Monday, January 28, 2008

Turunnya Ayat Seribu Dinar



Salam sejahtera

Rasulullah s.a.w. besabda: " Sesiapa yang memutuskan (menyerahkan perkara dan urusannya) kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan baginya segala tolongannya; dan memberi rezeki kepadanya dari jalan yang tidak dijangkakan. Dan sesiapa yang menyerahkan urusannya kepada dunia maka Allah pula menyerahkan dia kepada dunia tersebut."

Kisah turunya ayat seribu dinar bermula dari satu kisah iaitu seorang sahabat nabi iaitu Auf bin Malik al-Asyja'i telah ditawan oleh kaum musyrikin. Kemudian ayahnya telah mengadukan masalah itu kepada Rasulullah s.a.w . Lalu Rasullullah s.a.w menyuruhnya menghantar utusan kepada anaknya iaitu supaya memperbanyakkan menyebut "Tiada daya dan upaya melainkan dengan (kekuatan) Allah".

Akhirnya dengan kekuasaan Allah tangan yang terikat, terurai dan Auf keluar menyelamatkan diri dan bertembung dengan seekor unta kepunyaan pihak musuh. Lalu unta itu ditungganginya dan tiba-tiba sampai ke tempat belaan unta pihak musuh. Auf terus menjerit dan unta-unta itu datang kepadanya dan mengiringinya sehingga ke tempat kediamannya.

Sampai Auf di halaman rumahnya, ayah dan ibunya sangat terkejut dan mengucapkan syukur dengan kebesaran Allah. Lalu dia terus berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan menceritakan khabar gembira kisah anaknya yang telah selamat itu. Malik juga bertanya dengan Rasulullah s.a.w tentang unta-unta yang datang bersama anaknya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda " Buatlah apa yang engkau suka sebagaimana engkau buat dengan hartamu". Maka turunlah ayat Seribu Dinar.

Itulah kisahnya yang ramai tidak tahu rahsia di sebalik ayat tersebut. Maka amalkanlah selalu pasti dan yakin Allah akan kurniakan impian kita. Majulah orang-orang Islam!

No comments: