Assalamualaikum,
Dalam menelusuri hari-hari yang berlalu, hati sentiasa memohon doa restu Ilahi tentang hal yang sering bermain dalam fikiran iaitu sebuah 'pertemuan' dan 'doa'. Mungkinkah hari ini menggenapkan 3 bulan sebuah pertemuan?. Jika ia adalah benar. Ya Allah aku hambaMu yang lemah lagi penuh dengan keluh kesah memohon perlindungan dari rasa gundah, kecewa dan sedih. Biarlah ia berakhir dengan baik tanpa ada sedikit perasaan kesal dan kecewa. Sebaliknya penuh dengan rasa syukur dan tawaduk dengan ketetapan dari Mu. Jauhi aku dari rasa tidak bersyukur. Mudahkan urusan perasaanku. Aku juga memohon jika takdir menetapkan yang sedemikian, biarlah namanya menjadi sebutan untuk aku terus mendoakan kebaikan. Semoga dengan doa ini ia menjadi pengikat silaturrahim yang memberi kebaikan dan kebahagian untuknya di dunia dan akhirat. Jauhi hatiku dari rasa irihati dan dengki melihat kejayaan dan kebahagiannya. Sebaliknya jadikan hatiku berlapang dada dan penuh dengan harapan yang baik untuk kehidupannya di dunia dan akhirat.
Bukakanlah untuk aku melihat hikmah pada setiap pertemuan dan persahabatan ini Ya Allah Yang Maha Mengetahui.
Showing posts with label inspiration. Show all posts
Showing posts with label inspiration. Show all posts
Monday, January 29, 2018
Thursday, December 28, 2017
Bila Seseorang Kecewa
Bingkisan catatan buat seorang sahabat ku Dr......
Rayu kepada mu...
Benamkan sampah wasangka
Timbuskan liang sendu
Tanamlah benih damai
Siramkan dengan titisan hajat
Tolehlah ke nur Ilahi
Tumbuhlah semula
Jangan layu ke bumi
Hingga lupa menatap ke langit
#Kami ingi melihat kau tumbuh semula
Jangan terus tunduk melihat bumi hingga lupa melihat langit....
Dont loosen your hold

Sunday, November 12, 2017
Kelebihan Menuntut Ilmu
Copy paste
Mutiara Kata 2:
Kelebihan Menuntut Ilmu
Daripada Anas Bin Malik RA, sabda
Rasulullah SAW:
طلب
العلم فريضة على كل مسلم, وإن طالب العلم يستغفر له كل شيء حتى الحيتان في البحر
Maksudnya : “ Menuntut ilmu
adalah fardu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoakan
keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan.”
Riwayat
Ibn Abd al-Bar
Pedoman dan Iktibar Hadis
Antaranya :
1.Ilmu ialah, gambaran yang
sebenar mengikut realiti dan juga hendaklah berlaku proses amalan yang disertai
dengan rasa takut kepada Allah. Inilah takrifan ilmu mengikut pandangan ulama
Islam.
2. Ketahuilah bahawa ilmu lebih
utama daripada amal. Amal ibadah tidak diterima kecuali dengan ilmu. Ibn Ruslan
dalam kitab Zubadnya menulis syair yang bermaksud : “ Setiap orang yang beramal
tanpa ilmu, maka amalnya ditolak dan tidak diterima.
3. Ilmu pengetahuan adalah kawan
yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam
perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas
mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu kehabisan minyak yang akan
hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika berbekalkan ilmu pengetahuan.
4. Kelebihan ilmu pengetahuan :
*Ilmu ialah warisan para nabi
sedangkan harta warisan Firaun dan Qarun.
*Ilmu lebih mulia daripada harta
kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia.
*Orang yang berilmu mempunyai
ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
*Jika ilmu diberikan semakin
bertambah, harta diberikan semakin berkurang.
*Ilmu tidak boleh dicuri,
sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
*Harta boleh habis sebelum
pemiliknya mati, sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
*Ilmu tidak dapat dihitung
sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.
*Allah SWT akan mengangkat darjat
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu sebagaimana firman-Nya.
يرفع
الله الذين ءامنوا منكموالذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya : Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
(Surah al-Mujadalah : 11)
5. Salah satu daripada cara memperolehi ilmu adalah dengan
membaca, bahkan ia dianggap sebagai kunci, tetapi hendaklah dimulakan dengan
belajar agar penguasaan ilmu benar-benar mantap dan bacaannya tepat mengikut
penulisan ulama tersebut.
6. Al-Jahiz berpesan supaya banyak membaca agar dapat
mengusir kesedihan yang kamu rasakan. Beliau berkata : Buku adalah teman yang
tidak dapat mengusirmu, sahabat yang tidak menyesatkanmu dan sahabat yang tidak
memberatkanmu. Bukuadlah seperti orang yang tidak dapat meletihkanmu, tetangga
yang tidak membuatmu kesal, sahabat yang tidak ingin mengeluarkan apa yang kamu
miliki dengan rayuan, tidak memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak menipumu
dengan kemunafikan dan tidak memperdayamu dengan pembohongan.
