Copy paste
Mutiara Kata 2:
Kelebihan Menuntut Ilmu
Daripada Anas Bin Malik RA, sabda
Rasulullah SAW:
طلب
العلم فريضة على كل مسلم, وإن طالب العلم يستغفر له كل شيء حتى الحيتان في البحر
Maksudnya : “ Menuntut ilmu
adalah fardu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoakan
keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan.”
Riwayat
Ibn Abd al-Bar
Pedoman dan Iktibar Hadis
Antaranya :
1.Ilmu ialah, gambaran yang
sebenar mengikut realiti dan juga hendaklah berlaku proses amalan yang disertai
dengan rasa takut kepada Allah. Inilah takrifan ilmu mengikut pandangan ulama
Islam.
2. Ketahuilah bahawa ilmu lebih
utama daripada amal. Amal ibadah tidak diterima kecuali dengan ilmu. Ibn Ruslan
dalam kitab Zubadnya menulis syair yang bermaksud : “ Setiap orang yang beramal
tanpa ilmu, maka amalnya ditolak dan tidak diterima.
3. Ilmu pengetahuan adalah kawan
yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk agama dan modal dalam
perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas
mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu kehabisan minyak yang akan
hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika berbekalkan ilmu pengetahuan.
4. Kelebihan ilmu pengetahuan :
*Ilmu ialah warisan para nabi
sedangkan harta warisan Firaun dan Qarun.
*Ilmu lebih mulia daripada harta
kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia.
*Orang yang berilmu mempunyai
ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
*Jika ilmu diberikan semakin
bertambah, harta diberikan semakin berkurang.
*Ilmu tidak boleh dicuri,
sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
*Harta boleh habis sebelum
pemiliknya mati, sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
*Ilmu tidak dapat dihitung
sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.
*Allah SWT akan mengangkat darjat
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu sebagaimana firman-Nya.
يرفع
الله الذين ءامنوا منكموالذين أوتوا العلم درجت
Maksudnya : Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
(Surah al-Mujadalah : 11)
5. Salah satu daripada cara memperolehi ilmu adalah dengan
membaca, bahkan ia dianggap sebagai kunci, tetapi hendaklah dimulakan dengan
belajar agar penguasaan ilmu benar-benar mantap dan bacaannya tepat mengikut
penulisan ulama tersebut.
6. Al-Jahiz berpesan supaya banyak membaca agar dapat
mengusir kesedihan yang kamu rasakan. Beliau berkata : Buku adalah teman yang
tidak dapat mengusirmu, sahabat yang tidak menyesatkanmu dan sahabat yang tidak
memberatkanmu. Bukuadlah seperti orang yang tidak dapat meletihkanmu, tetangga
yang tidak membuatmu kesal, sahabat yang tidak ingin mengeluarkan apa yang kamu
miliki dengan rayuan, tidak memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak menipumu
dengan kemunafikan dan tidak memperdayamu dengan pembohongan.
7. Buku merupakan barang yang jikakamu melihatnya,
kesenanganmu akan semakin bertambah, buku dapat mengasah otakmu,
menyederhanakan pembicaraanmu sehingga mudah difahami, dapat memperbaiki
tugas-tugasmu, mengagungkan ucapanmu, menjadikan dirimu selesa, memanjangkan
umurmu, menghadiahkan penghargaan besar bagimu dari orang awam, dan dapat
menjadikanmu sebagai kepercayaan penguasa.
8. Dengan buku, dalam jangka waktu sebulan kamu dapat
mengetahui sesuatu hal yang tidak dapat diketahui dari orang lain selama
hidupmu. Dengan buku kamu akan menjadi orang yang paling mulia akhlaknya dan
paling baik keturunannya di antara orang-orang yang ada disekitarmu.
Oleh itu, beberapa asas kemahiran yang penting dan utama
perlu dikuasai oleh umat Islam atau pelajar di samping memiliki kecemerlangan
akademik. Asas kecerdasan berfikir (iQ) harus dapat diseimbangkan dengan
keteguhan emosi (EQ) dan menjadi ketangkasan rohaniah (SQ) sebagai pedoman
utama dalam melakukan sesuatu amal:
Kemahiran ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.
Kemahiran Berfikir.
Kemahiran Berorganisasi.
Kemahiran Berstrategi.
Kemahiran Berkomunikasi
Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat untuk kita
semua.
SUMBER RUJUKAN : PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 1
KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka