Showing posts with label UTeM. Show all posts
Showing posts with label UTeM. Show all posts

Thursday, December 28, 2017

Bila Seseorang Kecewa

Bingkisan catatan buat seorang sahabat ku Dr......

Rayu kepada mu...

Benamkan sampah wasangka
Timbuskan liang sendu
Tanamlah benih damai
Siramkan dengan titisan hajat
Tolehlah ke nur Ilahi
Tumbuhlah semula
Jangan layu ke bumi
Hingga lupa menatap ke langit

#Kami ingi melihat kau tumbuh semula
Jangan terus tunduk melihat bumi hingga lupa melihat langit....
Dont loosen your hold

Tuesday, June 20, 2017

Iftar Bersama Pusat Kesihatan UTeM 2016




Iftar!!!...ops iftar?. Apa maksud iftar. Maksudnya ialah berbuka puasa atau makan petang apabila masuk waktu maghrib dalam bulan Ramadhan. Orang melayu panggil berbuka puasa. Orang Sabah dan Sarawak panggil sungkai@sungkei. Maksud ketiga-tiganya adalah sama. Tapi sejak kebelakangan ni ramai yang suka menggunakan perkataan ini dalam perbualan harian mereka. Termasuk iklan di radio dan tv malah di papan iklan dan banting untuk promosi bufet Ramadhan di restoran atau hotel juga menggunakan perkataan 'iftar'. Iftar adalah perkataan bahasa Arab. Tidak salah untuk mengetengahkan penggunaan perkataan ini. Cuma kebanyakan orang merasa sangat teruja dan spesial apabila dapat menyebut perkataan ini. Macam dia lebih ke hadapan kononya la...Apa-apa pun ia hanya istilah untuk memperbanyakan penggunaan pelbagai bahasa. Yang penting jangan lupa bahasa Melayu yang tercinta.


Gambar di atas adalah gambar majlis berbuka puasa bersama beberapa ahli keluarga staf di PKU. kami mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Celup-celup Melaka, bersebelahan Jaya Jusco Bandar Melaka.

Program DZN tahun 2016




Salam semua, dah lama membiarkan blog ni sunyi sepi. Tak ada idea nak jot down apa. Actually bukan tak de bahan nak dicoretkan. Cuma kemalasan untuk menulis melanda diri. Ini gambar aktiviti semasa program bersama Dr zakir naik di UTeM pada tahun lepas 2016. Program ni first time buat di UTeM. Memang event ni meletopkan nama UTeM hingga meningkatkan hit like fb UTeM. Syabas untuk Dato NC dan semua warga UTeM. Walaupun ada terselit kisah sedih prior the event. Hasilnya ada seorang mualaf melafazkan syahadah ketika itu....