7. Buku merupakan barang yang jikakamu melihatnya,
kesenanganmu akan semakin bertambah, buku dapat mengasah otakmu,
menyederhanakan pembicaraanmu sehingga mudah difahami, dapat memperbaiki
tugas-tugasmu, mengagungkan ucapanmu, menjadikan dirimu selesa, memanjangkan
umurmu, menghadiahkan penghargaan besar bagimu dari orang awam, dan dapat
menjadikanmu sebagai kepercayaan penguasa.
8. Dengan buku, dalam jangka waktu sebulan kamu dapat
mengetahui sesuatu hal yang tidak dapat diketahui dari orang lain selama
hidupmu. Dengan buku kamu akan menjadi orang yang paling mulia akhlaknya dan
paling baik keturunannya di antara orang-orang yang ada disekitarmu.
Oleh itu, beberapa asas kemahiran yang penting dan utama
perlu dikuasai oleh umat Islam atau pelajar di samping memiliki kecemerlangan
akademik. Asas kecerdasan berfikir (iQ) harus dapat diseimbangkan dengan
keteguhan emosi (EQ) dan menjadi ketangkasan rohaniah (SQ) sebagai pedoman
utama dalam melakukan sesuatu amal:
Kemahiran ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.
Kemahiran Berfikir.
Kemahiran Berorganisasi.
Kemahiran Berstrategi.
Kemahiran Berkomunikasi
Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat untuk kita
semua.
SUMBER RUJUKAN : PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 1
KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Friday, November 10, 2017
Kebaikan Vs Kebodohan
Adakah kebaikan yang kita buat itu satu kebohohan??
Buat baik dengan orang umpama kita menjaga hubungan dengan manusia....biar ada rasa bahagia antara kita dengan seseorang...
Fikirlah kebaikan yang diberi adalah manfaat diri yang boleh kita sumbangkan. Kadang-kadang bila orang tidak hargai....kita rasa kecewa, ye faham hati kita lemah. Memang bole berasa kecewa, tapi fahamkan hati kita sekecil mana pun kebaikan walau manusia tidak pandang....tetapi Allah pandang. In real, memang susah nak jadikan hati kita redha dan boleh terima jek macam tu...sebab itulah kita perlu memohon pada Yang Maha Kuat. Mohon kekuatan dariNya. Sandaran kita pada Allah bukan pada manusia. Praktis 'self talk' yang baik dan bersifat kerohanian dalam diri.
#usatazahjadianmembebel
Thursday, November 9, 2017
Seiring dan Sekata
Bila situasi sesuai dengan hati
Maka terlahirlah coretan penuh erti
Puisi menjadi lebih puitis
Syabas untuk penulis
#moodutkmenulismestiselari
#mungkininihikmah
#untukakumulamencoretsesuatu
Maka terlahirlah coretan penuh erti
Puisi menjadi lebih puitis
Syabas untuk penulis
#moodutkmenulismestiselari
#mungkininihikmah
#untukakumulamencoretsesuatu
Kasih Anak Penguat Jiwa
Zahirnya tangan-tangan mu yang kecil
tidak mungkin dapat menyambut di saat diri rebah ke bumi
Tetapi yakinlah wahai hati,
Sekuat tautan kasih itulah penguat jiwa semangat untuk terus tengak berdidi
tidak mungkin dapat menyambut di saat diri rebah ke bumi
Tetapi yakinlah wahai hati,
Sekuat tautan kasih itulah penguat jiwa semangat untuk terus tengak berdidi
Saturday, March 16, 2013
Jadilah ibu berinspirasi dan menginspirasi
gambar di atas diambil dari pakcik google...thank you
1. Sebagai abang perlu bertolak-ansur dengan adik adik-adik Begitulah sebaliknya.
2. Jika marah cuba belajar untuk kawal perasaan marah melalui cara yang Islam sarankan seperti tukar posisi kita, istighfar, diam atau sejukkan dengan air samada mandi, wuduk atau tak sempat cukup sekadar membasuh muka.
