Thursday, December 2, 2010

Sesungguhnya Allah Maha Perancang Yang Hebat

Catatan ditulis tangan pada 29 November 2010.

Saya mengingatkan diri bahawa hari ini ada pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Saya menjadikan catatan setiap perkara yang akan dibuat dalam satu buku catatan harian bersaiz kecil sebagai panduan. Saya menyarankan Hakim (anak sulung) supaya buat seperti yang saya lakukan. lalu dia mengambil satu buku catatan kecil yang saya beli di supermaket Keluargaku semalam (28 November 2010). Hakim mencatatkan beberapa perkara di dalam buku catatan tersebut. Salah satu catatan yang ditulis adalah

............"Doakan umi dan baba untuk pergi Mekah"

Ya Allah bergetar tali jantung saya ketika membaca tulisan itu. Syahdu....memang nak pergi sangat-sangat. ....Tunggu rezeki melimpah!!!!!

Tepat jarum jam di dinding 12.00pm, saya membawa semua anak-anak (4 orang aje) pergi ke Universiti Multimedia. Tujuannya adalah untuk memulangkan semula buku yang saya pinjam kepada staff Klinik Penawar. Dulu saya pernah bekerja di sini. Itu dulu la...Kemudian aku nak jumpa Puan Hanisah. Siapakah beliau ni?.

Sampai saja disana, saya tak berkesempatan untuk pergi ke Klinik Penawar jadi saya pesan pada Puan Hainsah saja. Boleh ye kak tolong sampaikan amanah ni.

Cerita pasal Puan Hanisah. Emm.. sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui dan Perancang yang Hebat. Sebenarnya suatu hari saya terbaca majalah I islam. Majalah informasi kontemporari masa kini, dalam ruang tersebut ada memaparkan sebuah laman web iaitu emaskini.com. Saya pun macam berminat and search. Dari laman web itu saya terjumpa laman web jutawanemas.com. Pemilik site ni adalh bekas pekerja di MMU. Jadinya siapa saja yang saya jumpa staff MMu, saya akan tanya pasal beliau. Macam menarik je dengar pasal emas ni. Memang betul pun. Saya memang anti-emas dolu-dolu. Pernah amsuk zhulian pun sebab tertarik dan menarik pasal hal-hal tak perlu emas tulen. Itu dulu, lama-lama terfikir pula sebaliknya, betapa ramai orang-orang diluar sana telah kehilangan emas mereka sebab dah tukar produk kesihatan. Jadi macam mana tu esok lusa kalau terdesak kewangan? fikir sendiri la. Tanah dan emas aset kita tapi lama-lama dan secara psikologi dah jadi milik orang. Bila nak sedar tak tahula....

Ok berbalik pada Kak hanisah ni. Saya memang bercadang nak beli sekeping dinar. tapi tak tahu nak beli pada siapa. Kalau boleh nak senang berurusan prefer women to women. jadi saya call agen master PG Normaziah. Ditakdirkan dia tak dapt nak serve saya yang stay kat Melaka dan dia kat Seremban katanya la. lagi pun kocik benar nilai dia nak travel dengan belian sayakan...Tapi Allah tu Maha Mengetahui, dia ilhamkan saya untuk berborak pasal En Syukur jual emas dah jadi juatawan dengan seorang Kak Hanisah yang saya jumpa secara kebetulan di Klinik Saujana. Cerita-cerita punya pasal saya pun set masa untuk beli pada dia jela.

Dalam lubok hati saya tertanya-tanya tentang keajaiban ini. Saya dapat merasai yang pasti ada daya tarikan yang menjadi amalan Kak Hanisah ni dalam berbisnes. Sebab utama saya memang berhajat, kedua pada ketika itu saya bertanya bukan tahu yang dia menjual, dia berjumpa saya bukan dalam keadaan untuk menjual sesuatu dan semua itu berlaku atas kehendak Tuhan. Saya pun bercadang untuk merisik rahsia Kak Hanisah.

