Tuesday, June 20, 2017

Tahniah Kakak Johan Khat

Akhirnya, kakak berjaya dianugerahkan sebagai Johan Pertandingan Khat. 

Khidmat Keluarga

Aktiviti yang diterapkan dalam rumahtangga kami. Anak-anak perlu dididik dengan aktiviti sukarela seperti ini supaya hati mereka mudah untuk membantu apabila berada di dalam masyarakat luar. Pelbagai gejala sosial yang melanda kehidupan di dunia dalam era baru ini, jadi kita sebagai ibu bapa perlulah peka dan prihatin untuk memupuk semangat berkerjasama dan gotong royong di antara satu sama lain.

Sesi Baju Merah


Saudara mara Tok Wit




 Ini lah kenangan berkumpul dan bertemu dengan saudara mara belah Tok Wit. Kami ni semua saudara dekat. Saja simpan gambar ni supaya anak-anak kenal dengan mereka. Kalau stlye mak, dia bawa anak-anaknya ziarah untuk bersemuka dengan mak cik belah nenek dan datuk. Tapi sekarang ni amalan ziarah semakin luntur, jadi untuk memastikan muka-muka saudara mara ku kekal dalam ingatan anak-anak, saya memorikan dalam blog ni. Harap mereka ingat. Kami berkumpul ni pun sebab ada majlis perkahwinan anak Kak Nojah di Selangor.





Program Pecutan UPSR anjuran UTeM di dewan FTMK


Syukur Alhamdulillah, dapat sertai program ni. Kakak Mai join untuk kursus sehari ini. Kursus ni menjemput Cikgu Cemerlang Sains dan Bahada Inggeris untuk memberi tunjuk ajar teknik menjawab dan tip-tip berjaya cemerlang dalam subjek sains dan BI sebagai persediaan dalam UPSR. Bayaran sebanyak RM100.

Alhamdulillah kakak dapat keputusan yang membanggakan UPSR 4A2B- B Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Program DZN tahun 2016




Salam semua, dah lama membiarkan blog ni sunyi sepi. Tak ada idea nak jot down apa. Actually bukan tak de bahan nak dicoretkan. Cuma kemalasan untuk menulis melanda diri. Ini gambar aktiviti semasa program bersama Dr zakir naik di UTeM pada tahun lepas 2016. Program ni first time buat di UTeM. Memang event ni meletopkan nama UTeM hingga meningkatkan hit like fb UTeM. Syabas untuk Dato NC dan semua warga UTeM. Walaupun ada terselit kisah sedih prior the event. Hasilnya ada seorang mualaf melafazkan syahadah ketika itu....

Tuesday, April 11, 2017

Skin Medical Words

Assalamualaikum,
Klinik Pelajar Bandar UTeM


Medical terms/words:

1. Lichenification- skin has become thickened and leathery











2. Desquamation- skin peeling


3. Erythema- redness of skin or mucous membrans caused by hyperemia (increased blood flow) of superficial capillaries.