3. aku memberi inspirasi dengan tag line Prof Muhaya iaitu " dunia dalaman kita menetukan dunia luaran kita"
4. Aku memuji dan melabel dengan kata-kata seperti anak soleh, anak baik, rajin solat, rajin mengaji, rajin baca alquran dan macam-macam yang baik saje
5. aku meransang jiwa anak-anak dengan kata-kata inspirasi yang aku dengar melalui radio dan buku cerita
6. Aku ceritakan kisah-kisah teladan yang islamiyah contoh kisah seorang anak yang ingin menuntut ilmu di Mekah . Namun ibunya tidak redha dan mendoakan yang tidak baik untuk dirinya. Anak itu tetap meneruskan hajatnya dan menuntut ilmu serta menjadi orang yang alim di Mekah. Namun Allah mendengar doa ibu itu dan memperkenankan dengan mendatangkan musibah kepada si anak. Akhirnya anak itu kembali kepada ibunya dalam keadaan cacat. Ibu itu sedih melihat keadaan anaknya dan terus berdoa kepada Allah supaya mengakhiri hidup mereka bersama-sama. Akhirnya kedua-dua beranak itu pun meninggal dunia bersama-sama. Aku menjelaskan moral dari kisah itu kepada anak-anak bahawa redha ibu adalah redha Allah dan sebagai ibu perlu sentiasa meransang perkara baik yang anak ingin lakukan bukan sebaliknya. Ibu juga perlu mendokan yang baik malah terbaik untuk anak zuriatnya. Itu adalah hak kepada anak-anak.
7. Aku belajar dan mengajar mereka supaya melihat orang lain dengan sangkaan yang baik. Contoh anak perempuanku Mai diuji bakatnya untuk memasuki pertandingan bercerita bahasa Melayu, tapi dia tidak terpilih sebaliknya pelajar lain yang telah mempunyai peluang memasuki perrtandingan bercerita bahasa Inggeris diberi peluang itu. Mai berasa tidak adil dan marah. Aku cuba memahamkan dia dengan menerangkan bahawa:
- Pertama jika Mai merasakan diri mempunyai bakat atau ingin mencuba maka perlu tonjolkan dengan penuh keyakinan, bersungguh-sungguh dan berani.
- Kedua jika langkah pertama dah buat, tidak terpilih juga Mai mesti fikir baik iaitu belum ada peluang dan kawan itu lebih berbakat dan peluang/rezeki memihak kepada dia.
- Ketiga kekalkan berusaha. Peluang ada di mana-mana dan itu bukan sesuatu yang perlu dikatakan gagal atau berasa kecewa. Buang perasaan kecewa.
8. Aku belajar untuk menyampaikan inspirasi-inspirasi ini untuk memberi semangat kepada anak-anak supaya mereka seronok mencari ilmu ketika zaman pembelajaran secara formal melalui sekolah dan tidak formal diluar bilik darjah. Sebab aku tidak jumpa kata-kata atau istilah inspirasi semasa zaman itu dulu. baru kini berjumpa maka kitaran yang sedia ada perlu diubah supaya melahirkan hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini.
9. Aku juga menyampaikan cerita di mana kegagalan bukan akhir setiap usaha. Aku perla gagal berkali-kali ketika belajar perubatan dulu. Tapi aku berusaha gigih lagi dan mencari kesilapan apa yang membuatkan aku gagal. Aku sedar yang aku ada buat dosa. Aku mohon Allah ampunkan dosa itu. Aku banyakkan solat hajat dan dhuha. Aku call emak kat kampung agar dia mendoakan untuk kejayaan aku dan seingat aku inilah kata-katanya.
" Mak sentiasa mendokan kau. Bilik mak tu dah jadi macam surau..mak doa, sembahyang, dan doa lagi"
Itu kisah yang perlu aku titipkan pada anak-anak. Kegagalan adalah sebahagian mukasurat kehidupan untuk menempa kejayaan. Ia boleh berlaku seiring dan itu lebih baik dan sangat mematangkan kehidupan di masa hadapan.
10. aku juga menerapkan istilah 5s iaitu tagline yang diambil dari idea asal Prof Muhaya iaitu senyum, sapa, salam, sopan dan santun. mereka ingat dan selalu sebut-sebutkan
Ini hanya perkongsian sebahagian kehidupan di dunia ini. Aku hanya orang biasa yang kerdil. Banyak kekurangan dalam diri yang ada terselit di mana-mana bahagian diri ini. Namun jauh sudut hati dan juga fitrah kejadian seseorang manusia inginkan kebaikan dan syurga. Tanyalah siapa saja hatta penjahat. Mereka juga inginkan syurga. Begitu juga aku. Kehidupan yang sementara ini membuatkan aku ingin belajar jadi baik dan memberi manfaat kepada orang sekeliling. Jika aku boleh mendidik anak-anak dengan baik, membentuk jiwa dan akhlak mereka seperti pewaris-pewaris Nabi, itu juga sudah cukup baik dan memberi manfaat kepada manusia lain. Tapi jauh dari sudut hati ini memohon semoga Allah pelihara hatiku dari sifat riak, takbur dan sangka diri ini "bajet bagus" Jauhkanlah itu.
Friday, March 8, 2013
Hakikat Kematian bagi Si anak kecil
Tiba-tiba Luqman memulakan perbualan di antara kami.