......"Kak, nak tanya sesuatu la. kak ada amalkan apa-apa petua ke untuk murah rezeki?" terpantul soalan dari mulut saya.

.......kak hanisah separa terperanjat tapi muka dia kool je. " Ha'ah. Ada, akak sekeluarga tiap-tiap malam baca sama-sama surah Waqiah dan Mulk. Lain akak ada amalkan selawat tiap-tiap hari. Selawat ada banyak untuk elak rumah dimasuk pencuri, kebakaran dan lain-lain. nanti kalau kita jumpa lagi akak bagi satu copy untuk awak". jelas nya panjang lebar.

Terasa gembira sangat hati saya ni. Mana taknya apa yang saya teka tu betul. Saya pun tengah berjinak-jinak mengamalkan petua-petua tersebut yang hampir sama seperti yang saya baca dalam blog Linncomel. Dalam blog tu Kak Lin tu paparkan petua murah rejeki iaitu:
  1. Selawat 100x setiap hari
  2. Baca Waqiah setiap malam sebelum tidur
  3. Puasa setiap hari isnin dan Khamis
Insyallah saya juga sedang berusaha dan beristiqamah dalam mengamalkan amalan tersebut. Semoga berjaya ummi....(anak saya jeritkan!...)

Monday, November 22, 2010

Allah Maha Mendengar...

Salam ukhuwah...

Eidul Adha sudah pun berlalu. Tahun ini saya dan keluarga merayakan di kampung suami. Alhamdulillah dapat saya tunaikan solat sunat hari raya di sana. Seperti biasa, sambutannya lebih kurang sama macam Eidul Fitri. Emak mertua telah bersedia dengan hidangan yang menyelrakan iaitu masak lemah itik cili padi. Fuih... memang sedap sangat dan mengiurkan. Itu cerita Eidul Adha. Lepas 3 hari kami sekeluarga buat sedikit kenduri arwah, kesyukuran, aqikah utk Aqil anak saya dan berkhatan utk Arfan Farhan anak abang saya. Mulanya kami merancang untuk tangguh ke 27hb. mengikut kata kakak saya masa ni gaji dah keluar, jadi ada bajet lebih sedikit untuk kenduri. Namun tarikh tak berseuaian dengan hal-hal lain. Jadi saya bertawakal dan berdoa siang malam semoga majlis berjalan lancar dengan sedikit kelapangan dalam hal perbelanjaan majlis. Kebetulan saya kesempitan sedikit. Jadi tanpa henti saya mengadu pada Allah agar orang berhutang pada saya bayar semula duit hutang tersebut. Saya juga mengadu pd Yang Esa andai itu bukan rezeki saya janganlah hati saya berkeluh kesah pada rezeki tersebut. Juga datang rezeki untuk saya dari arah yang lain kerana Tuhan yang lebih Mengetahui. Hari itu adalah hari yang paling berkat untuk berdoa iaitu Jumaat sehari sebelum majlis. Pagi sebelum subuh saya digerakkan untuk bangun bertahajud. Semasa ditempat kerja saya usahakan untuk solat Dhuha dan berselawat sebanyak mungkin. Sebenarnya saya lakukan ini setelah membaca buku Prof Kamil Ibrahim iaitu Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Kebetulan saya sekeluarga membeli sedikit barang persedian untuk kenduri di Mydin MITC pada hari khamis, depan tu ada booth menjual buku-buku agama. Lama saya menelek buku2 kat situ lantas terpandang buku TDMHE. Sebenarnya niat saya dah lama nak beli Travelog Haji tapi dah habis. Tah macam mana saya nak juga beli sebuah buku untuk bacaan maka terus capai TDMHE. Best betul buku ni. Banyak ilmu yang dipraktikkan secara minima tapi istiqamah dan dibuktikan melalui hadis dan ayat quran. Contohnya solat Dhuha, mathurat, solat Tahajud dan doa.

