami Kepada Anda

Salam ukhuwah...

Suami, siapa dia alahai lelaki la. Bapa kepada anak-anak dan suami kepada sang isteri. Tak lebih dari tu ke? Itula soalannye? Kenapa ada soalan. Masih sangsi dengan label suami. Ada erti atau tak bermakna atau kosong je.

Itulah kita, memang kita bergelar insan, sentiasa mengambil mudah setiap perkara yang susah.Termasuk yang mudah dan remeh. Bila suami hilang nilai sebagai suami, isteri akan mula meninggi diri. Ramai ke antara kita yang sangat menghormati suaminye? Hai termasuk la ummi. Tapi tindakan yang tak sedar.Kenapa tak sedar? Sebab ianya remeh. Itulah jawapannya. Remeh..tanggungjawab isteri kepada suami semakin dilupakan. Begitu juga sebaliknya. Tak nak ulas tanggunjawab pihak suami. sebab ummi nak fokuskan kepada isteri. mana tahu dah baca-baca blog ummi ni kita sama-sama tesedar kembali pada apa yang kita terlupa.

Nak tahu tak dalam rutin menjadi isteri kepada sang suami kita sering terlupa pada tanggunjawab kita kepada mereka. Betul tak? So as reminder to all workingwife or housewife i will ellaboate summary of "Wanita Solehah". This is dedicate to me personally and all women out there.

Ciri-ciri wanita/isteri solehah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Allah dah tentukan setiap jodoh insan di muka bumi ni. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Begitulah sebaliknya.Jadi nak patuh dan taat pun pada suami yang soleh. Macam mana yang tak soleh pulak. Jadi kat sini kita jangan lurus bendul sangat.Ingat kepatuhan kepada suami disuruh oleh agama. Tapi kalau sang suami suruh kita derhaka pada ajaran dan tuntutan islam sang isteri dibenarkan membantah.Rasulullah SAW bersabda: " Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah SWT"

2. Mengurus rumahtangga
Topik ni hangat kalau diperbahaskan. Sebabnya boleh main tarik tali. Suami tolak isteri tarik. Isteri tolak suami tarik. Tapi sekarang dua-dua tolak. Tiadalah kemenangan dalam rumahtangga. Dalam Islam isteri dipilih untuk tanggungjawab ni. Kenapa? Sebab tangan lembut yang menghayun buaian ni dan membersih beras ini banyak hikmahnya. Tak boleh ke suami buat? Boleh tapi sebagai 'assistant'. Hah dengar tu sang suami sebagai pembantu. Jangan asyik sorong bantal je...ahak. Rasulullah SAW bersabda: " Tiap-tiap wanita atau isteri adalah pengurus terhadap rumah suaminya, dan ia akan ditanya (oleh Allah dihari kemudian) dari perkara urusannya itu". Hah meremang bulu roma ummi baca hadis nabi ni. Takut juga hal-hal yang terlepas pandangkan. Astagfirrullah. Ampunkanlah dosaku Ya Allah.

3. Berhias untuk suami
Tersenyum ya para isteri yang membaca. Mungkin terkena kat batang hidung sendiri kot.Tak pe lepas ni berubah la. Pakai cantik-cantk kat rumah. Jangan melawa masa nak keluar rumah je.Kalau yang suka pakai kain batik kat rumah tu, pakai la elok-elok dan lipat cantik-cantik. Jangan tak terurus je. Suami pandang sebelah mata pun tak mahu ahak...Hah tak lupa juga hiasan dan solekan isteri merupakan pagar bag suami untuk melakukan maksiat kat lua.Rasulullah SAW bersabda: Diberikan rasa cinta kepadaku atas sebahagian dunia kamu, iaitu minyak wangi dan wanita, serta dijadikan solat sebagai penyejuk jiwa".

4. Melayan suami
Ini bab memenuhi kemahuan seks bersama. Hubungan seks adalah penawar untuk menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

6. Memberi semangat dan kata-kata peransang kepada suami

7. Bersikap malu terhadap suami

8. Berdiam diri ketika suami berbicara.

9. Berdiri sebagai menghormati suami especially masa suami nak pergi kerja. Kalau yang pergi sama-sama tu, salam la tangan dan cium tangan dan pipi. Bersalaman antara suami dan isteri akan gugur dosa-dosa kecil yang dilakukan kita. Insyallah.

10.Jangan curang

11.Hormatilah keluarganye.

12.Bersyukur dengan nafkah zahir yang disediakan. kalau tak cukup sama-sama fikirkan jalan untuk majukan ekonomi keluarga.

13.Tidak puasa sunat kecuali dengan izin suami. Paling mudah tanyalah dulu " Bang, saya nak puasa sunat esok boleh ke?. Kalau boleh puasalah kalau tak bole jangan la melenting yek.

14.Last sekali minta izin bila nak keluar. Ini ummi jamin ramai isteri solehah kat luar sana dah terlupa. Termasuklah ummi. Kadang-kadang ingat dan kadang-kadang terlupa. hai jangan la lupa lain kali yek. lagipun sekarang ni zaman teknologi call la suami awak dulu. Tak pun sms dulu sebelum pergi.

Insyallah segala yang ummi kongsikan kata atas tu boleh dijadikan ingatan dan amalan.

wasalam. Jumpa lagi.