Katanya " Ummi nanti Anchik dah besar, Anchik nak jadi angkasawan, boleh tak?".
Aku tersenyum sambil membasuh pinggan mangkuk dan lantas membalas soalannya dengan balasan manja
" Laa...nanti sapa nak jaga Ummi dan macam mana kalau Ummi rindukan Anchik?".
Suasana terdiam seketika. mungkin dia mencari idea apa yang nak dijawab pada Ummi ni. Kemudian terdengar dia bersuara kembali.
"Ummi bukan ke bila Anchik dah besar, Ummi dah meninggal?".
" Ah..apa tak dengar?" aku membalas.
"Bukanke Ummi dan Babah dah meninggal bila Anchik dah besar nanti?". Luqman bersuara dengan lebih perlahan, tapi kuat dan jelas sebab aku tak dengar jawapan dia yang awal tadi.
" Oh macam tu ye...". Aku terdiam seketika dan berfikir.
Kematian, kematian bagi si anak hanya berlaku bila usia sudah tua atau bila dah lama meniti usia contoh macam aku bila dah tua aku akan mati. Bila aku dah tua bermakna mereka sudah dewasa begitulah sebaliknya. Namun itukah hakikatnya. Kematian hanya di usia tua?. Definisi kematian itu hanya apa yang si kecil fikirkan dengan akal dan pengalaman yang masih baru. Akal yang baru memulakan proses belajar. Belajar dari pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada apabila sering melihat atukdan nenek mereka pergi satu demi satu. Tapi tahukah anakku bahawa kematian adalah lebih dari itu sayang...Kematian tidak seperti yang kita ketahui kerana ia rahsia Allah. Kematian adalah pengakhir kehidupan di dunia dan permulaan untuk ke alam akhirat.Lebih dari itu kematian tidak kira usia bahkan anak kecil yang baru lahir juga boleh mati bila ketetapan Allah ada di situ.
Wahai anak jika akal mu sudah mula memahami, belajarlah apa itu kematian. Kematian menurut al-quran adalah keluarnya roh dari jasad manakala hidup adalah pertemuan roh dengan jasad. Allah menyebutkan tentang mati dan hidup sebanyak 145 kali di dalam al-quran. Bacalah al-quran kerana di situ banyaknya ilmu Allah tersimpan beserta dengan peringatan-peringatanNya.
Sakitnya mati itu dikatakan seperti sakitnya kambing yang disiat hidup-hidup. Mati juga diibaratkan seperti berlakunya kiamat kecil pada diri seseorang. Sakitnya mati juga dirasakan seperti ditetak dengan 300 bilah pedang. Ya Allah...ummi takut bila memikirkan sakitnya untuk menghadapi saat itu. Itulah kematian dan kesakitannya yang sangat pasti. Berdoalah sentiasa mohon supaya kita ditetapkan dengan hidayah Allah, mati dalam keadaan khusnul khotimah dan mati syahid.
Wahai anak bila kamu sudah pandai mengaji, bacalah pula terjemahan al-quran kerana di situ dalam Surah Al A'raaf 172 Allah berfirman:
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”, (Al A’raaf 172)
Wahai anakku sayang, tahulah kamu bahawa peringkat awal kejadian manusia adalah di alam roh. Di sini roh belum memiliki jasad maka inilah kematian pertama. Dalam masa 40 hari selepas berlaku percampuran air mani lelaki dan perempuan yang kita panggil peringkat ini sebagai peringkat nutfah, terbentuk pula peringkat alaqah iaitu dari air mani tadi ia berubah menjadi segumpal darah dan seterusnya peringat mudghah iaitu dari segumpal darah menjadi seketul daging dan seterusnya sehingga 120 hari maka Allah akan memanggil malaikat untuk meniupkan roh dan menuliskan 4 kalimat iaitu rezeki, ajal maut, amalan yang bagaimana dan kecelakaan serta kebahagiannya. Seterusnya bermulalah sebuah kehidupan kita yang pertama yang dinamakan di alam dunia.
Apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu ketika ditiupkan roh semasa kejadian yang awal, maka tibalah pula masa Allah memerintahkan untuk memisahkan semula roh daripada jasad. Roh akan disimpan di alam barzakh dan jasad akan hancur dikuburkan di dalam tanah.Inilah saat kematian kali kedua. Apabila tiba hari kebangkitan semula iaitu hari kiamat, Allah akan menciptakan jasad yang baru, kemudian Allah meniupkan roh yang ada di alam barzakh, masuk dan bersatu dengan tubuh yang baru sebagaimana disebutkan dalam surat Yasin ayat 51:
51- Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. 52- Mereka berkata: “Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul (Nya). (Yasin 51-52)
Inilah kehidupan kedua yang abadi, baqa' dan utama iaitu alam akhirat. Segala persoalan semasa di alam dunia akan disoal jawabkan di sini. Disinilah kita akan dibalas segala kebaikan atau kejahatan yang kita buat samada pada Allah, ibu bapa, guru, kawan-kawan dan seluruh alam. Sebab itu Luqman mesti jadi anak yang soleh, hambaAllah yang bertakwa, anak murid yang baik dan khalifah yang memberi manfaat pada seluruh alam.