Sambung balik hal saya pasal preparation untuk buat kenduri. Saya susah hati juga takut bajet tak cukup. Jadi tanpa disangka-sangka, sampai saja saya di perkarangan rumah tiba-tiba ada seorang hamba Allah ini datang dan memeluk saya sambil menangis. Beliau minta ampun dan maaf pada saya, sebab semasa arwah emak saya masih hidup, beliau ada berhutang sebanyak RMxxx, jadi ketika itu saya terkaku dan tergamam sebentar. Rasa macam tak percaya. bayangkan emak saya meninggal dah hampir 2 tahun lebih baru ni Tuhan yang maha Berkuasa dan Maha Mendengar setiap rintihan dan permintaan hambanya, dimakbulkan dari arah yang kita sendiri tidak sangka-menyangka lansung. Lansung tidak terfikir dalam hati ni...jadi untuk lebih berkat saya pulangkan semula RMxx kepada beliau tanda penghargaan dan simpati. Beliau berhutang pun bukan kerana saja2 nak hutang tapi dalam keadaan kesempitan ketika itu. Subhanallah....begitulah ceritanya. jadi dapatlah saya gunakan sebahagian duit untuk kenduri dan sebahagian disedekah ke pada ahli masjid yang datang buat Marhaban. Kenduri berjalan dengan lancar dan sangat meriah sekali. Yang penting sekali bajet makanan mengena dan tiada pembaziran. Alhamdulillah...

Thursday, November 18, 2010

Terima kasih Ya Allah

Nada dering telefonku berbunyi. Ketika itu saya masih di pejabat meneruskan saki baki kerja yang masih belum selesai. Panggilan itu adalah panggilan dari anak sulung saya Hakimi.
"Umi, abang dapat dua hadiah.Satu abang dapat tempat ketiga dan satu lagi abang dapat feqah 100%". Kedengaran suara yang perlahan tapi bersemangat mengadu tentang kejayaannya.
"Alhamdulillah, syukur takpe nanti abang usaha lagi cemerlang. Tahniah abang. Ikut umi cakap macam ni ye. Ya Allah aku bersyukur dan terima kasih di atas kejayaan ini, amin...". Balas saya dan kami sama-sama mengaminkan doa. Walaupun jauh dan tidak bersemuka, saya ingin kejayaan ini diraikan dengan memanjat kesyukuran pada Ilahi.

Dari pandangan umum, kejayaan ini sangat kecil implikasinya, cuma peperiksaan tahun 1 saja. Namun pengertian usaha dan syukur perlu diselitkan dalam diri anak-anak. Biar anak tahu usaha yang dilakukan dibalas dengan kemenangan dan kejayaan. Begitu juga syukur kerana setiap keputusan yang dikurniakan adalah ketetapan dari Tuhan bukan mujur atau nasib baik seperti yang diterangkan oleh Prof Muhd Kamil dalam bukunya. Ramai di antara kita yang percaya pada kemujuran termasuk diri saya. Namun hakikat ianya dari kekuasaan Allah jarang diambil kira. Lebih teruk lagi jika lansung tidak menitipkan terima kasih atas pemberiannya. Sikit saja ilmu yang saya cuba masukkan dalam diri anak-anak. Saya berdoa semoga Allah memberi hidayah pada anak-anak saya. Insyallah.

Jauh di sudut hati.
" Ya Allah, Engkau telah mengurniakan 4 orang anak untukku. Aku takut bila tiba masanya nanti Engkau akan bertanya tentang kurnianmu ini. Ya Allah aku daif dan jahil dalam membimbing mereka. Aku mohon petunjuk darimu untuk mendidik mereka dengan kelembutan dan kasih sayang. Aku berlindung denganmu dari hasutan syaitan yang sering mengajak kepada kekasaran dan kemarahan. Amin".

