Siang bersulam malam, malam mengukir keresahan. Risau dan binggung fikiran maisarah melihatkan keadaan emak yang belum reda dari kesakitan yang menyusuk dirinya. Jarang sekali emak mengalami kesakitan sebegini teruk. Fikir Maisarah kenapa dan apa masalah yang dialaminya. Doktor telah mengesahkan emak cuma mengalami sakit otot atau sakit urat sahaja. Xray pun sudah diambil, tiada apa-apa keabnormalan yang ditemui. Tetapi malam semakin memekat emak lansung tiada perubahan.
"Emak kita pergi hospital semula. Mai takut doktor tidak dapat kesan mungkin emak ada batu hempedu dibahagian kanan perut tu. Biasanya kalau sakit di situ, ada kemungkinan ada batu hempedu. Rawatannya adalah pembedahan. Selagi tidak dikeluarkan, selagi itu emak rasa sakit." jelas Maisarah yang juga seorang doktor di klinik swasta.
" Aku tak mahu, nanti tunggu lama macam semalam kat kecemasan." keluh emak dalam kesakitan.
" Ok kalau macam itu, Mai hantar pergi Klinik Al-Azhim. Jom kita bersiap." Maisarah memujuk emaknya. Mereka bersiap untuk ke klinik. Ketika itu jam tepat pukul 12.30 malam. Sementara itu, Faizol tengah sibuk mendodoi anak-anak untuk tidur. Luqman kelihatan resah dan merengeksahaja kerana bellum dapat melelapkan mata.
"Kali ini biarlah aku yang bawa emak ke klinik pula. Mungkin boleh minta dokto buat pemeriksaan lebih terliti." detik hati Maisarah.
Laju kereta meluncur dalam kepekatan malam bersama samar-samar lampu neon menerangi suasana malam hening itu. Hati Maisarah tenang membawa emak ke klinik. Harapannya emak akan sembuh selepas rawatan kedua ini.
"Insyallah, Ya Allah engkau sembuhkanlah ibuku." rintih hati kecilnya.
Semalam hari pertama emak sakit, sempat juga dia menunaikan solat hajat untuk mendoakan kesihatan emak. Tiada siapa di dunia ini yang lebih penting melainkan emak. Kasih sayang ibu tidak pernah putus walaupun kadang-kadang hati kecil selalu terusik dengan gangguan syaitan yang menghasut fikiran bahawa emak lebih menyayangi kakak berbanding Maisarah. "Ah! bisikan jahat. Emak adalah satu-satunya insan yang banyak berkorban untuk aku. Dia yang membela aku. Dia juga yang membela anak-anak aku." nasihat Maisarah untuk memadamkan bisikan itu.
" Ya Allah kesihatannya adalah kesihatan aku. Dia ada dalam diri aku. Berilah kesembuhan buat dirinya." berkali-kali Maisarah memanjatkan doa pada Tuhan.
Nah!. Ternyata pemeriksaan kedua juga menunjukkan emak tiada masalah serius. Tiada demam, cuma gula dalam darah naik sedikit dan tekanan darah rendah sedikit. Jantung dan paru-paru normal. Emak dehidrat. Emak perlu minum air lebih sedkit jelas doktor yang memeriksanya. Penjelasan itu melegakan hati Maisarah. Sekurang-kurangnya Tuhan memperkenankan doanya.
Semalaman Maisarah sentiasa berada disisi emaknya. Tidak sanggup hendak dibiar emak tidur keseorangan dalam keadaan yang belum stabil. Ubat sudah diberi, tubuh emak dibersihkan dan rambutnya disikat kemas. Tilam magnet dibentangkan supaya emak selesa dan mudah-mudah dapat megurangkan penyakit yang dialaminya.
" Apa cahaya lalu depan mak ni." jelas emak.
" Mak tidur jangan banyak fikir. nanti Mai gosok badan dan kaki emak." pujuk Maisarah.
"Kakak kau tak telefon ke?. Suruh dia balik. Emak takut tak sempat jumpa dia." keluh emak lagi.
" Tadi abang Zikri ada telefon dia balik esok pagi. Emak nak Mai suruh dia balik malam in ke. Boleh Mai telefonkan sekarang." Risau hati Mai melihat emak merintih dan mengenangkan anak-anaknya seorang demi seorang diungkapkan cerita walaupun dirinya sedang mengerang kesakitan yang belum tiba saat reda.
" Oo. Kalau macam itu tak payah telefon. nanti buat susah dia." emak merebahkan kepalanya untuk baring. Tetapi tidak boleh kerana dia susah hendak nafas dan sakit bertambah perit.
" Ya Allah kenapa dengan emak ini. Nafas dia semakin laju." keluh maisarah sambil mengurut badan dan kemudian di hujung kedua-dua kaki. Teringat Maisarah kata-katanya pada emak petang tadi. Waktu itu dia mengurut badan emak sambil memuji tubuh dan kaki emak yang kelihatan bersih, sihat dan cantik. Biasanya kalau ada DM, kulit akan kelihatan kering dan berkudis. Tetapi emak lain, kulitnya begitu bersih dan tiada kesan jangkitan kulat pun di celah-celah kakinya.
"Alhamdulillah Tuhan Kau perlihara ibuku secantik dan sesihat ini selama hayatnya, aku bersyukur kepada engkau wahai Tuhanku." detik hati kecil itu lagi.
1 comment:
bila nak sambung part3?. Ops macam malas je....
Post a Comment