Wednesday, September 26, 2012
Terjumpa Dr Zainur Rashid di Peduli Ummah
gambar dari pakcik google.Thank you
Assalmualaikum.
Catatan 3.42 petang 26/9/2012
Lokasi: Klinik ZARA
Aku bergegas untuk memasuki ruang post untuk mencatatkan apa yang ada dalam kepala berkaitan dengan pertemuan ini. Bukanlah pertemuan secara fizikal tetapi ia berlaku secara tak sengaja dan ia hanya melalui alam maya saje.Beberapa hari yang lalu aku sibuk mencari sesuatu berkaitan dengan tip-tip keibubapaan. Idea ini juga datang setelah mendengar rakaman bual bicara Wardinah Safiyyah bersama anak-anaknya dalam youtube. Daripada hasil bual bicara itu, beliau mengaskan ibu-ibu perlu belajar untuk mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berjaya dari semua aspek termasuk sahsiah. Ilmu keibubapaan perlu dipelajari dan ianya memberi banyak faedah jika kita pandai mengaplikasikan dalam konteks pendidikan dan tarbiyah kepada anak-anak.
Jadi dipendekkan cerita aku meluangkan masa mencari hal-hal berkaitan keibubapaan seperti hari ini juga. Aku ditemukan dengan laman web ISMA Melaka dan dari situ aku ke ISMA pusat dan lantas tergerak untuk menekan font yang tertulis "Lambaian terakhir seorang pejuang..." Tidak aku tahu kenapa aku memilh untuk menekan kolum itu. Hanya satu yang aku perasan terdetik dalam hati iaitu aku seperti kenal dengan gambar yang dipaparkan berdekatan dengan kolum itu iaitu kotak kecil dimuatkan dengan gambar Dr Zainurrashid. Setelah aku baca berkenaan topik "lambaian terakhir seorang pejuang", aku terasa seperti mahu mengenali tuan penulis ini dengan lebih dekat. Rupa-rupanya beliau adalah antara orang kuat ISMA Seremban, i-medik, terlibat dengan aman palestin dan seorang Pakar OnG Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Wou....sangat teruja melihat biodata seorang yang doktor muslim profesional.
Idea penulisan yang diketengahkan oleh beliau antaranya berkaitan dengan palestin, perubatan, pendidikan anak-anak (apa yang aku cari) dan ummah. Inilah contoh seorang doktor daei yang aku cari. Beliau bukan sahaja berjuang melalui jawatannya sebagai seorang doktor tapi ia lebih dari itu, iaitu dengan mengambil prinsip ambil peduli yang menjadi motto hidup beliau. Ya Allah aku sangat meminati orang-orang yang berjuang atas dasar keikhlasan. Semoga perjuangan beliau menjadi ikutan dari orang-orang seperti aku, aku, aku!!!!!...............Ya Allah tersentuh sangat dengan artikel-artikel dari beliau. Betapa hidup kita ini perlu ada sifat "ambil peduli" atau lebih manis bunyinya "caring"
p/s: kalau prof muhaya dengan prinsip "memberi" , Prof dr zainurrashid pula prinsip "ambil peduli"
Thank you.....both of them are medical doctor. They are such a good example for people like me. Thank Allah for guidance me to meet both of them. Semoga Allah memberi keberkatan ilmu dan masaa untuk ku.
Wednesday, September 12, 2012
Tetamu yang dinanti- Dr Elis
Tiba-tiba deringan telefon ku berbunyi. Rupanya ditalian adalah panggilan dari seorang sahabat lama yang dah lama tak jumpa. Siapa tu, em dia la Dr Elis. Panggilan ditamatkan dengan persetujuan untuk bertemu di restoran bersebelahan dengan Klinik Zara pada pukul 1-2 petang ni.
Tepat jam1 petang, staff datang ke bilikku mengatakan sahabat yang ditunggu itu ada di depan. Ketika pintu di buka, kami bertemu sambil tangan erat bersalaman. MasyAllah dah lama kita tak bersua muka. Nyata Elis kelihatan cantik dan semakin slim. Jaga badan agaknya..
Kami melangkah ke restoran sebelah. Aku memberi laluan kepada Elis untuk memilih meja mana untuk kami duduk bersembang sambil makan. Tak lama kemudian pelayan kedai datang untuk mengambil order. Kebetulan menu yang disediakan adalah nasi ayam jadi kami pun order menu yang sama bersama air jus oren untuk aku dan milo tanpa gula dan susu untuk Elis.