Friday, October 29, 2010

Jangan lupa doakan anak-anak....

Hari ni suasana pagi dicerahi dengan mentari pagi yang terang. Dalam perjalanan saya ke tempat kerja, Alhamdulillah tak banyak trafik di jalanan. Melihatkan ketenangan itu, fikiran saya juga dibuai ke peristiwa semalam yang menyentap jiwa dan perasaan. Kisah semalam bagai menghiris hati dan perasaan saya hingga berderai manik-manik jernih ke pipi. Hati saya mengadu pada Tuhan, mohon dipandu diri ini agar sentiasa mengambil iktibar dengan kejadian yang menimpa saudara-mara sekeliling saya. Alhamdulillah sepanjang usia saya meningkat kedewasaan hidup, saya telah pun diajar oleh si pengalaman untuk mengenal erti kesabaran iaitu semasa menghadapi kepulangan bonda tersayang ke rahmatullah. Sejak detik itu ruang hidup saya diuji dengan pelbagai masalah samada kebahagian, kewangan dan kerjaya. Tanpa iman dan redha dengan dugaan itu pasti saya kecundang. Saat itu juga Tuhan yang Maha Rahim menghantar kasihnya melalui hikmah kejadian itu dengan bekalan ketabahan hati membuatkan saya terus ingin mencari hidayahnya. Hati saya sayu tapi tersentak dari kealpaan yang selama ini tiada peduli pada Yang Esa. Maha Agung Tuhanku tiada yang lebih baik pengaduan adalah kepadamu. Disaat saya mengalpakan hati darinya, Dia tetap hadir. Saya sangat bersyukur dengan limpah hidayah yang menerangi kehidupan saat ini.

Mengintai kisah yang dialami saudara sekeliling saya, hati saya menangis dan tertanya-tanya. Dimanakah silapnya, apakah salahnya dan mengapa ia berlaku?. Ternyata disini keimanan seseorang tidak diwaris dari keluarganya lebih-lebih lagi ibu dan bapa. Jadi saya yang masih mempunyai anak-anak yang masih meniti usia, takut dengan kejadian sosial yang menimpa saudara terdekat saya. Walaupun ibu bapa taat pada perintah Allah, tunai semua rukun Islam namun ianya belum cukup untuk menjamin kerohanian anak-anak yang dibela. Memanglah benar apa yang disarankan oleh Islam agar ibu bapa jangan pentingkan diri sendri. Jangan kedekut berdoa untuk anak-anak. Berdoalah untuk anak kita terutama selepas solat fardhu agar anak menjadi qurratu ayyun suatu hari nanti.Dulu saya juga sering abaikan doa untuk anak-anak. Tapi sejak saya terjumpa sebuah buku yang bertajuk selawat 99 di tempat kerja rakan saya, saya terpaut dan mencarinya di kedai buku agama. Namun saya tidak temui buku yg serupa, sebaliknya yg ada adalah buku "selawat 76". Saya membelinya sebuah dengan harga yang sangat murah iaitu rm4.90. Dalam buku ni ada diajarkan banyak jenis selawat dan doa nabi-nabi kita. Salah satu doa yang saya nak sentuh ialah doa Nabi Ibrahim a.s. Doa ini sebenarnya adalah dari ayat Al-quran iaitu dari surah Ibrahim ayat 40. Dalam surah ini Nabi Ibrahim sentiasa berdoa kepada Allah dengan doa seperti berikut yang bermaksud:

Maksudnya: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat,ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, berikanlah keampunan kepada aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)". -(Ibrahim: 40-41).

Saya yakin semua ibu bapa inginkan anak yang taat. Namun jika kita tidak minta melalui Allah, bagaimana keinginan itu akan dimakbulkannya. Melalui doalah akan diilhamkan buah fikiran dan tindakan untuk kita mendidik anak-anak kita mengikut corak yang Islamik. Saya sangat berharap saya berjaya mendidik anak-anak saya ke jalan yang mengikut syariat Allah. Saya berharap akan sentiasa beristiqamah untuk mendoakan mereka.

