Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Sunday, November 12, 2017

Kelebihan Menuntut Ilmu

Copy paste
Mutiara Kata 2:
Kelebihan Menuntut Ilmu
Daripada Anas Bin Malik RA, sabda Rasulullah SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم, وإن طالب العلم يستغفر له كل شيء حتى الحيتان في البحر
Maksudnya : “ Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan.”
                                                                                                Riwayat Ibn Abd al-Bar
Pedoman dan Iktibar Hadis
Antaranya :
1.Ilmu ialah, gambaran yang sebenar mengikut realiti dan juga hendaklah berlaku proses amalan yang disertai dengan rasa takut kepada Allah. Inilah takrifan ilmu mengikut pandangan ulama Islam.
2. Ketahuilah bahawa ilmu lebih utama daripada amal. Amal ibadah tidak diterima kecuali dengan ilmu. Ibn Ruslan dalam kitab Zubadnya menulis syair yang bermaksud : “ Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, maka amalnya ditolak dan tidak diterima.
3. Ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu kehabisan minyak yang akan hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika berbekalkan ilmu pengetahuan.
4. Kelebihan ilmu pengetahuan :
*Ilmu ialah warisan para nabi sedangkan harta warisan Firaun dan Qarun.
*Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia.
*Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
*Jika ilmu diberikan semakin bertambah, harta diberikan semakin berkurang.
*Ilmu tidak boleh dicuri, sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
*Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati, sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
*Ilmu tidak dapat dihitung sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.
*Allah SWT akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu sebagaimana firman-Nya.
يرفع الله الذين ءامنوا منكموالذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya : Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
                                                                                                                                           (Surah al-Mujadalah : 11)
5. Salah satu daripada cara memperolehi ilmu adalah dengan membaca, bahkan ia dianggap sebagai kunci, tetapi hendaklah dimulakan dengan belajar agar penguasaan ilmu benar-benar mantap dan bacaannya tepat mengikut penulisan ulama tersebut.
6. Al-Jahiz berpesan supaya banyak membaca agar dapat mengusir kesedihan yang kamu rasakan. Beliau berkata : Buku adalah teman yang tidak dapat mengusirmu, sahabat yang tidak menyesatkanmu dan sahabat yang tidak memberatkanmu. Bukuadlah seperti orang yang tidak dapat meletihkanmu, tetangga yang tidak membuatmu kesal, sahabat yang tidak ingin mengeluarkan apa yang kamu miliki dengan rayuan, tidak memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak menipumu dengan kemunafikan dan tidak memperdayamu dengan pembohongan.
7. Buku merupakan barang yang jikakamu melihatnya, kesenanganmu akan semakin bertambah, buku dapat mengasah otakmu, menyederhanakan pembicaraanmu sehingga mudah difahami, dapat memperbaiki tugas-tugasmu, mengagungkan ucapanmu, menjadikan dirimu selesa, memanjangkan umurmu, menghadiahkan penghargaan besar bagimu dari orang awam, dan dapat menjadikanmu sebagai kepercayaan penguasa.
8. Dengan buku, dalam jangka waktu sebulan kamu dapat mengetahui sesuatu hal yang tidak dapat diketahui dari orang lain selama hidupmu. Dengan buku kamu akan menjadi orang yang paling mulia akhlaknya dan paling baik keturunannya di antara orang-orang yang ada disekitarmu.
Oleh itu, beberapa asas kemahiran yang penting dan utama perlu dikuasai oleh umat Islam atau pelajar di samping memiliki kecemerlangan akademik. Asas kecerdasan berfikir (iQ) harus dapat diseimbangkan dengan keteguhan emosi (EQ) dan menjadi ketangkasan rohaniah (SQ) sebagai pedoman utama dalam melakukan sesuatu amal:
Kemahiran ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.
Kemahiran Berfikir.
Kemahiran Berorganisasi.
Kemahiran Berstrategi.
Kemahiran Berkomunikasi
Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat untuk kita semua.

SUMBER RUJUKAN : PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 1 KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka


Monday, July 10, 2017

Art times- Clock Plate

Assalamualaikum,
Mencari idea utk penuhkan masa bersama anak. Google sana sini, akhirnya terdownload pintrest. Rupanya banyak aktiviti yg senang utk kita tiru dan buat. Ini adalah antaranya iaitu membuat jam menggunakan pinggan kertas, kertas warna, gunting dan gam.

Tuesday, June 20, 2017

Majlis Kenduri Kahwin Adik Aida di JB

Kami rancang nak pakai warna sedondon. Pilihan kali ini warna purple. Kenapa purple? semua ahli keluarga ada warna purple. Apa yang kita tahu tentang warna purple. Purple atau violet adalah warna yang diperlihatkan atau dipancar untuk dilihat atau kita panggil "visible light". Visible light adalah salah satu tenaga yang ada dalam spektrum tenaga elektromagnatik.