Kami mulakan perbualan tentang perkembangan diri masing-masing. Kemudian topik berubah tentang sahabat lama yang kami kenal. Kisah tentang sahabat ini menjadikan aku tersedar dan kembali pada situasi suatu waktu dahulu ketika aku mempunyai bisnes klinik sendiri. Kami pernah berkongsi bisnes ini dan melalui saat genting di mana aku kehabisan modal. Ketika itu aku pasrah sangat dan terdetik dalamhati untuk mengundur diri. Namun aku cuba bertahan sehinggalah hampir setahun lebih klinik itu beroperasi, tiba-tiba emak kesayanganku kembali ke Ramatullah disaat kewanganku sangat getir. Aku terduduk menitiskan air mata sambil menginsafi kesilapan terhadap emakku. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui segalanya. Inilah perancanganNya untuk aku lalui kehidupan ini. Akhirnya aku akur, kewangan sangat mendesak hingga klinik terpaksa ditutup dan aku menarik diri dari perkongsiaan bisnes itu.
Lama juga aku mengembara dari satu klinik ke satu klinik lain menjadi seorang doktor bergelar "freelancer" doktor. Haha ada juga mata-mata yang memandang sinis dan ada juga rakan yang memberi semangat. Antaranya dialah Dr Elis...seorang yang teliti, disiplin kuat dan berdikari. Banyak sebenarnya yang dapat aku berlajar sepanjang bergelar freelance doktor. Antaranya adalah pergantungan. kalau dulu aku tidak nampak yang aku hidup sebenarnya bergantung pada siapa. Bila sebut bab gaji aku tahu hujung bulan aku dapat. Tapi saat ketiadaan, baru aku nampak dengan mata hati bahawa gaji atau rezeki sebenarnya datang dari atas iaitu Allah. Jika kita rajin Allah akan beri. Jika kita tidak minta dengan doa kita seperti tidak yakin dan percaya pada Allah. Kehidupan ketika itu mengajar aku bahawa kehidupan dunia ini mesti bersandarkan kepada Allah. Mintalah kepadaNya dan bertawakkal. Nyata Allah Maha Pengasih dan penyayang Dia pandang padaku dan Dia beri sinaran terang dalam hidupku. Tuhanku sepertimana aku ppernah berjanjji kepadaMu saat aku berada di alam roh, itulah juga janjiku sekarang. Maknanya aku seperti di kelahiran baru, orang baru, jiwa baru dan hati baru.
Sekian....

Tuesday, September 11, 2012
Bertemu sahabat lama (Aidilfitri 2012)
sahabat, teman dan kawan
Buat Ain dan Biah
juga untuk sahabat lain yang belum bertemu semula namun kita pernah berkawan rapat sewaktu masa dahulu namun kini masing-masing dengan kehidupan sendiri.
Subhanallah ternyata rindu sangat hati ini untuk bertemu dengan sahabat ini. Teringat suatu ketika dulu Biah orang yang pertama aku bertemu. Ketika itu aku pertama kali melangkah masuk sekolah sharodz. Banyak kenangan terukir bersama. Aku senang berkongsi cerita dengan Biah. Kehidupan Biah lebih kurang aku cuma Biah lebih kuat kesabarannya dalam menempuh dugaan hidup sebab hatinya sangat redha dan pasrah dengan Ilahi. Semoga Allah merahmatiNya. Itulah Biah dan akhirnya kami sama-sama berjaya menyudahkan kehidupan sebagai pelajar perubatan. dan kini sama-sama bergelar doktor tapi di persada yang berlainan. Namun satu perjuangan yang sama kami pegang adalah menunaikan ibadah sebagai seorang doktor muslim profesional. Begitu juga dengan Ain. Ain sahabat yang berhati rendah dan suka mendulukan kawan. Baiknya hati sahabat ini. Terima kasih menjadi teman sekuliah dan serumah. Terpancar sinar bahagia dalam kehidupan Ain sekarang.
semoga kita terus bersahabat hingga ke jannah
Wednesday, July 25, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Waiting for Your Call - Irfan Makki
Miles away, oceans apart
never in my sight but always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye
I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine
standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
that they remember you in everything they say
standing in ihram making my tawaf, making my tawaf

Miles away

Tuesday, May 8, 2012
Thursday, December 2, 2010
Sesungguhnya Allah Maha Perancang Yang Hebat
Catatan ditulis tangan pada 29 November 2010.
