Saturday, October 21, 2017

Allah Creation- unknowledgeable story of mankind created

Today 22/10/2017, my family have attended a wedding ceremony in our neighborhood. Among the visitors, there are Indian races along in this event. Suddenly, my daughter  tell me..."aghhh...i cannot eat much because  i sit beside that Indian man". Wow...it so touching my heart. Is that man disgusting you?. and only because of he is Indian?...oh please that is not the way i have teach you. Allah made all mankind in that way. We are part of the creation. We have to appreciate other type of creation. In Al-quran Allah mentioned  a lot about creation of mankind. We cannot disgraceful what Allah created. 


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Q.S. Al-Hujuraat : 13)

Saturday, August 12, 2017

Sambutan Hari Ulang Tahunku 9/8/2017

Alhamdulillah, dengan izin Allah sampai juga aku mencecah umur xx. Terasa terharu sebab kawan di fb yg kebanyakkannya adalah ex-schoolmates, siblings,relative. Kat klinik pula, rakan sekerja Dr Shah, Dr Fuzi dan semua staff ceria dan spontan mengucapkan selamat. Itu lah dgn teknologi yg dah ada, maklumat peribadi yakni birth date, semua orang tahu. Syukur ucapan yg diberikan adalah satu doa. Anak2 pun ambil kesempatan untuk mengucapkannya....terutama Kak Mai call dr asrama, "ummi selamat hari lahir". Ummi terharu sayang. Really it's deeply inside my heart. Tertunggu2 ucapan dari seseorag, membuatkan hati rasa kecewa. Hanya ucapan saje membuatkan hati kita rasa kecil dan menangis. Tak apa lah, moga hidup ini dapat dinikmati sebaiknya. Mohon dari Allah diberi kesihatan dan ketabahan dlm menempuh rintangan kehidupan. Sedih pasti ada. Merayu la dan mengadu saje pada Allah. Mohon dariNya agar hidup kita tidak mengharap pujian dan penghargaan dari hambaNya juga. Minta lah direct pujian dan redha dari Allah saje, kita pasti tidak terluka dan kecewa.

Monday, July 10, 2017

Art times- Clock Plate

Assalamualaikum,
Mencari idea utk penuhkan masa bersama anak. Google sana sini, akhirnya terdownload pintrest. Rupanya banyak aktiviti yg senang utk kita tiru dan buat. Ini adalah antaranya iaitu membuat jam menggunakan pinggan kertas, kertas warna, gunting dan gam.

Tuesday, June 20, 2017

Iftar Bersama Pusat Kesihatan UTeM 2016




Iftar!!!...ops iftar?. Apa maksud iftar. Maksudnya ialah berbuka puasa atau makan petang apabila masuk waktu maghrib dalam bulan Ramadhan. Orang melayu panggil berbuka puasa. Orang Sabah dan Sarawak panggil sungkai@sungkei. Maksud ketiga-tiganya adalah sama. Tapi sejak kebelakangan ni ramai yang suka menggunakan perkataan ini dalam perbualan harian mereka. Termasuk iklan di radio dan tv malah di papan iklan dan banting untuk promosi bufet Ramadhan di restoran atau hotel juga menggunakan perkataan 'iftar'. Iftar adalah perkataan bahasa Arab. Tidak salah untuk mengetengahkan penggunaan perkataan ini. Cuma kebanyakan orang merasa sangat teruja dan spesial apabila dapat menyebut perkataan ini. Macam dia lebih ke hadapan kononya la...Apa-apa pun ia hanya istilah untuk memperbanyakan penggunaan pelbagai bahasa. Yang penting jangan lupa bahasa Melayu yang tercinta.


Gambar di atas adalah gambar majlis berbuka puasa bersama beberapa ahli keluarga staf di PKU. kami mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Celup-celup Melaka, bersebelahan Jaya Jusco Bandar Melaka.

Kawasan Rehat dan Rawat

Ini lah aksi anak-anak- Khalishah, Aqil dan Luqman. Lokasinya di R&R Machap. kami berhenti 
sebentar untuk solat jamak qasar Zohor dan Asar. R&R yang ada sepanjang laluan balik ke Melaka dari Johor Baharu melalui lebuhraya utara selatan jajaran selatan ialah R&R Machap di km 74.7 dan R&R Pagoh di km135.5. 


Apa itu R&R...(copy paste dari http://www.plus.com.my)





Kawasan Rehat dan Rawat atau lebih dikenali sebagai R&R dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna lebuh raya. Terletak di setiap 80-100 kilometer, kemudahan ini dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh raya yang selesa dan lebih selamat. R&R sentiasa dinaik taraf dengan tumpuan khusus diberikan terhadap kebersihan keseluruhan terutama kebersihan tandas dan gerai makan.


Kebanyakan R&R kami menawarkan kemudahan lebih daripada sekadar tempat berhenti untuk orang ramai. Di antara kemudahan yang disediakan di R&R adalah taman permainan kanak-kanak, stesen minyak, surau bagi umat Islam, mesin ATM, wakaf (pondok rehat), telefon awam dan restoran berhawa dingin.


Terdapat 24 R&R di rangkaian lebuh raya PLUS.