Di dalam spektrum visible light, purple mempunyai panjang gelombang yang paling pendek. Oleh itu ia mempunyai tenaga paling kuat. Oleh sebab itulah purple banyak digunakan untuk terapi bagi kes rawatan mental bagi sesetengah kes yang memerlukan rawatan menggunakan gelombang elektromagnetik dari visible light.

Jom Kita Mewarna

Aktiviti mewarna menggunakan water color. Asas melukis cat air hanya perlukan bahan buangan seperti kad board dan water color. Saya tidak menggunakan air sebab water color ini sudah cair. Nampak tekun dan fokus  bila anak-anak menyertai sesuatu aktiviti seperti melukis, mewarna, membuat kraf, menyanyi dan banyak lagi.

Program Pecutan UPSR anjuran UTeM di dewan FTMK


Syukur Alhamdulillah, dapat sertai program ni. Kakak Mai join untuk kursus sehari ini. Kursus ni menjemput Cikgu Cemerlang Sains dan Bahada Inggeris untuk memberi tunjuk ajar teknik menjawab dan tip-tip berjaya cemerlang dalam subjek sains dan BI sebagai persediaan dalam UPSR. Bayaran sebanyak RM100.

Alhamdulillah kakak dapat keputusan yang membanggakan UPSR 4A2B- B Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Thursday, January 17, 2008

buku skrap bergambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua. Alhamdulillah semoga semua gembira dan tak lupa “Selamat Hari Aidil Adha” kepada anda semua.

Apa perkara yang menarik hendak dikongsi bersama. Ok saya nak cerita sedikit mengenai aktiviti bersama si kecil anda. Apa aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama mereka? Ok aktiviti tersebut adalah membuat buku skrap bergambar.

Kategori umur:

Ia boleh dilakukan dari peringkat umur 4 hingga sekolah rendah. Walaubagaimanapun di sini saya lebih tumpukan kepada kanak-kanak pra-sekolah.

Cara-cara:

1. Untuk memudahkan anda, di sini saya memilih topik buku skrap iaitu “Bola”. Topik biar mudah dan tidak panjang. Cukup sekadar untuk memberi pemahaman kepada si kecil dan mudah untuk mereka membacanya.

2. Gunakan buku-buku yang tidak digunakan seperti buku nota atau diari yang tidak digunakan tetapi kosong. langkah ini dapat mengajar mereka sikap tidak membazir.

3. Gunakan kreativiti anda samada untuk melukis atau menggunting huruf dari majalah dan tampal diatas muka depan buku tersebut untuk dijadikan sebagai tajuk.

4. Jika anda pilih melukis, anda lukis perkataan bola di tempat lain dan minta anak anda salin tulisan yang anda tulis tersebut di muka depan buku itu. Tambahkan kreativiti anda seperti melukis dibahagian yang kosong dengan gambar bintang, bulan dan lain-lain. Anak anda pasti gembira meniru apa yang anda buat.

5. Tajuk “BOLA” itu boleh diwarnakan mengikut kreativiti anak anda. Jangan paksa mereka untuk mewarna dengan cantik tetapi anda hanya perlu meransang dan memuji sahaja tindakan mereka. Tindakan ini akan menghiburkan mereka dan membuatkan mereka ingin menguasai sepenuhnya aktiviti ini.

6. Sekiranya anda memilih untuk menggunting huruf dari majalah, sebagai peringkat permulaan, anda boleh membantu mereka dengan sama-sama mencari huruf-huruf B, O, L dan A dari majalah dan kemudian mengguntingkanya. Sekiranya mereka telah mahir menggunting anda boleh membenarkan mereka lakukan sendiri. Setelah itu anda bantu mereka untuk melekatkan huruf-huruf tersebut mengikut kreativiti anda sebagai permulaan. Untuk aktiviti akan datang biarkan mereka sendiri menyusun dan melekatkan huruf-huruf mengikut cara mereka.

7. Sekarang untuk mencari gambar-gambar berkaitan bola, anda bantu mereka mencari pelbagai gambar “BOLA” dalam majalah atau akhbar-akhbar lama.

8. Bantu mereka menggunting dan melekatkan gambar-gambar tersebut dalam buku skrap itu. Pilih satu gambar untuk satu mukasurat. Pilih gambar-gambar yang berlainan jenis, berwarna-warni dan saiz yang besar mengikut kesesuaian buku skrap.

9. Sebagai langkah permulaan, lakukan aktiviti ini semudah yang mungkin tetapi menarik. Untuk sesi-sesi yang seterusnya barulah anda tambahkan nilai-nilai kreativiti dalam membuat buku skrap yang lebih menarik.

Selamat mencuba. Pastikan anak anda terhibur dan anda mesti bersabar dengan kerenah