Saya mengingatkan diri bahawa hari ini ada pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Saya menjadikan catatan setiap perkara yang akan dibuat dalam satu buku catatan harian bersaiz kecil sebagai panduan. Saya menyarankan Hakim (anak sulung) supaya buat seperti yang saya lakukan. lalu dia mengambil satu buku catatan kecil yang saya beli di supermaket Keluargaku semalam (28 November 2010). Hakim mencatatkan beberapa perkara di dalam buku catatan tersebut. Salah satu catatan yang ditulis adalah
............"Doakan umi dan baba untuk pergi Mekah"
Ya Allah bergetar tali jantung saya ketika membaca tulisan itu. Syahdu....memang nak pergi sangat-sangat. ....Tunggu rezeki melimpah!!!!!
Tepat jarum jam di dinding 12.00pm, saya membawa semua anak-anak (4 orang aje) pergi ke Universiti Multimedia. Tujuannya adalah untuk memulangkan semula buku yang saya pinjam kepada staff Klinik Penawar. Dulu saya pernah bekerja di sini. Itu dulu la...Kemudian aku nak jumpa Puan Hanisah. Siapakah beliau ni?.
Sampai saja disana, saya tak berkesempatan untuk pergi ke Klinik Penawar jadi saya pesan pada Puan Hainsah saja. Boleh ye kak tolong sampaikan amanah ni.
Cerita pasal Puan Hanisah. Emm.. sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui dan Perancang yang Hebat. Sebenarnya suatu hari saya terbaca majalah I islam. Majalah informasi kontemporari masa kini, dalam ruang tersebut ada memaparkan sebuah laman web iaitu emaskini.com. Saya pun macam berminat and search. Dari laman web itu saya terjumpa laman web jutawanemas.com. Pemilik site ni adalh bekas pekerja di MMU. Jadinya siapa saja yang saya jumpa staff MMu, saya akan tanya pasal beliau. Macam menarik je dengar pasal emas ni. Memang betul pun. Saya memang anti-emas dolu-dolu. Pernah amsuk zhulian pun sebab tertarik dan menarik pasal hal-hal tak perlu emas tulen. Itu dulu, lama-lama terfikir pula sebaliknya, betapa ramai orang-orang diluar sana telah kehilangan emas mereka sebab dah tukar produk kesihatan. Jadi macam mana tu esok lusa kalau terdesak kewangan? fikir sendiri la. Tanah dan emas aset kita tapi lama-lama dan secara psikologi dah jadi milik orang. Bila nak sedar tak tahula....
Ok berbalik pada Kak hanisah ni. Saya memang bercadang nak beli sekeping dinar. tapi tak tahu nak beli pada siapa. Kalau boleh nak senang berurusan prefer women to women. jadi saya call agen master PG Normaziah. Ditakdirkan dia tak dapt nak serve saya yang stay kat Melaka dan dia kat Seremban katanya la. lagi pun kocik benar nilai dia nak travel dengan belian sayakan...Tapi Allah tu Maha Mengetahui, dia ilhamkan saya untuk berborak pasal En Syukur jual emas dah jadi juatawan dengan seorang Kak Hanisah yang saya jumpa secara kebetulan di Klinik Saujana. Cerita-cerita punya pasal saya pun set masa untuk beli pada dia jela.
Dalam lubok hati saya tertanya-tanya tentang keajaiban ini. Saya dapat merasai yang pasti ada daya tarikan yang menjadi amalan Kak Hanisah ni dalam berbisnes. Sebab utama saya memang berhajat, kedua pada ketika itu saya bertanya bukan tahu yang dia menjual, dia berjumpa saya bukan dalam keadaan untuk menjual sesuatu dan semua itu berlaku atas kehendak Tuhan. Saya pun bercadang untuk merisik rahsia Kak Hanisah.
......"Kak, nak tanya sesuatu la. kak ada amalkan apa-apa petua ke untuk murah rezeki?" terpantul soalan dari mulut saya.
.......kak hanisah separa terperanjat tapi muka dia kool je. " Ha'ah. Ada, akak sekeluarga tiap-tiap malam baca sama-sama surah Waqiah dan Mulk. Lain akak ada amalkan selawat tiap-tiap hari. Selawat ada banyak untuk elak rumah dimasuk pencuri, kebakaran dan lain-lain. nanti kalau kita jumpa lagi akak bagi satu copy untuk awak". jelas nya panjang lebar.
Terasa gembira sangat hati saya ni. Mana taknya apa yang saya teka tu betul. Saya pun tengah berjinak-jinak mengamalkan petua-petua tersebut yang hampir sama seperti yang saya baca dalam blog Linncomel. Dalam blog tu Kak Lin tu paparkan petua murah rejeki iaitu:

- Selawat 100x setiap hari
- Baca Waqiah setiap malam sebelum tidur
- Puasa setiap hari isnin dan Khamis
Wednesday, October 20, 2010
For the rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Monday, June 29, 2009
Anak satu anugerah
zuriat ternilai yang tiada harganya di pasaran bagi orang yang berfikir. Terutama bagi pasangan yang begitu kepinginkan zuriat setelah bertahun-tahun lamanya menunggu. Anak menjadi penyambung silaturrahim antara ibu dan bapa. Malangnya anak kini hadir tanpa kerelaan pasangan itu lebih-lebih lagi pasangan muda yang tiada ikatan pernikahan yang suci. Anak yang hadir di dunia ini atas nama nafsu semata-mata kini semakin meningkat bilangannya. Kadang-kala anak belum sempat melihat dunia ini sudah ditutup kembali matanya buat selama-lamanya...