Tuesday, October 26, 2010

Ilham dari Buku Travelog Haji


Em.. semalam saya baca Anis keluaran November 2010. Saya telaah beberapa minit ruangan Transformasi Diri. Kali ni cerita pasal penulis buku Travelog Haji iaitu Prof Muhd Kamil dan isterinya Pn Roza Roslan. Apa yang menarik perhatian saya ialah macam mana perubahan hidupnya berlaku. Apa yang dilalui oleh Prof tu sangat menarik perhatian iaitu dimana jika kita yang sudah berumah tangga dan ditakdirkan mempunyai isteri atau suami yang agak culas dengan amal ibadah contoh ketara solat 5 waktu dan puasa, patut contohi apa yang dipraktikkan oleh Pn Roza. Pn Roza sabar dengan perangai suaminya dan tetap berdoa moga Allah beri hidayah pd suaminya. Saya rasa ini satu inspirasi untuk diri saya. Lepas baca tu saya tinjau la juga mana blog atau forum yang ada sentuh pasal buku ni. Rata-rata suka dengan penyampaian tulisan Prof ni.Saya ingin sangat ke Umrah atau Haji bersama suami. Saya berdoa semoga Allah perkenankan doa saya. Saya berazam untuk sentiasa berdoa tentang hasrat saya ini agar Allah makbulkan untuk saya ke sana. Insyallah.

Wednesday, October 20, 2010

For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Wednesday, October 13, 2010

Amalan membaca Mathurat

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak menjenguk blog. Dah basi pun coretan-coretan saya. Saya nak sembang sedikit tentang amalan membaca mathurat. Saya mencekalkan hati untuk menjadikan ia sebagai satu amalan wajib setiap hari. Susah sebenarnya nak komit untuk membacanya setiap hari, walupun sebenarnya membaca mathurat ni tersangat lah sekejap lebih kurang 5-7 minit. hanya untuk itu saya perlu sedar dengan jelas bahawa membacanya terdapat banyak faedah antaranya adalah ketenagan, kelapangan, kerahmatan dan dilapangakan rezeki serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Saya kenal buku kecil mathurat ini semasa saya diperingkat sekolah menengah iaitu di sekolah sharifah rodziah telok emas melaka. Masa itu setiap hari setiap subuh dan asar wajib membaca mathurat. masa tu membacanya sebagai rutin tetapi terpaksa. Tapi kali ini saya memaksa diri untuk membaca dengan rela hati. Cuma perlukan istiqamah dan komitmen serta iman yang teguh agar sentiasa membacanya. Sebenarnya ia juga sebagai latihan supaya boleh beristiqamah dengan perkara rutin harian yang lain contohnya masa yang diluangakan bersama anak2. maklumlah saya berkerja, tiada pembantu rumah dengan anak2 kecil 4 orang jadi macam2 idea untuk sama buat aktivti belajar dengan mereka selalu gagal terlaksana sebab x komit. Fikir saja tapi x buat. inilah masalah dalaman yang sering membiak dalam diri sy iaitu x istiqamah. Sebab itulah yg paling ringkas saya perlu amalkan mathurat sebab nak dapatkan sifat yang mahmuddah tu. bak kata Dr HM Tuah, dia kata cuba amalkan mathurat selama 21 hari sebagai satu cara untuk istiqamah. Selain membaca mathurat boleh juga baca Al-quran, cuma sy menetapkan membaca mathurat sebab bukunya nipis, kecil ayatnya pendek dan senang dibaca kat tempat kerja. Cuba juga untuk baca Al-Quran setiap hari, jadi untuk ke arah itu perlu amalkan yang hati saya rasa senang, ringan untuk buat dulu.Jom baca Mathurat!