KUANTAN - Tangisan bayi dari dalam tandas di tingkat tiga Wisma Bola Sepak Pahang awal pagi telah mengejutkan wanita yang menyewa bilik di bangunan itu di Jalan Gambut di sini semalam.
Selepas tidak kedengaran lagi suara bayi itu, pintu tandas yang berkunci dapat dibuka kira-kira sejam selepas itu.
Mereka tergamam melihat mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan berada di dalam tong cat berisi air.
Seorang wanita pula dilihat duduk di dalam tandas dalam keadaan pucat dan tidak bermaya sambil menangis dengan sebahagian tubuhnya penuh darah.
Darah juga ditemui di serata lantai tandas berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian pada pukul 6 pagi, penyewa di bangunan itu cuba membuka tandas yang dikunci dari dalam sebaik terdengar tangisan bayi.
"Bagaimanapun tandas itu hanya dapat dibuka sejam kemudian iaitu selepas tiada lagi bunyi tangisan bayi," kata beliau di sini semalam.
Friday, March 20, 2009
Manusia Cenderung Untuk Memiliki dan Bersaing
Kesejahteraan dari Mu dan milik Mu. Semoga kita diberkati Ilahi.
Dikesempatan yang ada, diberi masa dan ilmu, semoga ianya memberi manfaat jika kita pandai mengambil manfaat darinya.
Dari segi psikologi, manusia mempunyai daya pemilikan yang tinggi. Bukan saja terhadap hal-hal peribadi seperti ingin disayangi, dibelai, juga hal-hal lain seperti perkahwinan, anak, kekayaan, ilmu, pekerjaan, kewangan dan kemasyhuran.
Pemilikan ini adalah salah satu motivasi jasmani dan rohani (an-nafsiyyah wa ar-ruhiyyah). Manusia melalui proses keinginan ini untuk mencapai keselesaan dalam hidup. Namun begitu kecenderungan ini kadang-kadang melampaui batas menyebabkan manusia hilang pedoman sehingga berlakunya kes-kes seperti membunuh kerana cemburu, menzalimi hak sesama manusia, merebut pangkat dengan wang. Keinginan yang mendalam yang cenderung kepada kerosakkan atau bencana ini dipanggil delusion disorder
Dalam proses untuk memiliki, manusia sering bersaing. Persaingan yang wajar dan positif tidak menjadi satu hal. Ia digalakkan dan jelas dari Firman Allah SWT yang bermaksud:
Mengikut psikologi yang dibentangkan oleh Rasulullah SAW, persaingan duniawi yang dianjurkan adalah yang mendekatkan diri demi untk mendapat keredhaan Allah SWT. Seperti yang diterangkan melalui hadithnya iaitu:
Dari Yazid bin al-Akhnas RA mengatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda iaitu:

"Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga), mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni yang dilak(tempatnya), laknya adalah kasturi dan untuk yang demikian itu hendaknya orang-orang berlumba-lumba"
Mengikut psikologi yang dibentangkan oleh Rasulullah SAW, persaingan duniawi yang dianjurkan adalah yang mendekatkan diri demi untk mendapat keredhaan Allah SWT. Seperti yang diterangkan melalui hadithnya iaitu:
Dari Yazid bin al-Akhnas RA mengatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda iaitu:
" janganlah di antara kalian berlumba-lumba kecuali dalam dua hal. Pertama, orang yang diberikan al-Quran oleh Allah SWT, kemudian orang itu menjalankan dan mengikuti isi kandungan al-Quran siang dan malam. lalu orang itu mengatakan bahawa jika Allah SWT memberiku seperti apa yang telah diberikan kepada si fulan itu, maka saya akan menjalankan seperti apa yang telah diijalankannya. Kedua, orang yang diberikan oleh Allah SWT harta kekayaaannya. Orang itu mengatakan bahawa jika Allah SWT memberiku seperti apa yang telah diberikan kepada si fulan itu, maka saya akan bersedekah dengan harta itu"
Dari kitab yang Agung kita boleh belajar tentang fitrah manusia. Manusia wajar mempunyai sikap untuk memiliki dalam hal keduniaan. Ilmu yang diajar dari Al-Quran dan hadis adalah ilmu terawal tentang psikologi manusia berbanding psikologi barat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
" Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini , iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga)."
Subscribe to:
Posts (Atom)